Tuesday, October 10, 2017

Berhati-hatilah dari terbongkarnya aib kita di depan orang ramai.

Berhati-hatilah dari terbongkarnya aib kita di depan orang ramai.

Setiap dari kita pasti ada aib dan kekurangan. Dan Allah memiliki sifat As-Sittir (Maha Menutupi) sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith. Allah swt menutupi pelbagai aib, kelemahan, dan kesilapan manusia.

Namun, ada kalanya Allah buka juga aib kita di depan orang ramai? Mungkin ada sebabnya. Boleh jadi,

1. Mungkin kita sudah melampaui batas. Merasa seronok dengan maksiat. Hilang rasa malu. Tak nak bertaubat dan memperbaiki diri padahal sudah lama diberikan peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri.

2. Supaya dijadikan pelajaran bagi kaum muslimin lain, supaya tidak mengikuti jejak langkah kita.

3. Mungkin kerana kita pun suka membuka aib orang lain.

4. Tidak berdoa supaya Allah menutup aib kita.

* * * * *

Semoga Allah menutup aib-aib kita dan mengampuni dosa-dosa kita baik yang tersembunyi ataupun yang terlihat. Baik sengaja mahu pun yang tidak sengaja.

No comments: