Sunday, August 16, 2020

*TERGIGIT LIDAH..*

Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu  meninggalkan rumah. 

Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar. 

Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya.

"Encik, nak memesan makanan?"

“Ya, tapi aku tak ada duit"

"Tak mengapa, saya beri percuma".

Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang. 

“Kenapa encik ?" 

“Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah.

Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku.

Pemilik warung itu berkata,

"Encik,

Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu,

... Sedangkan ...

Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini 

Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..."

Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu.

Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih,
... Tapi ...
Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama 

Bertahun-tahun,
Aku tak pernah berterima kasih. 

Lelaki itu terus balik ke rumah.

Sampai sahaja di pintu rumah,
dia melihat isterinya yang berwajah cemas.

Ketika melihat suaminya,
Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah 

"Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam."

Selepas mendengar isterinya berkata begitu,
Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya .

Sahabatku, 
Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari.

Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima. 

Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita.

Berterimakasih lah kepada :
Ayah - Ibu... kita
Isteri / Suami... kita
Adik beradik... kita
Jiran... kita
Rakan2 office... kita

Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita 

Hidup itu Indah,
kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ... 
Belajar menerima apa adanya ...

Ketika GELAP ,
baru tersedar apa erti TERANG . 

Ketika KEHILANGAN,
baru tersedar apa erti MEMILIKI

Ketika BERPISAH,
baru tersedar apa erti PERTEMUAN.

Kelmarin sudah TIADA,
Esok belum TIBA,
kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA.

MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita.

Dalam kehidupan NYATA,
kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR.

Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN.

Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING.

Yang REMEH kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI.

Seribu KEBAIKAN sering tidak BERERTI, tapi SETITIK kekurangan DIINGATI seumur hidup.

Mari belajar MENERIMA kekurangan apapun yang ada dalam kehidupan kita,
Bukankah tak ada yang SEMPURNA didunia ini ... ?

SEHATI bukan kerana saling MEMBERI,
tetapi sehati kerana saling MEMAHAMI. 

BETAH bukan kerana MEWAH, tetapi betah kerana saling MENGALAH. 

INDAH bukan kerana selalu MUDAH
tetapi INDAH kerana dihadapi bersama setiap KESUSAHAN.

Semoga bermanfaat...pada kita semua termasuk diriku  ini yg byk khilaf.                   

#share

CnP

SOMBONG... 

Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. 

Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu SOMBONG...

CnP

Tuesday, October 10, 2017

Bagaimana kita berhadapan dengan orang yang menyakiti kita?

Bagaimana kita berhadapan dengan orang yang menyakiti kita?

1. Memaafkan.
2. Buang marah dan kecil hati yg ada dalam hati kita.
3. Membalas dengan kebaikan.
4 Mendoakan kesejahteraan dan kebaikan.

Ingatlah, perasaan marah, kecil hati, dendam dalam hati tak akan dapat melangkaui gunung, tak akan dapat terbang ke langit biru, juga tak akn dapat menyelam di samudera lautan. Ianya hanya akan terus berada di dalam hati kita dan akan membinasakan hati kita seumpama racun !

Berhati-hatilah dari terbongkarnya aib kita di depan orang ramai.

Berhati-hatilah dari terbongkarnya aib kita di depan orang ramai.

Setiap dari kita pasti ada aib dan kekurangan. Dan Allah memiliki sifat As-Sittir (Maha Menutupi) sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith. Allah swt menutupi pelbagai aib, kelemahan, dan kesilapan manusia.

Namun, ada kalanya Allah buka juga aib kita di depan orang ramai? Mungkin ada sebabnya. Boleh jadi,

1. Mungkin kita sudah melampaui batas. Merasa seronok dengan maksiat. Hilang rasa malu. Tak nak bertaubat dan memperbaiki diri padahal sudah lama diberikan peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri.

2. Supaya dijadikan pelajaran bagi kaum muslimin lain, supaya tidak mengikuti jejak langkah kita.

3. Mungkin kerana kita pun suka membuka aib orang lain.

4. Tidak berdoa supaya Allah menutup aib kita.

* * * * *

Semoga Allah menutup aib-aib kita dan mengampuni dosa-dosa kita baik yang tersembunyi ataupun yang terlihat. Baik sengaja mahu pun yang tidak sengaja.