Saturday, July 2, 2016

Terjemahan dari laman web http://www.daruliftaa.com/mtu_wife_interview
untuk saudara Abdul Qayyum Hadi

Temu ramah bersama isteri Syeikhul Islam Mufti Muhammad Taqi Usmani (semoga Allah memelihara mereka berdua)

Salinan semula dan sedikit penyuntingan dilakukan daripada majalah “The Intellect” (terbitan Karachi, Pakistan). Dengan keizinan daripada penemu ramah dan Syeikh Mufti Taqi Usmani (Muhammad ibn Adam).

Soalan: Syeikh Taqi Usmani telah mengorbankan seluruh hidupnya untuk berkhidmat pada Islam dengan istiqamah dan bersungguh. Untuk mencapainya, MasyaAllah, beliau mesti memiliki pembantu di rumah. Bolehkah puan sudi berkongsi dengan kami bagaimanakah puan membantunya?

Isteri MTU (Mufti Taqi Usmani): Sejak hari pertama pernikahan kami, saya bercadang (dengan mengharapkan pahala) yang saya akan bertanggungjawab ke atas semua urusan rumahtangga. Oleh itu, Syeikh mampu menumpukan pada kerja agama. Dengan cara ini, saya (berharap) mendapat saham daripada pahala kerja keagamaan beliau. Sehingga kini, saya bukan saja cuba untuk membudayakan persekitaran Islam di dalam rumah (spt tidak mengungkit kerja keras saya kepadanya), tetapi juga tidak memberikan beliau masalah perihal urusan rumahtangga. Daripada urusan runcit sehinggalah urusan membeli barangan peribadi seperti pakaian dan lain-lain. Saya cuba untuk selesaikan masalah remeh mahupun besar dengan sendiri; seperti membaiki penegak telefon. Walaupun ketika anak-anak kami masih kecil lagi, saya cuba memastikan agar Syeikh tidak diganggu oleh rutin yang bersangkut paut dengan mereka.

Saya juga ingin menyatakan bahawa saya telah dianugerahi oleh Allah Taala dengan suami yang amat bertimbang rasa. Beliau telah memberikan saya persekitaran rumah berunsurkan duniawi dan agamawi yang terbaik. Saya berasa amat bahagia, alhamdulillah.

Soalan: Syeikh sering merantau ke luar negara. Adakah puan memiliki kesempatan merantau dengannya? Jika ya, bagaimanakah puan menguruskan diri sementara beliau sibuk dalam halnya?

Isteri MTU: Saya kerap merantau dengan Syeikh. Hakikatnya, saya telah menemaninya dalam banyak pelancongan. Selalunya apabila kami menaiki kapal terbang, beliau mulakan kerjanya dengan laptop sehinggalah pesawat mendarat. Dalam masa itu, saya menyibukkan diri dengan bacaan wirid harian ketika dalam perjalanan. Di hotel, Syeikh meneruskan urusan rasmi manakala saya membaca Quran dan terjemahannya. Sebenarnya saya suka membaca. Di rumah, oleh sebab disibukkan dengan hal rumah, saya tidak memiliki masa untuk membaca dengan kosentrasi. Maka dalam masa perantauan, saya memenuhi kehendak diri untuk membaca (dengan fokus). Baru-baru ini saya cuba mempelajari bahasa Arab, maka saya akan membuka buku Arab dan cuba mempelajarinya. Apabila Syeikh datang untuk makan tengah hari, saya akan bertanya tentang sesuatu yang saya tidak faham.

Saya tidak kerap membeli belah walaupun banyak wanita yang ingin membawa saya berjalan ke bandar. Saya lebih suka untuk duduk di hotel dan mengamalkan rutin harian. Ketika fajar, Syeikh dan saya selalu pergi berjalan-jalan selama setengah jam, tidak kira di mana saja kami berada. Ketika petang, walaupun saya berada di rumah, saya melengkapkan setengah jam atas treadmill (mesin lari) sambil membaca sekurang-kurangnya satu juz Quran. Semasa melancong, setelah kerja rasminya telah habis, Syeikh seringkali menambahkan hari melawat ke tempat-tempat di bandar untuk diri saya.

Soalan: Apabila anak-anak sudah membesar, isteri memiliki masa yang lebih untuk digunakan mengikut kehendaknya. Bagaimanakah puan menggunakan masa tersebut, dan cara puan gunakan untuk purata hari puan?

Isteri MTU: Setiap hari Khamis, saya menyampaikan ucapan kepada guru-guru wanita dan staf di Hira Foundation School [sekolah campur yang menyediakan sistem pelajaran Cambridge berserta pelajaran agama premis Darul Uloom Karachi], yang mana saya membacanya daripada buku Islahi Khutbat karangan Syeikh. Saya juga sentiasa melakukan lawatan kejutan ke sekolah untuk pemeriksaan kerjanya.

Sepanjang rutin saya diambil berat (yang sejajar dengan itu, untuk memberikan keselesaan Syeikh semaksimumnya), selalunya ia berlaku sebegini: Selepas fajar, kami berjalan bersama-sama, kemudian bersarapan pada 7.30 am. Kemudian Syeikh meneruskan pengajian Sahih Bukhari pada 8.00 am sehingga 10.00 am, manakala saya sibukkan diri dengan urusan rumah. Beliau pulang pada pukul 10.00am, sehingga 12 tengah hari bersama laptop (menulis buku dan sebagainya). 12.00 tengah hari hingga 2.00pm adalah waktu pejabatnya, maka beliau meneruskan waktunya di sana. Selepas solat zuhur, kami makan tengah hari bersama-sama dalam pukul 2.15pm, kemudian berehat selama satu suku jam (3.30pm). [Dari 3.30pm hingga asar, beliau balik ke pejabatnya agar guru, murid, dan sebagainya memiliki peluang mendapatkan nasihat daripadanya]. Dari asar ke solat maghrib adalah waktu keluarga. Syeikh mengkhususkan waktu itu untuk kami duduk bersama sambil berbincang isu yang diminati. Dari maghrib ke isyak, beliau meneruskan untuk melakukan kerjanya. Contohnya, jika beliau mengarang buku, lalu menulis, mengkaji dan sebagainya. Selepas makan malam, kami duduk bersama selama 10-15 minit, Syeikh membacakan kepada kami sebuah buku. Cucu-cucunya juga mesti menghadiri sesi bacaan ini. Selepas itu, beliau kembali melakukan kerja sebelum menuju ke tempat tidur pada 12.00 malam.

Soalan: Apa yang perlu dibuat untuk melanjutkan kerja kita ke arah usaha reformasi terhadap wanita?

Isteri MTU: Pertama sekali, ceramah perlu sentiasa diberikan kepada wanita dalam bentuk perbincangan terhadap salafus soleh. Jika wanita kerap mendengarkan ini, maka kesannya akan lebih mendalam. Bukan saja membawa perubahan mendadak terhadap mereka, bahkan mampu memberikan kesan kepada anak-anak mereka dan keluarga.

Kedua, kehendak kita ke arah reformasi tidak patut terlalu halus atau secara terang. Kita tidak patut memarahi yang lain kerana ia akan menyakitkan pendengar, dan jika memberikan nasihat yang lembut, dia mungkin akan mengamuk. Kita sepatutnya membuatkan orang faham tentang akhlak mazmumah dengan cara mengajak mereka ke majlis keagamaan. Contohnya, jika seorang wanita sedang sibuk mendukung anak di rumah, tetapi minat dalam dakwah atau merasakan bahawa jirannya melakukan kesilapan, dia hanya perlu meluangkan masa 15-20 minit daripada jadualnya. Jemput jirannya bersama satu dua wanita lain ke tempatnya untuk dibacakan beberapa muka surat daripada kitab salafus soleh. Dengan cara ini, jirannya akan mengetahui perkara yang betul secara tidak langsung. Walaupun usaha ini kelihatan remeh, tetapi insyaAllah, kesan yang besar akan berlaku jika kerap melakukannya- seperti titisan air ke atas batu.

Kita sebagai wanita perlu juga ingat untuk mengajar anak kita sunnah dan doa nabawi sejak muda. Ia akan membantu akhlak mereka terbiasa dengan sunnah, dan kita akan mampu menyumbangkan pembawaan positif mereka dengan cara yang bermakna.

Untuk membuatkan nasihat kita berguna bagi orang lain, adalah bagus jika dimulakan dengan doa. Dalam mana-mana forum, saya selalu solat hajat dua rakaat terlebih dahulu agar usaha saya bermanfaat bagi diri dan pendengar.

Soalan: Dalam masa yang tidak berkesudahan yang mana penceraian makin berleluasa, puan ada apa-apa nasihat yang dianggap penting untuk pernikahan yang bahagia?

Isteri MTU: Satu hal yang penting bagi wanita terutamanya pada hari ini adalah, untuk bersikap sensitif terhadap perkara yang suami suka dan tidak suka. Secara umumnya wanita sering berpakaian cantik dengan perhiasan mereka jika keluar rumah. Apabila di rumah, mereka berpakaian lusuh, dengan bau busuk dapur keliling mereka. Sepatutnya ia terbalik. Jika wanita keluar rumah, mereka perlu berpakaian sederhana dengan berhijab. Ini akan melahirkan persekitaran yang sihat.

Soalan: Apakah perangai Syeikh yang paling puan suka?

Isteri MTU: (Ketawa) Semua! MasyaAllah. Saudara-mara saya bergurau dengan menyatakan mereka tidak pernah melihat seorang isteri yang mendengar syarahan suamniya dengan penuh minat. Kami telah, masyaAllah, dikurniakan oleh Allah Taala dengan pasangan yang indah. Ia merupakan hasil untuk mencuba segala perkara terhadap sesama sendiri dengan  niat mengharapkan pahala.

Soalan: Syeikh suka makan apa?

Isteri MTU: Beliau sangat suka kambing berkuah dan dal hancur.

Soalan: Hari ini, kita dikelilingi dengan pelbagai kerosakan akhlak – serangan media. Oleh itu, muslim perlu cenderung ke arah budaya tidak islamik. Bacaan tidak islamik semasa kenduri, tidak berhijab, berlebih-lebihan, sumber pendapatan haram dan sebagainya. Bagaimanakah kita melindungi diri dan anak-anak kita dalam persekitaran sebegini. Dan bagaimanakah kita memupuk keyakinan dalam diri kanak-kanak untuk melawan arus?

Isteri MTU: Saya rasa perkara yang terpenting untuk melakukannya adalah dengan memelihara persekitaran rumah secara sihat dan sejahtera. Jika ia dipenuhi ajaran Islam, anak-anak dilatih dengan perintah agama dan mengetahui baik buruk, insyaAllah mereka akan berada dalam keadaan selamat apabila telah melangkah keluar. Apabila semua ahli keluarga solat secara teratur, dan bersibuk dengan zikir, Allah Taala akan melindungi mereka daripada syaitan. Peranan utama dalam latihan ini ialah ibu. Jika “orang rumah” hendak, dia mampu mengubah persekitaran rumahnya.

Salah satu lawatan kami ke England, kami menemui komuniti Islam yang anak-anak mereka lebih mengetahui doa nabawi berbanding kanak-kanak Pakistan. Anak perempuan menutup aurat dengan sempurna. Dan semua orang tua, masyaAllah, mematuhi perintah agama termasuklah solat di masjid dengan memakai pakaian patuh syariat. Apabila ditanya bagaimana mereka istiqamah dengan gaya hidup tersebut secara terbuka seperti di UK, mereka spontan menjawab bahawa mereka memelihara persekitaran rumah secara utuh. Dengan itu, anak akan dilindungi daripada perkara yang menyimpang. Jadi, ini semua bergantung pada kehendak diri. Hari ini Islam adalah praktikal dalam persekitaran yang umum. Jika kita ingin mengikutnya secara menyeluruh, kita perlu memiliki niat yang ikhlas untuk melakukannya. Selebihnya Allah Taala akan permudahkan urusan kita.

Soalan: Apakah yang puan ingin katakan kepada pembaca majalah kami, terutama sekali wanita muda yang prihatin terhadap obligasi agama mereka tetapi menghadapi cabaran oleh rakan sebaya serta halangan di rumah?

Isteri MTU: Mereka perlu berusaha untuk menghadiri majlis keagamaan serta membaca kitab salafus soleh. Makin kerap mereka lakukan, makin senang dan cepatlah proses perubahan berlaku, insyaAllah. Jika seorang perempuan memutuskan untuk berubah dalam hidupnya, dan kekal teguh, tiada sesiapa yang mampu menghalanginya. Bahkan, ahli keluarganya akan mula sedar akan perubahan positif dalam dirinya, dan mungkin semua sekali mengamalkan gaya hidup islamik juga. InsyaAllah.

Jazakallah kerana meluangkan masa dan berkongsi pandangan bernilai puan dengan kami.

*gambar di bawah ialah Mufti Taqi Usmani
:: 13 SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNG JAWAB DALAM KELUARGA ::
.
1. Ia senantiasa mengajak istrinya untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertaqwa kepada-Nya.
2. Ia senantiasa berusaha menjadikan rumah sebagai surga bagi istri dan anak-anaknya.
3. Ia senantiasa berusaha untuk bertanggungjawab atas segala kebutuhan nafkah istri dan anaknya dengan rezeki yang halal.
4. Ia senantiasa membimbing istrinya menjadi seorang istri yang taat kepada suami.
5. Ia senantiasa bersikap ramah dan penyayang kepada istri dan anak-anaknya.
6. Ia selalu menjaga cinta dan kasih sayangnya hanya kepada istrinya,pantang baginya untuk mudah berpaling kepada wanita lain.
7. Ia senantiasa berusaha untuk menasehati istrinya disaat khilaf dan berbuat kesalahan,dan tidak segan-segan ia memaafkannya.
8. Ia senantiasa berusaha bersabar dalam menyikapi (misalnya) sifat buruk istrinya.
Ia telaten akan mengarahkannya untuk berubah menjadi lebih baik.
9. Ia senantiasa berusaha untuk lebih mengingat kebaikan istrinya dibanding dengan mengungkit-ngungkit keburukannya.
10. Ia senantiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rumah tangga dengan sebaik-baiknya dan tak mudah nenceritakannya kepada orang lain.
11. Ia senantiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik dan bijak serta menjadi contoh yang baik bagi istri dan anak-anaknya.
12. Ia selalu punya waktu untuk berkumpul santai bersama istri dan anak-anaknya.
13. Dan ia tidak merasa berat untuk memberi Maaf kepada istrinya jika berbuat khilaf,serta tidak merasa rendah diri untuk meminta maaf kepada istrinya jika ia berbuat khlilaf.
.
Semoga Suami/Calon suami kita adalah seseorang laki-laki yang dekat dengan TuhanNya.
Sehingga kita diajak kesyurga bersama-sama.
Aamiin Allahumma Aamiin

Friday, July 1, 2016

Sy pernah di jemput satu sekolah di kl untuk bagi talk untuk 80 orang terpilih yang sangat teruk akhlaknya..x solat.. Mak ayah derhaka.. Cikgu2 di maki hamunnya.. Ponteng xdtg sekolah.. Macam2 lagi.. Cikgu2 dah x tau nak buat macmana.. Cikgu search kat google pakar pelajar bermasalah kuar blog saya.. Cikgu terus call dan deal program ngan saya..

Bila saya datang tu.. Bising sngat ada yang boo saya.. Ada yg sy terdengar mereka kata "bapak besoo abg kau.." Ada yg muka semua dah pandang sy ketat jee.. Ada yg baring.. Cikgu kenalkan diri saya pun mereka bising.. Cikgu2 dah malu dengan saya.. Saya masa tu dah risau.. Takut.. Dalam hati kata "macamana lah nak cermaah kat deorang ni 3 jam.." Terus teringat.. Satu orang ust bagitau saya.. "Khalil.. Tau macamana ulamak2 india boleh ceramah untuk 10 juta orang? Macam2 background.. Macam2 orang.. Macam2 perangai.. Tapi 10 juta orang boleh nangis dnegar cakap mereka.. Takde tepuk2.. Takada lcd.. Tak ada audio.. Tak ada ice breaking..Cuma pakai mic..?" Saya tanya ha aa macamana ek ust? "Mereka rasa dalam hati mereka yg depan mereka hanya makhluk.. Tak ada sikit pun kuasa untuk muliakan dan hinakan.. Yang mulia kan dan hinakan seseorang hanya Alllah.. Yg hebat hanya Allah.. Bila kita rasa kita rasa kita hebat.. Lebih baik daripda orang di depan kita.. Allah akan hinakan kita.. Orang xkan dengar cakap kita.. Tapi kalau kita rasa.. Saya x pandai.. Bodoh.. Mereka berkelakuan begini semua salah saya.. Dan kita doa nangis2.. Kita rasa kalah mereka Allah bagi hidyaah, Mereka lebih baik daripda sayaa.. Kalau kita ada perasaan ni.. Orang akan dengar dan terkesan dengan cakap kita.."

Bila saya teringat kata2 ustz saya ni.. Saya terus mulakan ceramah sy dngn bacakan sebuah hadith galakan duduk dalam majlis agama.. Menuntut ilmu.. Saya kata " dalam hadith bukhori diceritakan bila nabi saw buat ceramah ada 3 jenis orang.. Orang yg pertama dia terus dduk di hadapan nabi saw orang kedua dia duduk belakang orang dan belakang tiang orang ketiga dia tengok ada mjlis ilmu dan dia terus berlalu pergi.. Nabi saw kata nak tak aku bagitau pasal 3 orang ini.. Bahkan nabi saw bagitau kami.. Nabi kata orang yg dduk terus di hadapan Aku Allah berhadapan dengan dia.. Orang kedua Allah berselindung daripdanya orang ketiga Allah lari daripadanya.." Masa tu alhamdulillah semua Allah yg buat budak yg tadi bising.. Baring.. Terus berubut duduk depan saya dan rapat... YaAllah saya terus terfikir.. Hebatnya hadith nabi ni.. Bawa cahaya buatkan orang terkesan dalam hati mereka...

Sebab tu sangat penting setiap sekolah seluruh malaysia hidupkan bacaan hadith yg berkaitan galakan galakan untuk beramal..(taklim fadhoil) setiap hari supaya hati anak pelajar kita jadi lembut dengan hadith2 nabi saw.. Ulamak kata 3 hari tak dengar bacaan hadith atau quran satu titik hitam melekat kat hati.. Patutlah.. Mereka banyk buat masalah di sekolah di rumah.. Sebab hati tak hidup.. Hati gelap.. Pucuk pangkal kan hati.. Bawalah datang cahaya di sekolah kita insyaAllah batil (kejahatan) akan hilang.. Dalam bilik gelap.. Marah gelap rotan gelap x dapat selesaikan masalah gelap.. Cuba bawa cahaya gelap akan hilang.. Begitu juga hadith2 nabi saw adalah cahaya.. Program2 agama adalah cahaya.. Sunnah nabi adalah cahaya.. Buat selalu maka kejahatan akan hilang.. Malangnya masih banyak sekolah yg buat program2 yg membawa lagi kegelapan.. Dah laa gelap bawak lagi gelap.. Bila gelap nak hilang.. Program bercampur lelaki perempuan.. Bertepuk bertampar dalam program.. Ini menambah lagi kegelapan dalam mendidik anak2 remaja kita.. YaAllah semoga Allah ampunkan kita..

Sebenarnya.. allah mengikut sangkaan hambanya.. Apa sangkaan kita pada remaja kita.. Kalau kita sangka mereka teruk.. Orang yg x guna.. Maka itulah yg mereka akan jadi.. Tapi kalau kita sangka masyaAllah remaja2 saya ni satu hari nanti mereka berubah mereka terus sebarkan agama di merata dunia.. Sunnatkan orang2 di luar negara.. Bawa kepada islam.. Maka itulah yg mereka akan jadi.. Sebab hadith kudsi Allah bagitau Allah mengikut sangkaan hambaNya..

YaAllah.. Teruk mana pun remaja saya.. Mereka lebih baik daripada saya.. YaAllah jadikanlah setiap remaja saya yg mencintai solat.. Taat perintah mak ayah dan guru2.. YaAllah kesian anak muda saya hari ni berduyun duyun runtuhkan agama.. YaAllah kesianlah mereka.. Ubahlah mereka.. Mereka baik.. Tolonglah yaAllah.. Terimalah mereka.. Maafkan kami sebab tanggapan kami yg buruk pada mereka selama ini.. Amiiiin

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak
0137791637

#storyustaztido