Sunday, June 12, 2011

APAKAH PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

· Pendekatan – jalan yang diambil
· Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik
· Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN?

PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58)
A way to
Means of reaching
A way of considering/dealing with
e.g. a problem: a new approach

TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)
Proficiency or skill in the practical art/science
e.g. a teacher with a good voice but poor technique
A way of achieving one’s purpose skillfully.

(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY)

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
1. Guru memainkan peranan penting
2· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
3· Kepimpinan guru secara autokratik
4· Pencapaian objektif guru diutamakan
5· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni/perkembangan emosi.
6· Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
7· Interaksi di antara murid adalah pasif.
8· Kaedah keseluruhan kelas.
9· Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
10· Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
keseluruhan kelas.


APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
1· Murid memainkan peranan penting
2· Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing.
3· Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
4· objektif pencapaian murid diutamakan
5· perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
6· Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
7· Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
8· Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-
menolong)
9· Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
10· Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.
11· Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
1· Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai
objektif pengajaran.
2· Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran
3· Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
4· Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran,
kefahaman dan berdikari.
5· Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
6· Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
7· Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
8· Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

No comments: