Friday, January 2, 2009

Wednesday, November 19, 2008

Sajakku~ nasihat untuk diriku



Kita tahu mengumpat itu haram
Tapi kitalah kepalanya,

Kita tahu buka aurat itu haram..
kitalah yang meludah ke atas terhempap ke muka .

Kita kata itu haram,ini haram,
Itu cuma pada orang,pada kita semuanya tidak mengapa.
Sanggup selewengkan makna kalam agung untuk menang kata.
Walaupun hanya sementara.

Kita kata oranglah jahil hukum pencipta kita,
padahal kitalah lebih teruk pada si jahil, pada amalan sendiri.
amalan fardu di mana,yang sunat tidak pernah mendapingi kita,

orang lain sajalah perlu buat bakti amalan,kita hanya penutur persis ketua.
kata Syaitan egonya mengalahkan kita..

tentang kata nasihat mulia,
Adalah suruhan agama,
tetapi ada baiknya diri dulu di hisab
Kadang-kadang terlupa ,firman suci
Amatlah besar dosa orang yang berkata tapi tak buat..

ketepikan dulu firman suci kata nafsu si durjana,
Yang penting kita gembira,

Kita terlupa nasihat manusia terpuji,
Sanjungan di mulut tidak meresap diri..
Banyak berkata banyaklah dosa,banyak dosa neraka utama.

~(Walaupun tidak pandai bersajak tetapi sekadar mahu mencuba)~.

~pesanan untuk diriku yang mudah lupa dan alpa~.

20/11/08

minggu yang malas

Seperti tajuk cerita cartoon Sin Chan la pula ...ya Allah malaskannya aku minggu ni...walaupun aku tahu ianya merupakan penentu di hari muka..

Adakah ku tidak mampu melawan syaitan yang bergabung dengan nafsuku untuk mengalahkan akal aku .Aku masih tidak dapat mefokuskan apa yang sepatut aku buat sebagai seorang muslim yang memikul tanggunggjawab sebagai seorang pelajar,seorang anak kepada ibu-bapaku,sebagai ahli kepada masyarakat dan seorang mukhluk yang di gelar hamba..betapa hinanya jika sentiasa tewas dalam pertarungan ini..

Walhal aku tahu semuanya apa yang sepatutnya aku buat.....aku tahu juga jika bersenang-senag dahulu akan susah kemudian..
Aku takut jika jadi seperti apa yang allah katakan dalam kitab yang paling benar tiada keraguan padanya...iaitu orang yang berilmu jika mereka tidak mengamalkankan ilmunya seperti keldai yang membawa kita kitab tetapi keldai tidak tahu apa yang dia bawa...

Semoga sedikit coretan ini memberi kekuatan pada diri aku dan juga sesiapa yang membacanya untuk melawan nafsu yang mengila memujuk mencari kesenangan yang sementara...

satu perkara yang ada pada syaitan yang boleh kita fikir-fikirkan...iaitu tidak kenal putus asa.iaitu mereka senantiasa berusaha untuk menyesatkan manusia...

Monday, November 17, 2008

kerjaya ku..


sesuatu untuk di kongsi bersama..

Menggunting rambut adalah sesuatu yang menjadi kerjaya kedua selepas pelajaran di ukm....
(betul ke!!!)
mula-mula dulu aku memotong rambut adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang aku minati ini...

Ada satu-satu masa aku rasakan diri seperti tidak ikhlas dalam dalam kerjaya ini tetapi aku cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik pada pandanganku..
semoga Allah memberi pahala kepadaku...aku melakukan untuk buat bakti kerana pada pandanganku inilah satu-satunya perkara yang aku mampu lakukan kepada mereka yang di panggil sahabat..

pada pandangan ku orang perseorang yang melampau kerana mengatakan aku memilih menggunting rambut si kaya sahaja...ianya tidak benar sama sekali kerana selama aku menawarkan khidmat menggunting rambut tidak pernah sekalipun aku meminta bayaran..sebagai cas perkhidmatan...di maklumkan
sekadar untuk belanja air aku terima!!!hu hu

Kepada sesiapa yang berkata begitu sedarlah bahawa aku tidak seperti yang engkau sangkakan..hu hu(sekadar penyedap cerita...~:dalam hati siapa yang tahu;~)

Nota kaki:
esok !!! hari terakhir sem ini
pada sesiapa yang ingin potong rambut...he he!!!
aku nk balik kampung.