Friday, September 5, 2014


 Kuliah Dhuha UMED 05.09.2014

♥♥Tafsir Surah Al Ahzab ayat 53 - 54

1. Allah mgajr adab2 yg perlu dipatuhi yakni adab2 bsama org beriman.

-》Kisah Talhah bin Ubaidillah spupu Aisyah yg tdk bpuahshati dgn larangan Nabi spya tdk bergaul dgn sepupu2nya. Jika Muhammad ini mati, aku akan kahwin dgn Aisyah. Maka Allah menurunkan ayat ini. Ia myalahi adab dgn Nabi saw setta menyakiti hati baginda.

2. Namun slps itu Talhah berasa bersalah. Kdg2 kita terlepas ckp dek kejahilan dan emosi melampau. Sudah menjadi kebiasaan dlm msyarakat kita yg menganggap sepupu seolah2 spt adik beradik lalu kita mula bgaul tanpa batasan aurat dan akhlak.

-》 Tdk ada hadis yg mgatakan kahwin dekat spt dgn sepupu akan myebabkan zuriat lemah @ lembap.

3. Suatu hari Talhah bsembang dgn Aisyah lalu ditegur oleh Nabi saw spya tdk lagi berbual dlm keadaan demikian even tdk bercakap perkara yg tdk elok. Perbuatan duduk berduaan adlh perkara mungkar. Ssguhnya tdk ada org yg lbh cemburu selain dr Allah dan aku. Nabi saw diam kemudian berlalu pergi.

4. Kemudian Talhah memerdekakan hamba dan bersedekah 10 ekor unta ke jalan Allah serta menunaikan haji dlm keadaan bjalan kaki sbg tebusan atas kesilapan. Jgn bcakap sesuatu yg myakitkan hati org beriman. Perbuatan ini amat dilarang oleh Islam. Ini sebab penurunan ayat 53 dan 55.

5. Adab yg diajar oleh Allah antaranya

a) kita tdk dibenarkan masuk ke dlm rumah melainkan dgn keizinan.

-》Keizinan ada dua jenis spt djemput dtg ke rumah utk majlis tertentu dan dibenarkan masuk.

-》Bentuk ketidakizinan iaitu bila kita dilarang masuk @ ketika kita berada pd waktu yg tdk sesuai. Org berilmu dpt dilihat pd adabnya.

-》 Ilmu ini hebat bila seseorg itu ada adab. Kita perlu mengajar adab tlebih dahulu sblm belajar spt contoh adab menuntut ilmu spya ilmu itu berkat.

b) bila kamu sudah mkn hendaklah kamu beredar. Ia menunjukkan kewajipan keluar dr rumah slps selesai maksud. Asal masuk ke rumah adlh haram melainkan ia dibenarkan. Slps selesai maksud maka ia menjadi haram kembali.

c) jgn jadikan tuan rumah terbeban dgn kedatangan kita

6. Allah tdk malu utk myatakan kebenaran. Tdk ada sifat malu dlm mgetahui hukum hakam dan syarak.

-》Kita sering bimbang jika bertanya @ menegur sseorg, maka ia mungkin mjejaskan hbgn dgn org lain namun kita wajib mberitahu jika ia bkaitan dgn hukum hakam.

-》Tdk perlu utk myembunyikan nama ketika btanya sesuatu. Antara feqah fatwa adlh mgenali individu tsebut. Memberi fatwa tnpa mgetahui latar belakang akan mjauhi seseorg itu dr agama. Jika ia seorg yg lemah agama maka beri fatwa yg mudah baginya.

-》Antara fatwa yg tdk tepat apabila ia mula myebabkan org lain mjauhi agama. Fatwa adlh dakwah yg btujuan utk mdekatkan seseorg itu kpd agama.

7. Allah myebut adab dgn isteri2 Nabi spt tdk blh btemu scara bsemuka, perlu kpd hijab. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Ia adlh utk memelihara maruah isteri Nabi saw.

-》Para shbt dtg utk btemu Aisyah selepas kewafatan Nabi saw utk mgetahui hukum hakam agama.

-》Haram utk bkahwin dgn isteri2 Nabi melainkan yg diceraikan.

♥♥Kitab Riadus Solihin Imam Nawawi

Doa ma'thur Nabi saw

1. Harus tdk bdoa dgn doa yg tdk ma'thur namun doa yg ma'thur lbh baik diutamakan. Apabila kita tdk mhafal doa2 ma'thur maka bdoalah apa2 doa yg kita igt. Allah berfirman "Doalah kpdku akan Aku mustajabkan".

2. Jika dtg seseorg yg mpunyai masalah, penyelesaian tdk semestinya dlm bentuk material. Antaranya kita diajar utk bdoa spya dilepaskan dr bebanan contohnya bebanan hutang.

-》Doa mbuka kesempitan jiwa dan merawat penyakit hati spya ia menyebabkan kita lbh cekal. Maka Allah akan memudahkan asbab dlm setiap masalah kita.

3. Antara doa Nabi saw adlh meminta idea dr Allah. Idea adlh anugerah Allah, bkn usaha kita semata2.

-》Ya Allah ilhamkan kpdku kecerdikan. Kecerdikan ini dibwah bimbingan dan hidayahNya.

-》Jauhilah aku dr kejahatan diriku yakni bkaitan dgn keperluan diri sendiri spt ketika mhadapi ujian, takut dikeji, lalai dr mengingatiNya dan ingin memiliki secara mutlak.

♥♥Kitab Fiqh Manhaj

1. Asas pertandingan yg ada hadiah. Jika ia dtg dr peserta dan mjadi nilai pertaruhan maka ia adlh haram. Ia bentuk perjudian. Namun ia terbatal hukumnya apabila ada muhallil.

♥♥Soaljawab agama

1. Perbezaan jelas antara menuntut ilmu di rumah2 Allah dgn sekadar menonton tv @ mbaca buku. Antaranya

-》Tiada perjalanan keluar dr rumah utk menuntut ilmu. Ia adlh fisabilillah.
-》Ilmu didatangi bknnya mnunggu ia mendatangi kita
-》Jauh dr adab menuntut ilmu
-》Dpt bhimpun dgn org soleh serta mdpt doa malaikat

2. Ada sebab utk tdk mberi salam spt ketika bhadapan dgn ayat quran lalu dimulakan dgn ucapan bismillah. Ayat quran begitu agung utk dicampurkan dgn ayat2 lain. Ini adlh contoh disiplin ilmu.

3. Sengaja tinggalkan solat kerana sibuk bkerja. Allah sudah tentukan waktunya maka kita perlu mematuhi waktu2 solat.

-》Haram kita tinggalkan solat melainkan dgn sbb2 syar'ie cntohnya mjaga nyawa, keselamatan dan harta. Melambatkan dan melewatkan solat juga termasuk dlm gol yg celaka.

4. Gunakan duit yuran utk mbeli hadiah cabutan bertuah. Ia berkaitan dgn persetujuan sesama sendiri.

5. Jika jumpa jumlah duit yg besar, maka kita perlu mengumumkannya dlm tempoh setahun sblm myedekahkan duit itu ke dlm tabung masjid. Jika empunya dtg slps setahun, kita wajib menggantikan kembali duit tsebut dan sedekah itu akan mjadi sebahagian dr sedekah kita.

6. Nabi saw mengaqiqahkan utk Hasan dan Husin hnya seekor kambing. Ia sudah memadai dan tdk perlu mengulanginya. Jika kita berkemampuan, maka tiada slhnya utk aqiqah 2 ekor kambing.

Wallahua'lam

 Kuliah Maghrib UMED Kitab Kunci Mendapatkan Syurga 04.09.2014

Kisah Para Nabi

1. Mereka membawa risalah yg sama yakni myeru myembah Allah dan mjauhi taghut iaitu berhala, syaitan, kezaliman dan pyelewengan agama.

2. Perjuangan Nabi2 bsambung dan berterusan shgga Nabi saw. Sbb itu Al-Quran mceritakan kisah nabi2 tdahulu dan bagaimana musibah menimpa umat tdahulu. Nabi saw mperolehi cerita umat2 terdahulu bmula dr kisah Adam melalui Al-Quran ini.

3. Umat Muhammad saw mjadi penutup dan mjadi saksi kpd nabi2 yg diingkari dan dinafikan oleh pengikutnya. Umat Muhammad yg adil dan amanah ini akan majdi saksi kpd nabi2 ini. Ini adlh kemuliaan umat Muhammad saw.

4. Nabi saw bkata ahli syurga itu ada 120 000 saf. 80 000 drnya yakni adlh umat Muhammad saw. Kita perlu melaksanakan amanah dgn mceritakan perkara sebenar ttg nabi2 ini utk mbela para nabi yg dinafikan kerja dakwah mereka.

-》Tdk akan sempurna iman jika kita menolak slh seorg dr nabi2 ini. Ia akan mjadi kafir dgn ijmak. Ia adlh aqidah org beriman.

5. Nabi Ismail adlh lambang pengorbanan dan kesetiaan anak dan hamba Allah. Ibadat qorban adlh simbolik kpd peristiwa pengorbanan Ismail ini.

6. Nabi Ayyub adlh lambang kesabaran. Baginda melalui pelbagai bentuk ujian spt ujian anak2, penyakit dsb. Fitnah anak2 ini amat berat. Baginda hanya mgadu pd Allah.

-》Jika kita mgadu pd manusia, mereka hnya mampu bersimpati kemudian menjadi serabut apabila kita mula menagih simpati. Kita pula akan mjadi semakin hina. Kita hnya perlu mgadu pdNya, bdoa dberi sifat sabar dan redha.

7. Jika kita bsabar dan bsyukur dgn ujian ini, maka Allah akan mhantar malaikat. Jika Allah hendak sembuhkan kita, maka Allah akan gantikan tubuh bdn kita yg lebih baik dr sblmnya. Jika Allah mematikan kita, maka Allah akan masukkan kita ke dlm syurga.

-》Kdg2 kita tdk tau apa matlamat utk kita panjang umur. Yg penting kita bdoa agar Allah berkati umur kita dan matikan kita dlm iman.

8. Nabi Zulkifli pula sanggup mnerima bebanan dakwah. Baginda seorg yg benar. Nabi Ilyasa' menawarkan jawatan raja dgn syarat perlu bpuasa, tdk blh tidur dan tdk blh marah. Ini utk mbuang sifat cintakan jawatan di kalangan Bani Israel. Hnya Zulkifli yg sanggup mnerima tawaran ini. Mmg benarlah Zulkifli yg layak memegang jawatan ini.

9. Antara kegagalan tarbiyyah apabila kemarahan tdk lg berfungsi. Di sini akan mula berlaku pembunuhan kerana kita menggunakan kekerasan fizikal. Sbb itu apabila Nabi saw marah, Nabi akan mengasingkan diri seketika.

-》Kita sbnrnya tdk tdesak utk marah. Marah yg paling berat dan sukar dilakukan adlh marah kerana Allah.

10. Nabi saw mdoakan keberkatan negara Syam kerana disini ramai nabi2 dilahirkan serta wahyu diturunkan. Yahudi juga bsungguh2 utk menawan bumi Syam ini kerana mereka mengetahui bumi Syam itu berkat.

-》Yahudi dtg ke Mekah ketika Nabi saw dilahirkan. Yahudi menganggap ia suatu kecelakaan kerana ia adlh tanda kenabian yakni sudah bpindah dr Bani Israel kpd Bani Mutallib. Sudah terlucut kemuliaan bangsa Yahudi lalu mereka bermusuh dgn Nabi saw.

11. Yahudi tergamak mbunuh ramai nabi2 di kalangan mereka sendiri. Maka tdk hairanlah mereka merancang utk mbunuh Nabi saw. Nabi saw pernah cuba diracun dgn hidangan kambing golek. Perempuan itu mjawab "Jika kamu Nabi, maka Allah akan mberitahu kamu. Namun kita pdusta, maka kami akan tselamat dr pendusta".

-》Begitulah tipu helah yg dilakukan oleh yahudi. Meraka amat pandai mberi pelbagai alasan dan jawapan. Begitu juga dlm isu myerang Palestin dgn mengebom kawasan yg dikatakan tmpt psembunyian pejuang Hamas walhal mereka sengaja melakukannya.

-》Peperangan akan myebabkan proses dakwah terganggu. Sbb itu Nabi saw cuba mgelak utk bperang melainkan dlm keadaan tdesak.

Wallahua'lam

 #Ulangkaji Kuliah UMED

KESOMBONGAN MANUSIA

"Dia mengajarkan manusia apa yg tidak diketahuinya. Ingatlah sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (dr sepatutnya).Dgn sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yg dihajatinya"
(Surah Al A'laq, ayat 5-7)

1. Allah mencela manusia yg merasakan ilmu serta teknologi mereka terlalu canggih lalu tidak memerlukan Allah dlm kehidupan mereka.

2. Manusia mula sombong dgn hanya sedikit ilmu yg mereka perolehi lalu Allah menurunkan musibah @ bencana sbg pengajaran & peringatan utk mereka segera kembali kpdNya.

3. llmu yg diperolehi adalah utk membimbing kita mengenal pencipta alam, menzahirkan ketundukan & kepatuhan sebenar sbg hambaNya.

-》Kenapa kita harus sombong dgn hnya sedikit ilmu lalu kita mula m'anggap kita sudah blh berdikari di akhirat kelak?

4. Menuntut ilmu agama yg membezakan kita dgn org munafik. Dgn ilmu :
-》kita makin dekat pdNya
-》dpt bersihkan segala kekotoran hati yg penuh dgn dosa
-》menuju cahaya hidayah dr kegelapan jahiliah

5. Jgn menganggap dengan tidak menuntut ilmu agama itu adalah jalan yg paling selamat.

-》Jgn m'anggap tidak tahu itu lebih baik drpd tahu kerana tidak tahu itu adalah sifat org kafir & munafik.

6. Org mukmin sentiasa berusaha untuk tahu walaupun dari sudut kesempurnaan ibadatnya tidak lengkap.

-》 Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
[HR Bukhari dan Muslim]

7. Sesiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, kefahaman agama akan diberikan kepadanya.

-》Allah akan membuka jalan baginya untuk memahami agama dan beramal dengannya dan penghujungnya ganjaran Allah di akhirat yakni syurga.

-》Tanda kasih dan sayang Allah yang sentiasa mahukan kebaikan kepada seseorang itu adalah dia mempunyai kefahaman agama yang benar.

-》 Darjat seseorang di sisi Allah berbeza-beza. Semakin tinggi kefahaman agama atau ilmu seseorang itu, maka semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah.

8. Kefahaman agama adalah pemberian Allah. Kefahaman agama bukannya diperolehi disebabkan kecerdikan mahupun hasil usaha manusia tetapi ianya pemberian daripada Allah serta taufiq daripadaNya.

-》Namun kita mesti tetap berusaha dengan gigih untuk mempelajari ilmu agama tetapi jangan lupa bahawa kejayaan adlh kehendak Allah dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberikan ilmu yang bermanfaat.

9. Selagi kita diberi peluang utk hidup & bernafas di atas muka bumi Allah ini, selagi itu kita patut menuntut ilmu agama.

10. Kematian, sakit & uban adalah peringatan yg terbaik utk kita terus menggandakan amal ibadat.

Wallahua'lam

 Kuliah Maghrib UMED
Kitab Dosa-dosa Besar 03.09.2014

Dosa 104 Tidak Menunaikan Zakat (sambungan..)

1. Bila manusia ada prsn ingin mhimpun dan memiliki harta, maka difardhukan utk menunaikan zakat. Dlm Surah Maryam ayat 31 ketikamana Nabi Isa bkata2 kpd Bani Israel "Dan Allah mjadikan aku berkat dimana aku berada dan mfardhukan kpd aku solat dan zakat selagimana aku hidup". Ia adlh suatu smbgn syariat terdahulu yg masih kekal shgga sekarang.

2. Harta itu adlh milik Allah, maka kita tdk blh scara bebas utk mhalang pemberian kpd yg dkehendakiNya dan ada hak yg Allah telah tentukan yakni zakat. Zakat btujuan utk myucikan hati dan harta itu sendiri.

3. Kalau ia bcampur dgn harta lain maka ia akan binasa. Ia perlu diasingkan @ org yg tdk berhak menerimanya perlu menolak zakat utk mgelakkan harta yg lain binasa. Jika dberikan kpd org yg slh, maka ia perlu ambil kembali zakat tsebut dan keluar semula zakat kpd yg berhak. Ini tmasuk dlm perkara mcegah kemungkaran apabila ia mberi kpd org yg tdk berhak.

4. Selagimana kita amanah dlm menunaikan zakat, maka kita berhak utk mdpt doa2 dr gol asnaf zakat. Jika tdk, kita akan didakwa oleh mereka di akhirat kelak. Kita perlu teliti dlm hal zakat ini sebagimana kita teliti dlm menghimpun dan mengira harta kekayaan kita.

5. Ada maksiat bsifat sendirian berhad yakni bsifat peribadi. Ada maksiat yg bkaitan dgn masyarakat. Zakat adlh maksiat yg bsifat kemasyarakatan. Krjn Islam berhak menyita dan mgambil semua @ separuh harta seseorg yg enggan dan ingkar mbayar zakat mgikut budi bicara sbg cara utk mcegah kezaliman ke atas org2 yg berhak. Namun negara kita tdk mpunyai undang2 ini.
-》Tetapi ingat!!Azab Allah itu jauh lbh berat dan besar di akhirat kelak.

6. Kepimpinan adlh utk mjaga agama Allah. Setelah kewafatan Nabi saw, sahabat terus berbincang utk melantik pemimpin yg akan menggantikan Nabi saw. Selepas selesai perlantikan Saidina Abu Bakar sbg pemimpin, maka beliau terus memerangi gol yg murtad. Beliau memahami bhwa org yg murtad adlh org yg melanggar syariat agama tmasuk org yg tdk solat dan tdk mbayar zakat.

7. Zakat bknlah suatu perkara yg kecil dlm Islam. Even tiada undang2 yg ketat tentang pelaksanaan zakat, namun Allah tlh menjadikan ia suatu bencana buat umat Islam tnpa kita sedari. Contohnya dgn masalah inflasi, kemiskinan, jenayah dsb. Allah akan biarkan kita lalai dlm menikmati nikmat tsebut lalu Allah akan ambil kembali dlm sekelip mata. Masa itu kita mula akan bputus asa.

8. Tanda Allah tdk syg kita ialah ISTIDRAJ. Allah kurniakan segala nikmat dan rezeki even dgn segala kemaksiatan dan kemungkaran kita lakukan lalu Allah mgambilnya sekaligus. Allah jadikan kita bputus asa dan Allah akan matikan kita dlm keadaan kita ingin hidup. Itu saat paling hina buat seseog shgga tdk sempat btaubat.

9. Ada 5 perkara yg kita lakukan, maka kita akan peroleh 5 bencana :

a) mengikut perbuatan keji kaum Nabi Luth akan menimbulkan pelbagai penyakit2 pelik yg kita sendiri tdk pernah dengari sebelum ini.

b) mengurangi sukatan dan timbangan akan menimbulkan bencana serta lahir penguasa zalim yg akan mengenakan pelbagai cukai dan undang2 yg akan menindas peniaga dan rakyat. Bila dtg bencana, pemimpin zalim tdk pnh terfikir utk bdoa.

c) ingkar mengeluarkan zakat akan menghalang hujan turun dr langit. Disinilah terjadinya kemarau yg berpanjangan.

-》Kalau tdk kerana binatang dan tumbuhan serta kanak2, org tua dan ahli ibadat, maka Allah tdk akan menurunkan setitik pun air hujan.

d) merosakkan perjanjian Allah dan Rasul maka musuh akan menguasai kita. Kekuatan umat Islam adlh bpegang pd janji.

-》Hamas amat bpegang pd janji. Jika Hamas melanggar perjanjian, mereka percaya pertolongan Allah akan lambat dtg kpd mereka.

e) tidak berhukum dgn kitab Allah maka Allah akan menurunkan petaka yakni bperang sesama sendiri dan saling berbunuhan.

-》Manusia semakin jahat kerana undang2 tdk dpt menghalang apatah lg tdk mpunyai agama. Ini adlh sejahat2 makhluk Allah. Manusia akan mjadi baik dgn agama dan undang2.

10. Antara nikmat yg Allah berikan kpd manusia adlh mengubah dr suasana ketakutan kpd keamanan. Antara nama Allah adlh Al-Mukmin bermaksud mengamankan. Utk mdpt keamanan, maka laksanakan undang2 Allah sptmana yg Allah perintahkan.

-》Sbnrnya agama adlh undang2 di dlm diri kita. Jika kita tiada agama dlm diri, maka kita akan berani utk melakukan dosa dan maksiat.

-》Kita wajib utk mdesak kerajaan utk melaksanakan undang2 Allah. Ia bkn cerita politik @ parti tertentu, ia adlh perintah Allah. Jika undang2 Allah dilaksanakan, maka lbh ramai yg akan memeluk Islam. Inilah yg paling ditakuti oleh org kafir dan syaitan.

-》Kita akan merasai ketakutan demi ketakutan sehingga hilang rasa keamanan dlm kehidupan kita selain ketegangan dlm perkauman. Jenayah semakin bertambah dan ia akan hilang melainkan kita melaksanakan undang2 Allah.

Wallahua'lam