Tuesday, October 20, 2009

salam sumer sahabat..
lamer x update blog.....
pada kawan2 yang menyambung pengajian peringkat master tahniah buat korang..
kerana masih kuat keazaman dan tekad meneruskan pengajian...

aku sekarang sedang belajar dari budak2 tentang kehidupan...tentang erti hidup..
belajar menjadi murabbi..

mencari ilmu dari pengalaman hidup..

Sunday, May 17, 2009

KeMAnA DiRI

Kemanakah aku selepas ini...
Sendiri aku tidak pasti...
Yang pasti mati sedang menanti ...
Malaikat sering menjenguk menanti ..
Entah bila..
Menjemput pulang ke KAMPUNG ABADi..
......

Sedikit masa lagi....
Ku akan melangkah ..membawa diri entah kemana ..
Aku tidak pasti..
Hati berat terasa....nak tinggal pergi kerana terpaksa...
Ikutlah nasib untung ...
Kata orang carilah untung diri sendiri...
Untung sabut timbul ...
Untung besi tenggelam..
Untung manusia siapa yang tau..



DIRIKU
Ke mana langkahku hayun pergi ..
Utara, timur, selatan dan barat...
Dengan sijil yang tidak seberapa...
Hanya pada-Mu ku minta doa permudahkan jalan bagiku..

MUNGKIN
mungkin pulang ke rumah ?? berbakti kepada masyarakat dengan sedikit ilmu
mungkin tetap di kota mencari kerja..

UKM
Bumi hijau, tesik biru .. duduk melambai minta jangan di tinggal...
Namun biarlah ia begitu..

BelAjAR
sambung belajar biarlah ku tagguh dahulu..
hutang berat terasa...

Monday, May 4, 2009

TesiS Oh TesiS

Tiada Selera makan

Antara kurnia yang sangat berharga dan bernilai ialah nikmat makanan dan juga nikmat minuman...sebelum menikmati sesuatu makanan atau hidangan sesorang itu haruslah mempunyai selera untuk makan dan minum..Apabila nikmah ini sedang di uji atau di tarik oleh Allah barulah manusia itu akan sedar akan nikmah yang Allah kurniakan itu...
Ya Allah aku kini di uji dengan kehilangan selera makan... dalam dua tiga hari kebelakangan ini,kebiasaan akulah yang tidak mengenal samada sihat ataupun sakit, selara makan tetap tetap bersamaku ..sehingga ada juga yang rasa hairan selara makan aku ketika deman seperti orang yang sihat...

kini selera makan aku hilang dan tidak seperti sebelum ini..nasi sepinggan yang biasa aku habiskan dengan pantas kini separuh pinggan pun x leh nak habiskan..apabila menelan makanan aku muntah-muntah ...ini adalah ujian daripada Allah...moga aku sabar dengan ujian ini.

Teringat aku akan arwah abah yang aku cintai(Ya Allah!! temppatkanlah abahku bersama-sama orang yang beriman) abah aku juga kehilang selera makan lebih pada 6 bulan lebih selepas kena pengakit Stork..kehilangan seleraku makanku tidaklah seperti kehilangan selera makan abah aku yang kehilangan makan sehingga kurus badannya yang pada satu ketika dulu agak berisi...
bersambung
p/s

hargailah nikmat yang Allah kuriakan kepada kita..

Wednesday, April 29, 2009

lama x update blog..rrrr...bukan tidak mahu update tp ..sibuk memanjang dek kerana study & tesis yang belum siap ..(sbnrnya bkn sbb study & tesis)..tapi otak yang kian bercelaru yang tidak berpenghujung...
ingat pada kawan yang berpangkat abang dalam usrah dulu..dia pesan jika otak kacau,bercelaru ambil qur'an buka mana-mana surah..baca dengan tadabbur.baca ayat dan perhatikan makna...kita akan menjumpai ayat yang boleh menenangkan jiwa kita ..itulah yang cuba aku lakukan apabila tiba masalah atau stress... sedikit kekuatan jiwa akan meresap halus dan ketenangan menyapa di dalam jiwa ..

Ya Allah kurniakan kepadaku perasaan cinta yang amat pada surat cinta mu...


Satu lagi apabila kita terasa boring dan tidak tau apa benda yang henda di lakukan ..ringan-ringankan tangan untuk capai lah qur'an...kerana barulah hidup memberi erti..
teringat aku kata-kata pahrol mohd juoi...(buku yang baru beli di pesta buku baru-baru ni)
hati seorang lelaki,
kadang-kadang perlu sekeras waja dan ada masanya perlu selembut sutera ..
jika jiwamu tulus kerana Ilahi..tentu lurus peranamu sebagai lelaki..

Thursday, April 23, 2009

PRAKATA BUKU NOTA HATI SEORANG LELAKI…

Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan.

Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia.

Semua itulah yang terpapar melalui kisah dan peristiwa yang ditulis begitu menarik, jelas dan indah dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Membacanya, seolah-olah melalui lembaran-lembaran kehidupan dengan sorotan mata hati yang seni dan murni.

Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah yang mana orang, situasi dan kondisi yang menjadi punca ujian itulah sebenarnya guru kita. Sentiasa ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripada semua itu. Inilah inti pati daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki yang sedang anda tatap ini.

Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu. Dan inilah yang cuba dipandu oleh penulis menerusi kata-katanya yang bersahaja tetapi dalam maknanya.

Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!
Jangan memberontak, asyik mempersoalkan mengapa dan kenapa? Justeru kita tidak akan dapat mengubah realiti. Bukankah takdir akan sentiasa mengatasi tadbir? Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya, ya itu telah berlaku, ya itulah keadaannya … tak kira bagaimana keadaannya sekalipun anda tetap hamba Allah. Jangan cuba jadi “Tuhan” walaupun pada kehidupan anda sendiri.

Tunduk dan akurlah pada takdir dengan mengatur sebaik-baik tadbir. Jadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Seruan penulis, carilah kebaikan, milikilah kebaikan dan warisilah kebaikan. Kebaikan itu bukan hanya pada yang harum dan indah, tetapi juga ada pada yang busuk dan hodoh. Najis boleh ditukar menjadi baja. Penawar bisa ular datang daripada racunnya.

Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilah kebaikan. Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan dan menenangkan diri kita sendiri. Nikmatilah kisah-kisah menarik yang memaparkan hakikat ini nanti.

Berkali-kali penulis berpesan (menerusi anekdot-anekdot) agar kita menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan menjadi semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

Dan inilah maksud didikan Tuhan ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (”co-existence”) di atas dunia ini. Bukankah ini bererti seolah-olah Tuhan telah berpesan, belajarlah sesama insan nescaya kita akan terasa kesan didikan-Nya. Ya, inilah yang anda akan fahami, hayati dan rasai apabila mula membaca Nota Hati Seorang Lelaki… Selamat membaca.

http://genta-rasa.com/


Friday, April 10, 2009

Wednesday, April 1, 2009

Kelas TerAkhiR TaFsir BanDingAn

Pening UStaz Fadhlan deNgan KuMpulan Ke_5


SauDara Saufi MEmBentaNgkan taFsir Al MaGhari


KumP ke-6(terakhiR)



KaUm LeLaKI Yang SeMakinPuPus




KauM POmPUan YanG MeMoNopoLi Class..

Sunday, March 29, 2009

Hizb Bahr

contoh Hizb Bahr


Al Muhaddith Muhammad Sayyid Alawi Al Hasani



Alhamdulillah pada malam jumaat lepas telah di adakan pengijazahan hizb bahr kepada ahli jamaah masjid ukm yang datang pada malam itu.Pengijazahan telah oleh Tuan Guru Haji Muhammad Fuad Kamauddin Al Maliki .

Sebelum pengijazahan di lakukan tuan guru telah memberi kuliah bagaimana ingin mencintai Rasullullah s.a.w.pesanan mutiara-mutiara bernilai telah diberikan..
antaranya beliau memberi pesanan yang telah guru beliau berikan iaitu ..kita menghafal satu hadis dan hadis yang lain sudah lupa....yang mana kata beliau ilmu Allah takkan mampu manusia belajar semuanya kita hanya di berikan sedikit sahaja dari ilmu-ilmunya.beliau juga berkata janganlah mendabit dada mengatakan aku ada master,phd dalam bidang agama dan terus ingin telah memberikan pandangan tanpa merujuk umala-ulama muktabar..
ijazah hizb bahr yang di ijazahkan pada malam itu adalah yang di ambil dari gurunya Al Muhaddith Muhammad Sayyid Alawi yang merupakan ulama besar abad ini..

Saturday, March 28, 2009

Tok Guru Jadi Blogger


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang ulamak yang di segani kawan mahupun lawan..jadi beliau telah menebarkan dakwahnya dengan menjadi blogger.kini kita boleh melayari dan mendapatkan sentuhan dan limpahan ilmu dengan melayari blog beliau.beliau merupakan ulama contoh yang mewarisi ilmu dari pada ulama silam mahupom moden.dan beliau telah membawa negeri bertuah kelantan darul naim kearah baldatun tayyibatun wa rabbul ghafur....
jom sama-sama meyokong perjuangan beliau yang perjuangannya adalah kearah kebaikan dunia dan akhirat...

add list blog Tuan Guru Nik Abdul Aziz..
http://www.blogtokguru.com/

Monday, March 23, 2009

Inbox Friendster


Nasihat seorang kawan melalui friendster.
terima kasih kawan ku si wan keris mas..huhu

BiLe aL-QuRaN MuLa bErSuArA!!!!
Sekarang,engkau telah dewasa…Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu mengasyikkan. Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu.
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu,Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya..
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…kubur yang setia menunggu mu…Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu..Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali… Baca dan pelajari lagi Aku…Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat seperti dulu.Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

Monday, March 16, 2009

Menjaga Hati dalam Bergaul


1. Aku Bukan Ancaman Bagimu

Kita tidak boleh menjadi seorang yang merugikan orang lain, terlebih kalau kita lihat Rasulullah Saw. bersabda, "Muslim yang terbaik adalah muslim yang muslim lainnya selamat/merasa aman dari gangguan lisan dan tagannya." (HR. Bukhari)

Hindari penghinaan
Apapun yang bersifat merendahkan, ejekan, penghinaan dalam bentuk apapun terhadap seseorang, baik tentang kepribadian, bentuk tubuh, dan sebagainya, jangan sesekali dilakukan, karena tak ada masalah yang selesai dengan penghinaan, mencela, merendahkan, yang ada adalah perasaan sakit hati serta rasa dendam.

Hindari ikut campur urusan pribadi
Hindari pula ikut campur urusan pribadi seseorang yang tidak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklumi setiap orang punya urusan pribadi yang sangat sensitif, yang bila terusik niscaya akan menimbulkan kemarahan.

Hindari memotong pembicaraan
Sungguh dongkol bila kita sedang berbicara kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal, berbeza halnya bila huraian bijak, niscaya kita pun berkecenderungan menghargainya bahkan mungkin menerimanya. Maka latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mengoreksi dengan cara yang terbaik pada waktu yang tepat.

Hindari membandingkan
Jangan sesekali dengan sengaja membandingkan jasa, kebaikan, penamplan, harta, kedudukan seseorang sehingga yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah atau merasa terhina.

Jangan membela musuhnya,
mencaci kawannya Membela musuh maka dianggap bergabung dengan musuhnya, begitu pula mencaci kawannya berarti memusuhi dirinya. Bersikaplah yang neutral, sepanjang diri kita menginginkan kebaikan bagi semua pihak, dan sadar bahwa untuk berubah harus siap menjalani proses dan tahapan.

Hindari merosak kebahagiannya
Bila seseorang sedang berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang akan merosak kebahagiaanya. Misalkan ada seseorang yang merasa beruntung mendapatkan hadiah dari luar negeri, padahal kita tahu bahawa barang tersebut buatan dalam negeri, maka kita tak perlu menyampaikannya, biarlah dia berbahagia mendapatkan oleh-oleh tersebut.

Jangan mengungkit masa lalu
Apalagi jika yang diungkit adalah kesalahan, aib atau kekurangan yang sedang berusaha ditutupi.Ingatlah bahwa setiap orang memiliki kesalahan yang sangat ingin disembunyikannya, termasuk diri kita, maka jangan mengungkit dan membeberkannya, hal seperti ini sama denga mengajak bermusuhan.

Jangan mengambil haknya
Jangan pernah terpikir untuk menikmati hak orang lain, setiap gangguan terhadap hak seseorang akan menimbulkan rasa tidak suka dan perlawanan yang tentu akan merosak hubungan.. Sepatutnya kita harus belajar menikmati hak kita, agar bermanfaat dan menjadi bahan kebahagiaan orang lain.Hati-hati engan kemarahan Bila anda marah, maka waspadalah karenan kemarahan yang tak terkendali biasanya menghasilkankata dan perilaku yang keji, yang sangat melukai, dan tentu perbuatan ini akan menghancurkan hubungan baik di lingkungan manapun. Kita harus mulai berlatih mengendalikan kemarahan sekuat tenaga dan tak usah sungkan untuk meminta maaf andai kata ucaan dirasakan berlebihan.

Jangan menertawakannya
Sebagian besar dari sikap menertawakan seseorang adalah karena kekurangannnya, baik sikap, penampilan, bentuk rupa, ucapan dan lain sebagainya, dan ingatlah bahwa tertawa yang tidak pada tempatnya serta berlebihan akan mengundang rasa sakit hati.Hati-hati dengan penampilan, bau badan dan bau mulut Tidak ada salahnya kita selalu mengontrol penampilan, bau badan atau mulut kita, karena penampilan atau bau badan yang tidak segar akan membuat orang lain merasa terusik kenyamanannya, dan cenderung ingin menghindari kita.

K.H. Abdullah Gymnastiar

Saturday, March 7, 2009

MeNgenal Rasulullah.


BIODATA RASULULLAH SAW
-Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

-Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
-Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

-Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

-Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

-Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW)
-Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

-Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.


USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

-Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

-Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

-Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
-Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

-Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
-Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

-Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
-Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

-Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
-Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

-Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

-Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Mekah.
-Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

-Menerima wahyu di gua Hira‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

-Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
-Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

-Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

-Khadijah Binti Khuwailid

-Saudah Binti Zam’ah

-‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

-Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)

-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

-Zainab Binti Jahsy

-Maimunah Binti Harith

-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

-Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-’Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)

8. Abdul Ka’bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13.. ‘Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.

## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.


http://missazahan3883.blog.friendster.com

Kenapa Kritikan tidak Membina


Saya menulis berdasarkan satu kata-kata yang saya dengar...kurang enak bunyinya..

kata-kata itu menyebut bahawa orang-orang agama ni suka menghukum dan mereka ni tak memahami...

Balik-balik nak mengkritik orang-orang agama. Siapa orang-orang agama ni? Seolah-olah orang-orang yang bukan 'orang-orang agama' ni dah perfect. Akhirnya orang yang belajar agama jadi bahan kritikan.

Begitukah yang dinamakan kritikan membina? Kritikan dialukan, tapi biarlah ia membina, bukan merosakkan. Biarlah berfokus..jangan main hentam saja.

orang agama semuanya begitu? 100 peratus? 50 peratus? 20 peratus?

saya teringin sangat nak tanya kepada orang yang berfahaman sedemikian beberapa soalan:

1- Statistik yang manakah digunakan mereka untuk membuat kesimpulan yang semudah itu?

2- Kalau ada sebahagian kecil ustaz/ustazah yg 'tidak memahami' atau 'suka menghukum'...kenapa pula dibangkitkan isu ini sebegini?

3- istilah 'tidak memahami' juga kurang jelas maksudnya...apa yang nak difahami? begitu juga istilah 'suka menghukum'...apa yang dihukum? Siapa yg kena hukum? Orang salah ke orang tak salah?

4- Tidakkah kita diajar dalam Islam bahawa ada perkara yang disuruh dan ada perkara yg dilarang? Adakah sikap orang-orang agama yang menceritakan kembali suruhan dan larangan ini dianggap 'tidak memahami' atau 'suka menghukum'?


Kembalilah berfikir menggunakan intelektual dan sesuai dengan taraf akademik kita.

Kembalilah berfikir menggunakan asas-asas yang ditetapkan oleh Islam.

Kembalilah berfikir dengan rasional bukan dengan emosi..

http://alitantawi.blogspot.com/

Wednesday, February 18, 2009

Things You Probably Never Knew or Thought About Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. At least 5 people in this world love you so much
they would die for you.
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. At least 15 people in this world love you in some way.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. The only reason anyone would ever hate you isbecause they want to
be just like you.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't
like you.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan
kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum
dia tidur.

6. You mean the world to someone.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. If not for you, someone may not be living.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan
hidup bahagia.

8. You are special and unique.
Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Someone that you don't even know exists loves you.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. When you make the biggest mistake ever,
something good comes from it.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah disebaliknya.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look:
you most likely turned your back on the world.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah
semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. When you think you have no chance of getting
what you want, you probably won't get it, but if you believe in
yourself, probably, sooner or later, you will get it.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,
mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Always remember the compliments you received.
Forget about the rude remarks.
Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan
segala maki hamun, caci & cela.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much
better when they know.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda
akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. If you have a great friend, take the time to let
them know that they are great.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

They say it takes a minute to find a special person,
an hour to appreciate them, a day to love them, but then an
entire life to forget them.
Send this phrase to the people you'll never forget
and remember to send it also
to the person that sent it to you. It's a short
message to let them know
that you'll never forget them. If you don't send it
to anyone, it means
you're in a hurry and that you've forgot your
friends. Take the time... to
live and love.
Send this letter to all the people you care about,
Including the person who sent this to you. If you do so, You will
certainly brighten someone's day and might change their perspective on
life, for the better.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat
baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi
sepanjang hidup untuk
melupakannya. Ini
adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda
sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna
anda sudah melupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda
sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah
hidup mereka kepada
yang lebih baik

Wednesday, February 11, 2009

kata bijak pandai

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Thursday, February 5, 2009

Tautan penyayang ke Acheh




Misi Amal ke aAcheh Darul Salam

Friday, January 2, 2009