Tuesday, September 9, 2014


 Kuliah Maghrib UMED Kitab Syarah Hikam 07.09.2014

♥♥ Hikmah ke 156

"Kadangkala Allah memperlihatkan kpd kamu atas keadaan2 ghaib di alam malakutNya. Tetapi sengaja Allah menutupi kamu drpd mengetahui rahsia2Nya"

1. Kita tdk mgkin mgenali waliNya dgn tandanya. Kita perlu mgenali Allah terlebih dahulu spya dpt mgenali waliNya. Kita perlu mengagungkan Allah terlebih dahulu spya kita sibuk memperhambakan diri pdNya.

2. Kita mpunyai keinginan utk mgetahui dan mgenali sesuatu @ seseorg namun ia mjadi tawar apabila kita mula mengenali Allah.

★ Seumpama kita sdg berdiri di hadapan Kaabah. Even seorg raja berdiri di sebelah kita, pasti kita tdk akn mengendahkannya kerana kita sibuk utk beribadat mengingati Allah.

3. Malakut Allah bererti kerajaan2Nya. Ia juga bererti kekuasaan dan kekuatan Allah. Sesuatu yg kita dpt ketahui dan fahami dgn ilmu tnpa perlu memandangnya. Spt mgetahui dan memahami dgn ilmu bhwa krjn Allah itu termasuk langit, bumi, syurga, neraka dsb.

4. Brgkali Allah tunjukkan keajaiban dan rahsia alam ini. Namun Allah mhijab kita utk mgetahui rahsia hati manusia, tdk mgetahui kesudahan seseorg kelak, tdk mgetahui wasangka di dlm hati manusia dsb.

5. Manusia itu terlalu hampir dgn kita namun Allah myembunyikan rahsia hamba2Nya. Kita perlu mgenali Allah terlebih dahulu sblm mhukum seseorg itu berilmu @ tidak. Nilai ilmu sbnr sesuatu yg ada di dlm hati, bknnya dihafal.

6. Allah blh menzahirkan sesuatu yg ghaib kpd seseorg spt blh melihat jin, blh mdengar suara ahli qubur, bmimpi btemu Nabi dan org2 soleh dsb.

Ada hikmah Allah sembunyikan rahsia hati org lain
◆ spya kita sentiasa bsangka baik dgn org lain
◆ ia sbg suatu rahmat Allah kpd manusia even mereka sdg bermusuh
◆ menzahirkan kasih syg
◆ menutup keaiban dan dosa seseorg
◆ tdk memandang rendah dan sombong kpd sesiapa pun

★ Kita perlu saling menutup keaiban dan kekurangan sesama kita dan saling memperlihatkan kelebihan di samping memperbaiki kekurangan itu.

7. Ilmu bknlah sesuatu yg memenuhi kehendak kita tetapi ilmu adlh utk mengawal dan menundukkan kita. Jgn mudah bersangka buruk dgn org lain.

♥ Muamalat kita dgn org lain even ia musuh kita dan org kafir, tetap sama spt org lain melainkan Allah membuka hijab. Yakni Allah memberitahu bhwa ia ahli syurga @ neraka.

♥ Siapa yg ada sifat wasangka, ketahuilah ia juga pernah mempunyai tabiat yg sama.

Wallahua'lam

Monday, September 8, 2014


 Kuliah Maghrib UMED Kitab Nasihat utk Org yg Terlanjur Melakukan Dosa 08.09.2014

Sebab2 yg menambahkan kecintaan pdNya

1. Semua org beriman itu bsaudara even ia berlainan bangsa kerana ikatannya adlh aqidah. Kita akan solat jenazah utknya serta mengiringi jenazahnya ke perkuburan.

2. Ada hak yg perlu ditunaikan kpd org beriman iaitu mcintainya kerana Allah. Haram utk kita mcintai org kafir, sekadar berbuat baik tdk mengapa.

-》Peringkat2 golongan yg patut dicintai:

■ Yg perlu kita cintai sekali adlh org2 yg dekat pdNya spt wali2 Allah dan alim ulama kerana kita akan berolehi syafaat drpd mereka di akhirat kelak. Ia akan mdekatkan cinta kita pd Allah dan Rasul. Mereka punca kita mengenali dan menyintai Allah dan Rasul.

■ Kedua adlh org2 soleh. Org beriman itu bandingannya dgn org beriman yg lain spt binaan yg akan menguatkan antara satu sama lain. Org beriman itu cermin kpd saudaranya yakni mereka mnegur setiap kesilapan dan memuji setiap kebaikan yg kita lakukan.

■ Ketiga adlh org yg mcampuradukkan amalan baik dan jahatnya. Moga2 Allah mengampunkan golongan ini. Mereka ini byk melakukan kebaikan namun kejahatan yg dilakukannya tnpa ia berbangga2 dan mengakui kesalahannya.

■ Keempat ialah org yg mgaku Islam tetapi berbangga apabila melakukan dosa dan maksiat. Kita perlu membenci perilakunya spya ia kembali kpdNya. Semua umatku akan Aku ampunkan dosanya kecuali org yg berbangga2 dgn dosanya.

◆ Jgn seseorg itu mnuduh saudaranya fasiq @ kafir, jika saudaranya tdk begitu maka tuduhan itu akan kembali kpdnya. Kita sering dan mudah melabelkan antara satu sama lain apabila berlaku sedikit perselisihan @ salah fhm @ dosa kecil yg mjadi khilaf.

◆ Musibah akhir zaman ini apabila gol profesional cuba utk menjadi 'ustaz' lalu mula mengeluarkan fatwa @ pendapat yg melanggar sempadan. Mereka yg gagal memahami bahasa arab sudah cukup utk menolak fatwa @ pendapatnya. Apatah lg utk memahami khilaf dlm fatwa lalu mereka mudah utk melabelkan org lain.

-》Contohnya melabelkan sesat pd mereka yg menggerak2an jari ketika mbaca tahiyyat. Ia adlh sunat dlm mazhab Maliki namun kita gagal meraikan perbezaan mazhab lalu kita terus melabelkannya sesat.

◆ Antara tanda kiamat ialah org belajar agama dr org yg kecil yakni mereka yg takjub dgn pendapat mereka tanpa merujuk kpd ulama2 yg lbh alim dan faqih. Agama ini perlu dipelajari dgn suatu proses yg panjang.

3. Kejahilan akan menghilangkan kasih syg antara umat. Puncanya kita tdk mgenali hukum hakam dan kita tdk mgenali individu tersebut. Kita perlu mencari jalan utk membina ukhuwah serta membimbing org lain selain bdakwah kpd org kafir agar memeluk Islam.

4. Cinta dan benci kerana Allah perlu ada dlm membina hbgn persaudaraan ini. Jgn membenci kerana hawa nafsu tetapi membenci spya ia kembali kpdNya. Tdk akan masuk syurga org yg memutuskan silaturrahim.

5. Islam adlh agama yg wala' yakni mendekatkan diri dgn org2 yg mukmin. Sifat wala' lawannya adlh sifat bara' yakni menjauhi org2 yg menyekutukan Allah.

♥ Contohnya kita tdk meraikan perayaan org2 kafir. Jika kita bsama mereka, bererti kita meredhai org kafir menyekutukan Allah. Ia akan mengundang kemarahan dan kemurkaanNya. Namun kita tdk akan mhalang mereka meraikan perayaan mereka.

6. Islam apabila bmusuh, asasnya bagaimana kita hendak mberikan hujah sehingga ia kembali kpd fitrah. Bknnya utk bperang dan memusuhi sehingga ia binasa. Lihat bagaimana Ikrimah dijamin keselamatannya oleh Nabi saw jika ia memeluk Islam di saat Ikrimah cuba melarikan diri.

Wallahua'lam

Sunday, September 7, 2014


 Kuliah Subuh UMED
Kitab Fathur Rabbani 07.09.2014

★★ Sabda Nabi S.A.W , Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”(sanad dho'if)

1. Umur 40 tahun adalah umur matang manusia yg menjadi ukuran kpd manusia dlm memenuhi kehendak manusia ataupun kemahuan Allah.

2. Umur yg sepatutnya manusia sudah tidak lagi cenderung kpd dunia.
Lalu apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

♥ Meneguhkan tujuan hidup
♥ Meningkatkan daya spiritual
♥ Menjadikan uban sebagai peringatan
♥ Memperbanyak bersyukur
♥ Menjaga makan dan tidur
♥ Menjaga istiqamah dalam ibadah.

3. Usia yg menjadi pilihan Allah sblm melantik para Nabi dan Rasul kecuali Nabi Isa a.s yg di lantik pd usia 30 tahun. Begitu juga banyak hadis2 yg di gunakan dgn angka 40 umpama Allah tidak terima amalan hambanya selama 40 hari kpd seseiapa yg mendatangi bomoh.

4. Menjadi kemuliaan kpd seseorang apabila memiliki masa sendiri iaitu bebas dr kongkongan manusia lain kerana -》
★ manusia menjadi hina apabila di kuasai manusia dan lebih hina apabila masa kita utk bersama Allah juga di rampas.

♥ Sebagai contoh seseorang yg bekerja di bawah majikan yg menghalang untuk keluar solat Jumaat atau Hari Raya dan sebagainya.

5. Manusia juga di uji oleh Allah dgn kesakitan dan kesusahan oleh Allah supaya manusia mengenali Allah dan memohon pertolongan kpd Allah.

♥ Sifat manusia yg sentiasa terhijab dr melihat kebesaran dan kekayaan  Allah kerana sentiasa bersandar kpd manusia.

♥ Cepat mengadu kpd manusia berbanding mengadu kpd Allah. Ini adlh kesan dosa dlm diri kita apabila kita melihat manusia itu dekat dan melihat Allah itu jauh. Walhal kita akan kembali kpdNya kelak.

♥ Kita lebih cepat mengenali manusia walaupun dgn jenama pakaian yg di pakai daripada mengenali Allah yg maha kaya dan pemilik Alam semesta.

6. Tidak salah seseorang mengaku wali tetapi sebagai muhasabah untuk menambahkan amal ibadat kpd Allah.

♥ Sebagai muhasabah, cuba lihat diri kita, adakah kita mampu hidup sendirian, jika tidak mampu maknanya kita masih jauh menuju kewalian kerana sifat wali yg tidak bergantung kpd manusia dan masa2 hanya di manfaatkan untuk kerkhalwat dgn Allah.

7. Sifat2 Wali :
♥ mengcukupkan diri dgn hanya        Allah sahaja
♥ bersifat Qana'ah yakni memadai dgn Allah semata.
♥ kembali kpd Allah dlm segala sesuatu.

8. Sifat manusia pula mudah berasa qanaah (cukup) utk soal akhirat seolah2 kita sudah beramal secukupnya utk mendapat syurgaNya...

Even Nabi SAW sudah dijamin syurga namun baginda ttp beristighfar 100 @ 70x setiap hari...

Tapi dlm soal dunia, manusia tidak pernah berasa qanaah..
★ sentiasa berlumba2 mengumpul kekayaan shingga m'abaikan soal akhirat..
★ dan menghabiskan masa dgn hiburan shingga merasakan waktu itu cukup singkat

9. Maka sentiasalah berasa cukup dgn apa yg ada di tgn & sentiasa bersyukur di atas nikmatNya. Ia adalah buah keikhlasan pdNya dan sentiasa bersabar bila di uji.

Sekian,wallahu'aklam.

 Kuliah Subuh Ust Haryanto Rizal
Masjid Jamek BBu

Tafsir Quran Surah Al Hujurat ayat 6
Surah Al-Hujraat, Verse 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Sebab Sebab Turun Ayat:
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Al Harith Bin Abi Dirar Al Khaza'iy RA memohon kepada Rasulullah SAW agar dia ditugaskan untuk mengumpul zakat dari kaumnya Bani Mushtalaq.

 Kemudian dia juga memohon kepada Rasul SAW agar baginda mengirim seorang utusan kepadanya untuk mengambil zakat yang sudah dikumpulnya itu untuk selanjutnya diserahkan kepada baginda Rasul SAW.

Rasulullah SAW menyetujui permohonan tersebut lalu kemudiannya mengirim Al Walid Bin 'Uqbah supaya menemui Al Haris untuk mengambil zakat yang terkumpul dan selanjutnya menyerahkannya kepada Rasulullah SAW. Begitu terdengar oleh Al Harits berita tentang kedatangan utusan Rasul SAW itu maka kerana sangat gembiranya maka diajaknyalah kaumnya keluar beramai ramai untuk mengalu alukan kedatangan Al Walid Bin 'Uqbah.

Ketika Al Walid melihat kaum Al Harith (Bani Mushtalaq) begitu ramai menunggunya maka syaitanpun memainkan peranannya iaitu dengan memasukkan perasaan buruk sangka pada jiwa Al Walid kononnya kaum tersebut akan membunuhnya. Lalu Al Walid segera berpatah balik. Diceritakannya kepada Rasulullah bahawa Al Harish enggan menyerahkan zakat kepadanya, malahan kaumnya bermaksud ingin membunuhnya.

Mendengar berita tersebut Rasul SAW dan kaum muslimin lainnya sangat marah kapada Al Harith dan kaumnya. Dan dalam kisah yang lain pula diriwayatkan bahawa Rasul SAW mengirim Khalid Bin Al Walid untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya.
Khalid mendapati kisah yang sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diceritakan oleh Al Walid Bin 'Uqbah. Lalu turunlah ayat di atas.

keterangan .;
Pendapat Ulamak  - Sahabat Al Walid Ukbah RA ialah utusan Nabi saw . mustahil ia seorang Fasiq .lebih2 lagi ia pilihan Nabi saw

Persoalan ..
kepada siapa ayat ni ditujukan ??
1- Al Walid Ukbah RA
2- Nabi saw

   ----
utusan kedua dihantar untuk menyiasat kedudukan sebenar dan memungut zakat. ayat ini sebagai peringatan kepada kaum mukminin agar tidak menerima keterangan dari sebelah pehak sahaja. maka itu Nabi menghantar utusan kedua.

  ----
Rombongan kedua bertembung dengan al-Harith di pertengahan jalan. Ketika itu al-Harith  dalam perjalanan nak jumpa Rasulullah sebab beliau sangka Rasulullah  tak hantar utusan untuk kutip zakat yang dia beliau sudah pungut adalah tanda murkanya pada mereka (al Harith)..

 Ditujukan Umum..
- Bagaimana cara kita menerima sesuatu berita? .. melihat dari berita itu (yg baik kebiasaan kita terima. dan seblik nya tidak baik mmg kita menafikan@mempertikaian)atau siapa yang sampaikan berita itu? ..
cara kita meneliti sifat2 org itu?
a) dari segi luaran . (perilaku,penampilan)
b) dari segi dalaman .

Kesimpulannya:
Berhati2 apabila menyampaian sesuatu berita ... jadilah org yg terakhir menerima berita ... supaya terhindar dari sesuatu yg tidak sempurna ..