Tuesday, June 21, 2016

Kuliah ramadhan..
21/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 22(berhijrah dan tidak tinggal bersama org kafir).

1. Assalamualaikum.. persoalan yg ditekan oleh imam ibnu arabi ialah hijrah. Wajib berhijrah org islam yg duduk dgn org kafir yg di ganggu gugat agama. Menjadi sunat berhijrah kpd org yg duduk di negara islam tapi blh praktis agama islam dalamnya. Harus duduk di negara org kafir bilamana org islam mampu mendakwah dan mengislamkan pemerintah mereka. Para ulama meletakkan hukum tersebut.

2. Nabi menyatakan bermaksud aku berlepas diri drpd mana2 org islam yg duduk bersama org kafir dan terpengaruh dgn agenda org kafir. Contohnya mereka berjuang bersama org kafir memperjuangkan kekufuran. Mereka akan di tempatkan di neraka jahanam.

3. Bilamana umat islam x nak hijrah dan mati di negara org kafir sedangkan agama di permainkan lalu Allah taala menempelak mereka dgn berkata "bukankah bumi Allah ini luas".

4. Sekarang yg jaga baitulmaqdis yahudi. kita dilarang utk melawat baitulmaqdia. sensitiviti dan pengitirafan kpd org kafir kalau kita melawat baitulmaqdis sekarang. Kalau nak g perang xpe. Kita x di benarkan. Mengiktiraf org kafir yg menjajah. Mereka mencuri baitulmaqdis drpd org islam.

5. Allah akan tnya kenapa kita g baitulmaqdis sedang kan kamu tahu dia di tawan. Kalau g utk  Misi kemanusiaan xpe. Allah dan rasul meletakkan satu hari nanti baitulmaqdis akan bebas.

6. Yahudi dan org islam saja yg tahu betapa pentingnya baitulmaqdis.

Wasiat ke 23( mengamalkan ilmu dalam seluruh gerak laku).

1. Tidak ada derma yg paling hebat melainkan derma ilmu. Bila saya beri ilmu pd tuan2, tuan2 akan beri ilmu pd anak2 tuan. Ramai yg akan ambil manfaat dgnnya. Dermalah ilmu maknanya kita sentiasa beri nasihat yg baik.

2. Kadang kala kita dgn istri kita beri duit saja. Kita lupa nak menasihatkan bini  dan anak2 kita. Nasihat utk anak2 menyintai rasul.

3. Nabi kata sebaik baik kamu yg belajar quran dan mengajarnya. Itu ilmu. Berusaha utk berkongsi ilmu dgn istri dan anak2 kita. Beri tahu mereka apa yg kita dpt mari kuliah. Ini semua cara bagaimana ilmu di manfaatkan.

4. Dengan cara ilmu nak jd kita ingat bila kita sampaikan pada org lain. Inilah keberkatan. Bila dia beri tahu otometik dia akan ingat benda ni. Dalam ilmu kena ada networking.. hendaklah yg hadir kena sampaikan yg x hadir.

5. Nabi mencela satu qabilah iaitu qabilah assyaari, bila mereka dpt ilmu drpd nabi mereka hanya berkongsi pd qabilah mereka sahaja. bila mereka tahu nabi kata kat mereka, mereka minta dgn nabi setahun utk sebarkan pd semua org.

6. Sampaikan semua ilmu kerana ada diantara mereka yg menerimanya. Walaupon ada golongan yg menghina, mencebik kita kena terus menyampaikan.

7. Rasulullah kata perumpaan aku bawa ilmu ini seperti hujan dan manusia seperti tanah. Hujan ini aku(nabi). Tanah ni ada 3 jenis,  pertama subur, kedua hanya takung air, dan yg ketiga tanah licin bila turun hujan x lekat pon. Manusia ada 3 golongan. Pertama mereka dpt ilmu dan beramal,. Yg kedua ada ilmu tp x beramal dan yg ketiga xdok ilmu dan x nak belajar ilmu.

8. bila turun hujan dia takung air. Sama mcm manusia ada ilmu dan xnak beramal namun ada org blh ambik ilmu drpd dia. Satu hari insyallah org mcm ni makin dekat pd Allah kerana dia x menodai kebenaran ilmu kerana dia tetap menyampaikan ilmu pd org lain walaupon dia x guna ilmu itu.

9. Alim ulama kata, bila kita beramal satu ilmu kita akan dpt ilmu yg lain. Kita dpt memahami ilmu yg lain. Allah letakkan lg kemanisan dlm ilmu. Kita rs dekatnya kita dgn Allah. Ini kesan drpd ilmu yg kita amal. Siapa yg beramal dgn apa yg dia tahu maka Allah akan  tambahkan ilmu yg dia x tahu.
wallahualam...

Sunday, June 12, 2016

Terkesan dengar doa seorang anak muda petang Ramadhan ni menangis teresak-esak dan agak kuat menangis..Saya singgah sebuah masjid petang tadi.. Saya lihat seorang anak muda sedang menangis teresak-esak. Dia baca sehelai kertas dan menangis teresak-esak dan makin kuat menangis.. Saya dari jauh doa ya Allah dalam berjuta rahmat yang kau sedang beri padanya, berilah sedikit kepada saya..inilah Ramadhan yang mulia..

Selepas itu saya dekat dengannya dan kata doakan saya. Dia terus menangis dan kata ada orang hadiahkan saya keratan doa ini. Saya selalu menangis berdoa membacanya. Orang bagi saya masa umrah..

Saya menangis kerana saya pernah berdoa di ikimfm. Syukur ada orang sudi menaipnya..hanya Allah membalasnya dengan kebaikan. Saya selalu terjumpa doa itu..tak tahu siapa rajin taip dan edarkan..

Mudah-mudahan amin tuan puan Allah kabulkan di malam atau siang dalam Ramadhan yang mulia ini..

Wahai Allah tuhan kami

Ampunkanlah dosa-dosa kami semua

Ampunkanlah dosa mak ayah kami.

Ampunkan dosa mak ayah kami andaikata ada dalam hidup mereka..mereka pernah tinggalkan solat..kau ampunkanlah dosa mereka..

Wahai Allah tuhan kami..

Kami pernah dengar ada mak ayah yang ditakdirkan masuk neraka...tapi disebabkan doa anak mereka yang soleh...engkau selamatkan mereka dan kau masukkan mereka dalam syurga..

Wahai Allah kami bukan anak soleh. Tapi kami nak jadi mak ayah kami masuk syurga..

Ya Allah tuhan kami...ampunkanlah dosa kami semua..ampunkan dosa kami semua orang Islam dalam dunia ini..

Wahai Allah tuhan kami..hidup kami berlalu hari demi hari..setiap nikmat kau dan kebaikan yang diberi kepada kami tak henti-henti..tapi wahai Allah..betapa zalimnya kami..kami telah jauh dari perintah-perintahMu..

Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa kami semua..berilah kami hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kau beri kepada kami..

Wahai Allah tuhan kami..tiada tuhan melainkan kau..tidak berhenti henti berbuat baik pada kami...maafkanlah kami semua..maafkanlah kami semua..kami bertaubat atas segala dosa kami..kami benar-benar bertaubat..

Wahai Allah tuhan kami...kami tahu tiada yang menyayangi kami lebih dari kau sayang kami..kami tahu tiada siapa kasih kami lebih dari engkau ya Allah..tapi kami begitu berdosa zalim..dalam hati kami..kami tak tahu..sama ada kami mampu paksa hati kami untuk datang dan ingat padaMu..bantulah kami..hati kami keras dan sombong..belum benar mencintaiMu dengan sebenarnya..

Sedangkan telah habis separuh hidup kami..terlalu banyak nikmat kau beri pada kami..kami malu..entah berapa masa lagi kami perlukan untuk benar cinta padaMu. Belum benar dekat padaMu..

Berilah kami cinta sayang rindu dekat padaMu seperti Rasulullah saw dan para sahabah rhum...hadiahkan kepada kami sebelum kami mati. Hadiahkan kami ya Allah..

Ya Allah berilah ikhlas dalam amalan kami..berilah ikhlas dalam amalan kami.berilah ikhlas dalam amalan kami..

Ya Allah maafkanlah kami seandainya ada amalan kami tak ikhlas..janganlah kau tolak amalan kami..

Wahai Allah sedikit sangat amalan kami...dalam hati kami masih ada riak kibir takabur..bersihkan diri kami ya Allah..

Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah.bersihkan dan sucikanlah hati kami..

Wahai Allah..yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih..jangan biarkan kami lagi..tolonglah kami semua..kami tak tahu nak buat apa..tolonglah ya Allah...

Ya Allah kami tak nak hidup dengan lalai..hati yang mati..hilang kelazatan dan roh amalan agama..kami nak sebut namaMu dengan manis..dengan nikmat..kami tak hidup dengan maksiat. Ya Allah selamatkanlah kami..kami sedih lihat manusia mati tanpa agama..

Ya Allah macam mana kami nak jumpaMu dalam keadaan begini. Kami rindu nak jumpa dan berterima kasih padaMu..

bagaimana kami nak jumpa Nabi kami..bagaimana kami nak jumpa Nabi kami?

Nabi saw yang kami kasihi bergadai nyawa untuk redhaMu..untuk agama ini..isteri dan anak Nabi saw sudah demi agama ini. Lapar, sakit, susah , derita dan mati demi agama Islam sampai pada kami..

Kami tak buat apa-apa untuk agama ini..kami tidur lena, makan sedap..manusia mati tanpa Islam. Orang Islam jauh dari amalan Islam..

Kami tidur lena makan sedap sedangkan saudara kami di Palestin syria di seluruh dunia dalam kesusahan dan kelaparan..

Ya Allah selamatkanlah semua saudara kami diseluruh dunia..

Ya Allah campakkanlah kasih sayang di kalangan kami semua..janganlah kami bergaduh sesama sendiri..berilah rasa cinta dan sayang di kalangan manusia di seluruh dunia..berilah rasa cinta dan sayang sesama suami isteri..rasa cinta dan sayang sesama  anak dan ibubapa..rasa cinta dan sayang kepada adik beradik dan semua ahli keluarga..

Ya Allah fitnah atas agama ini datang satu demi satu..dakyah pendakyah datang bertalu-talu..tapi kami orang Islam tinggalkan dam tak bersungguh atas kerja dakwah ini..maafkanlah kami..

Ya Allah ramai anak muda kami sedang habiskan hidup.mereka dengan dosa dan maksiat..ya Allah tunjukkanlah apa patut kami buat..berilah ilham dan kekuatan..apa yang patut kami semua buat..tunjukkanlah..selamatkan semua anak muda kami..

Ya Allah anak-anak dan keturunan zuriat kami kau selamatkanlah..kami mati hari ini..tak tahu apa nasib mereka..jadikanlah anak kami daie yang bawa Islam ini ke seluruh dunia..selamatkanlah isteri dan anak-anak yang kami amat sayangi dan cintai..selamatkanlah ya Allah..jagalah agama mereka..pilih mereka hidupkan islam ke seluruh dunia..

Ya Allah satukanlah hati orang Islam..letakkan rasa cinta dan sayang sesama kami dalam membangunkan Islam.

Ya Allah kami tidur lena..kami tidur lena sedangkan manusia mati tanpa kenalMu ya Allah..

Wahai Allah..ampunkanlah dosa kami semua..Dosa Kami Paling Besar ialah kami belum benar-benar menyintaiMu dengan sebenarnya..belum cinta Nabi saw yang telah korbankan segalanya..kami benar-benar nak cinta padaMu..nak cinta Nabi saw..hadiahkanlah kami ya Allah..

Ya Allah ampunkan kami semua..kami masih belum kasih saudara seperti kami kasih diri kami sendiri..tak sempurna iman kami jika tak kasih saudara kami seperti.kami kasih diri sendiri..ya Allah...ampunkan kami..pimpin kami untuk sayang manusia yang lain keranaMu..hadiahkan cinta dan sayang penduduk Madinah pada zaman Rasul saw. Sanggup mati demi beri air pada orang lain..

Ya Allah kasihilah semua saudara kami..kami kasih mereka keranaMu..hanya keranaMu..

Ya Allah kami cuma nak redhaMu..itulah segalanya dalam hidup kami..Redhalah ke atas ibubapa yang kami cintai..Redhalah ke atas isteri kami sayangi..suami kami..Redhalah ke atas semua orang Islam..

Pimpinlah dan jagalah mereka untuk kami..peliharalah mereka..kami benar sayang pada mereka kerana Islam yang kau beri pada kami..

Ya Allah mana-mana hambaMu yang jauh dariMu..dekatkanlha ya Allah..mana orang masih belum solat dan ada yang tak pernah solat berilah mereka jadi orang jaga solat..selamatkan kami semua. Yang belum tutup aurat berilah dapat tutup aurat..yang belum sedar dan masih buat dosa berilah taufik untuk bertaubat..

Ya Allah seperti kau selamatkan kami dulu.kau beri belajar mengenalMu..itulah perkara terindah dalam hidup kami.selamatkanlah semua saudara mara kami. Selamatkanlah semua manusia dalam dunia ini..

Ya Allah hidup kami semakin berlalu..tapi kami belum bertambah dekat denganMu..selamatkanlah kami..selamatkanlah kami..berilah keajaibanMu dalam hidup kami..

Berilah rasa cinta dan rasa syukur dalam setiap ahli keluarga kami. Supaya kami benar mencintai dan memimpin setiap ahli keluarga kami ke syurgaMu..

Ya Allah janganlah orang Islam ini bergaduh sesama sendiri..kami semua tak untung..yang untung syaitan. Dan orang bukan Islam semakin tak faham Islam. Maafkanlah kami semua..

Ya Allah kami pohon ada di antara saudara kami yang sakit kau sembuhkanlah..ya Allah antara kami ada yang diuji dengan musibah dan kesedihan..kau bukalah jalan keluar dan berilah bahagia dalam hati mereka.

ya Allah antara kami ada yang lapar dan susah. Penuhilah keperluan mereka dan cukupkan rezeki buat mereka..di antara kami ada yang baru diuji dengan berita kesedihan..

ya Allah ubatilah kesedihan mereka..ya Allah antara kami ada yang ada masalah rumahtangga..kau berilah mereka cinta dan bahagia sampai syurga..di antara kami ada yang hdup sebatang kara..berilah keluarga dan rasa kekeluargaan itu dengan orang Islam yang memantu..

ya Allah ada muallaf yang kehilangan keluarga.kau lembutkan hati keluarga mereka untul.menerima.mereka..jadikan kami semua keluarga mereka..ada antara kami sedang berjuang di jalanMu..pelihara isteri dan anak mereka serta harta mereka..

Ya Allah antara kami ada ulama dan pemimpin yang ikhlas berkati perjuangan mereka, cukupkan rezeki panjangkan umur dan pelihara anak isteri mereka. Berkati mereka atas ilmu dan pimpinan mereka dan doa mereka.

Ya Allah Ada antara kami ingin pekerjaan, jodoh, dan anak.kau kurniakanlah yaAllah..

Ya Allah ada 7 bilion manusia belum kenalMu..berilah mereka dapat kenalMu..beri hidayat orang amerika dapat Islam..beri islam pada orang korea, Russia, brazil, perancis, china, jepun, afrika, singapura, indonesia, thailand, vietnam, pulau di indonesia..semua  penduduk Malaysia dan seluruh dunia sampai kiamat...berilah setiap.orang dapat kenalMu..ya Allah sayangilah dan kasihilah mereka..

Terimalah kami semua dapat bertemu denganMu ya Allah..hanya Redha dan keampunanMu yang kami harapkan..berilah kami dapat bertemu dengan Rasulullah saw, khadijah ra,zainab, ruqaiyah,ummu kalthum, fatimah rhum.., abubakr ra, umar ra, usman ra, ali ra..hassan hussain rhum...terimalah kami semua-ebit lew

#fbHayfarayyan #fbelewsDesign #bangiSentral #jubahLelakiEksklusif #jubahKanak #tudungMuslimah #telekung
Kuliah ramadhan..
12/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 15..
(Cinta kepada Allah)..

1. Assalamualaikum.. wasiat imam ibnu arabi pada mlm ni yg pertama adab bersama org alim. Sekiranya org alim lupa dgn ilmunya hendaklah kamu ingatkan dia. Dah jd sifat manusia itu lupa.

2. Kadang kala org2 yg berilmu itu lupa dan lalai. Apa yg dilakukan itu bercanggah dgn ilmu yg dia beri tahu pd org ramai. Maka ingatkan mereka.

3.bagaimana nak terjemah cinta kita pada Allah. Pertama cara berpakaian. Berpakaian yg cantik semasa beribadat pd Allah itu juga menunjukkan kecintaan pd Allah.

4. Bila nak dtg masjid hendaklah berhias diri drpd kepala sampai kaki ini yg di anjurlan oleh Allah. Imam ibnu arabi x sependapat dgn org yg beribadat dgn pakaian yg busuk.

5. Bila seorg memakai pakaian yg indah maka xde sorg pon blh halang dia nak pakai yg baik kerana perkara ini diizinkan syarak.

6. Yng membezakan kita berhias utk dunia atau akhirat ialah niat. Kalau niat kerana Allah maka itu untuk akhirat. Kalau kita pakai hebat untuk sombong itu untuk dunia. Petingnya niat

7. yg membezakan adat dgn ibadat ialah niat. Org kawen utl menundukkan pandangan dan nak jauhi maksiat ini ibadat. Ini membezakan adat dan ibadat. Setiap amalan dgn niat. Siapa niat hijrah untk Allah dan rasul maka hijrah dia utk Allah dan rasul. Siapa hijrah utk perempuan yg nak di kahwininya maka dia ikut niat.

8. Kita sentiasa memperbaiki niat kita jd niat yg baik. Org simpan duit utk membanyakkan duit itu adat. Siapa yg simpan duit utk membayar hutang atau menunaikan haji itu ibadat.

9. Contoh baiah itu hal agama. Wajib manusia berbaiah pada pemimpin. Mendengar dan patuh pada pemimpin wajib bg org beriman. Selagi mana dia x suruh pd maksiat. Perkara ini juga blh menjadi dunia bila seorg berbaiah kerena mengharap pemimpin itu beri dia kesenangan dunia.

10. 1.  Org yg punyai lebihan air dan menghalang musifir memilikinya.
2. Org yg menunjukkan taat pemimpin kerana habuan.
3. Org yg beraumpah dlm perniagaan dan menipu dgn sumpahnya. Tiga golongan ini di laknat oleh Allah di akhirat kelak.

11. Nilai kepimpinan mata wang dan ringgit. Kalu kerana ini kita x akan dpt pemimpin dan rakyat yg baik. Dalam hal kepimpinan x blh ada unsur rasuah.

12. Bila nabi bercakap pasal riak dan sombong. Ada sahabt keliru dgn riak ini. Org yg  berpakaian cantik itu bukan riak. Itu keindahan kata nabi. Allah suka akan keindahan.

13. Menyembunyikan ilmu untuk manfaat org ramai itu juga maksiat. Ertinya, semua org yg Allah beri nikmat Allah nak tgk kesan dia. Kita kena praktikkan sifat tlg menolong.

14. Kalau kita tgk malaikat yg dtg jumpa rasullullah dia menyerupai org yg paling hensem dan tampan sekali. Dehyah kerap malaikat jibril menyerupainya. Umar al katab menceritakan kami melihat org yg pakai pakaian yg putih dan orgnya juga cantik dan bukan dikalangan kami dan dia juga x nampak seperti kesan musfir itulah malaikat jibril.

15. Malakul maut dtg kepada org beriman juga dlm keadaan yg cantik. Nabi ialah secantik cantik manusia. Kesempurnaan pd nabi. Cantik ini menjadi milik islam. Bila hari raya islam kata pakai baju baru dan cantik. keindahan ada disisi Allah. Jgn kita abaikan keindahan imej kita. Tp jgn sampai berlebihan sampai pokai untuk keindahan. Mengubah ciptaan Allah juga x blh dalam keindahan.


16. Kita dok mesia idong x berapa mancung sesuai dgn suhunya. Mat saleh idong mancung sesuai dgn suhu nya. Contoh macam kete kancil xakan nak letak exzos ferari. bila ubah akan merosakkan diri kita.

17. Bila Allah ceritakan ahli syurga Allah mengambarkan kecantikan. Bidadari dan keindahan. X ada umat yg menekan kebersihan gigi melaiankan umat islam.

18. Kita nak pilih indah dan kaya silakan tapi  jangan  sampai kita hina org dan abaikan tanggungjawab. sape nak kaya jgn lupa dua prinsip. 1) jgn hina org. 2) jgn tinggalkan hak dan tanggungjawab.

Wallahualam..
Kuliah ramadhan..
9/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 11. menjaga ucapan dan tutur kata.

1. Assalamualaikum... Dlm wasiat ini di antara yg ditekankan dlm syariat islam ialah menjaga lidah. Tidak mengatakan selain yg diizin syarak. Jika salah akan dihukum dan dihumban dlm neraka.

2. Sekiranya percakapan yg menyalahi akhidah dan syariat dan mencapuri perkara ghaib yg x dizini Allah yg kita x tahu kita akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

3. Kita x tau tentang org lain dan kita x blh bercakap bimbang takut jd fitnah. Agama ini berdasarkan pada nas. Agama bukan bercakap dgn kepala lutut. Agama bercakap dgn sumber. Tidak blh bercakap dgn tujuan merendahkan agama.

4. Ulama mengajar kita menjaga perbuatan dan pertuturan. Bila bercakap benda yg kita xde ilmu kita kena berhati hati kerana bahayanya.

5. Di bawa pd kita ayat quran. Setiap perbuatan dan percakapan kita di catat oleh malaikat. Jgn ckp benda yg kita x tahu. Umpama org kata org mati syahid itu mati  walhal mereka x mati disisi Allah.Mereka mendapat rezeki dr Allah. Mereka hidup di tempat yg lebih mulia disisi Allah.

6. bagaimana kita hidup disisi Allah zat yg agung. Bukankah kita rs bangga. Allah sebut bermaksud "jgn kamu sangka org yg berperang dijln Allah itu mati. Mereka itu hidup disisi Allah dan mendapat rezeki disisi Allah". Kita kena berhati hati bercakap pasal agama.

6. Alam kubur lebih jauh drpd alam dunia. Dlm kubur kita mampu melihat syurga atau neraka. Di perluaskan Alam kubur sejauh mata memandang. Ahli kubur yg beriman melihat kuburnya seluas mata memandang. Ini antara perkara yg kita x tau. Nabi beri tahu maka jgn komen.

7. Asas kita bercakap kena ckp benar. Mengumpat ni cakap betul. Tapi dilarang dan diharamkan dlm islam. Bercakapan benar yg di larang oleh Allah. Bercakap menghina agama juga x dibenarkan.

8. Ungakapan menyesali takdir juga dilarang dlm agama. Apa yg kita kena buat ialah percakapan yg berkait dgn akidah kita kena ckp dulu.

9. Dlm tradisi jahiliah melayu sendiri kita melihat sesuatu berlaku Kita letak dgn sebab. Dtgnya malapetaka musibah sbb org. yg mendatangkan musibah ialah Allah. Bilamana kita berubat, yg menyebuhkan kita ialah Allah. Ubat ni sebagai asbab sahaja.

10. Kalau meletakkan sebab yg begitu hakiki pada benda ia salah. Yg menyembuhkan ialah Allah. Hakikat sebenarnya semua dr Allah. Org yg byk duit pon blm tentu bahagia. Dgn kekayaan dia x mampu cari sorg isteri. Org miskin mampu cari sampai 4 isteri. Semuanya dr Allah.

11. Ada org kata aku bahagia kerana harta dia akan jd kufur. Bahagia ini anugerah Allah. ALLAH yg letak bahagia dlm hati kita. Di sebalik kekurangan yg org tgk dlm diri kita tp kita tetap bahagia.

12. Allah melarang kita berkiblat kepada sebab. ALLAh nak uji kita sahaja. Kita nampak bagaimana kita lahir drpd ibu kita. Sbb itu Allah jdkan ujian. Ibu ayah hnya sebab kita lahir di dunia. Allah yg menciptakan kita dan ibu bapa kita.

13. Para sahabat meninggalkan mekah tinggalkan dunia bisnes dan pergi ke bumi pertanian. Sahabat meninggalkan kekayaan mereka dan yakin Allah akan beri rezeki yg lebih baik pada mereka. Allah taala mengembalikan harta mereka dengan keimanan.

14. Kita di ajar menyebut ini semua kurniaan Allah. Nabi Allah mendengar semut bercakap. Ini kurniaan Allah kepada nabi sulaiman. Tuan2, bukan sekadar dengar tapi paham. Bila sualaiman dpt dengar suara semut dia berkata ini ialah kurniaan drpd Allah utk mengujiku. Kita nak berakidah begitu.

15. Menyadarkan pd Allah Adakah satu yg mengaibkan? Tuan2 sebut ini drpd Allah. Katakan ini drpd Allah. Menyandarkan diri pada Allah ini adalah perkara paling hebat. Sebut Allah yg disisi Allah xde  yg binasa. Disisi Allah semua akan kekal.

16. Nilai kekufuran yg disebut oleh Allah. Maksud bersyukur ialah menyebut kalimah syukur dan kita kena zahirkan. Dalam hati dan pertuturan benar2 yakin pd Allah. Bila kita ucap syukur ialah dakwah yg hebat.

17. Dalam hidup kita muliakan Allah nanti Allah akan muliakan kita.kenapa kita malu nak promosi Allah.?  Ya.. Allah kalau kita x promosi pon Allah tetap agung tp Allah nak tgk sejauh mana kita mengangungkan Allah.

18. Hati2 mulut kita drpd melawan hukum Allah. Walau manusia x mahu tegakkan, Allah tetap menjaga hukum Allah. Tragedi titanic. Kapal yg paling hebat. Waktu pelancaran, mereka bercakap takdir Allah pon x blh tenggelamkan titanic tapi kita lihat bagaimana titanic tenggelam. Mereka mencabar kekuatan Allah. Kapal sekuat itu dlm tempoh yg sekejap tenggelam. hukum Allah jgn dicabar.

19. Kita tgk bila kita bentangkan rang undang2 islam.Ada org islam yg bantah.  Org tak sokong akan terima kemurkaan Allah. Dia ingt ckp mcm 2 terlepas mcm 2. Dia kena ingat dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Bila kata undang2 allah x sesuai maka allah jadikan jenayah sesuai berlaku sekarang. Jgn mencabar syariat Allah.

20. Org yahudi paling suka cabar Allah. Dia akan serang palastin bila tiba ramadhan. Tapi dia x pernah menang perang di bulan ramadhan.

21. 1986 satu tragidi kapal afrika yg terhempas. Bawa 7 anak kapal dan sorg perempuan. Dia mencabar, mampu menempuh langit. Kapal mencabar, apa yg Allah sebut bahawa kamu x mampu sampai kelangit tanpa bantuan Allah. Allah jdkan kesombongan itu berakhir dengan kehancuran.

22. Kita kena hati2 jgn sampai menghina Allah. Letak nama pon jgn sampai mencabar Allah. Jgn sampai letak nama syarikat firaun. Jgn letak nama syarikat yg sombong dan mencabar Allah. Berilah nama yg beradab. semua yg kita buat mesti berlapik dan beradab. Mesti tahu hukum..

23. Yang ramai masuk neraka ini sebab mulut. Terutamanya sebab agama. Jgn hina agama dan hukum Allah. Kita Bersama dgn org kapir nak sekat agama Allah, Allah akan gantikan dengan kaum yg lain dan yg lebih baik drpd kita.

24. Bercakap tentang hukum Allah walau dengan satu malam pon kita boleh paham. Dengan bantuan Allah kita akan paham.  kalau kita ikhlas lagi mudah kita paham tentang agama allah.

Wallahualam...