Saturday, October 24, 2015

Kitab Syarah Hikam 19.10.2014 Hikmah ke 166

1. Hikmah ini menggambarkan betapa besarnya inayah Allah kpd kita yakni kepedulian Allah. Allah mengambil berat dan memerhatikan setiap makhlukNya. Bkn kerana sebab2 atau usaha kita, ia benar2 inayah Allah.
2. Allah juga berikan kpd kita ria'yah yakni kita berada dlm pemeliharaanNya sehingga kita kembali kpdNya. Bermula dr alam janin sehinggalah waktu kematian.
Adakah ia dtg drpd usaha kita?? Secara zahirnya mmg begitu kerana kita berusaha dan berikhtiar bersungguh2. Namun hakikatnya kita tdk pnh berikhtiar contohnya sewaktu kita berada di dlm kandungan ibu kita melainkan Allah bkehendak atas sesuatu. Kita langsung tdk berbuat apa2 kerana kita tdk berdaya.
3. Kita juga tidak punyai usaha dlm menentukan kita dilahirkan dlm jantina tertentu, bangsa tertentu, agama tertentu, dimanakah kita dilahirkan dsb. Ia semua adlh ketentuanNya.
Namun Allah jadikannya utk menguji manusia melalui usaha dan ikhtiar kita.
4. Kecenderungan setiap makhluk itu berbeza even ia dididik dan dipelihara dgn cara yg sama. Kita hanya berusaha dan berikhtiar atas perintah Allah.
Bagaimana kita blh mendabik dada mengatakan kita bijak mendidik anak2 sdgkan anak dan isteri Nabi Nuh menjadi kafir?? Adakah kita lbh bijak mendidik anak2 dr Nabi Nuh??
5. Hakikatnya tiada apa yg blh dibanggakan dr usaha dan ikhtiar kita. Ia adlh kurniaan drNya. Kita ditipu dgn usaha dan ikhtiar lalu kita mula mendabik dada.
Akhirnya Allah menunjukkan sesuatu utk menampakkan kelemahan kita spya kita bersabar. Contohnya seorg doktor pakar tdk mampu merawat anaknya yg sakit. Manusia tdk mampu menyembuhkan penyakit, hanya Allah yg berkuasa.
6. Allah akan menunjukkan kekuasaanNya pd org yg tdk sombong utk diberi hidayah. Org yg sombong akan dihijab utk melihat kekuasaanNya spya ia terus bersikap sombong dgn Allah.
Dlm quran, 1/3 drpdnya Allah menceritakan ttg sejarah dunia utk menundukkan hati dan mengambil iktibar serta pengajaran. Sejarah ini adlh episod kehidupan yg akan berulangan dlm kehidupan generasi akan dtg.
Baca dan lihat kebinasaan dan kehancuran umat2 terdahulu akibat sikap sombong serta dosa dan maksiat yg mereka lakukan. Ia bakal berulang jika kita berterusan melanggar perintah dan hukum Allah.
7. Tiada sesuatu yg menjamin ia akan berjaya. Jgn mudah tertipu dgn usaha dan ikhtiar kita semata2, perlu bpegang kpd hakikat bhwa Allah yg berkuasa. Allah telah tentukan segala2nya.
8. Yg penting sekali adlh inayah dlm agama. Allah memilih kita hidup dlm Islam dan melakukan ketaatan pdNya. Ia adlh inayah yg tbesar dlm kehidupan kita.
Allah memilih kita, bkn dgn usaha dan ikhtiar kita. Dgn segala kurniaanNya maka kita mula beramal soleh. Allah memilih kita menjadi baik terlebih dahulu sblm kita beramal soleh.
Dalilnya, lihat pd org kafir yg lbh byk menyumbang dan mbela org Palestin berbanding org Islam sendiri, namun Allah tdk mberikannya hidayah lalu ia mati dlm kekufuran.
9. Nabi saw berkata "Semuanya sudah ditentukan syurga dan neraka".
Maka sahabat berkata "Jadi tdk perlulah kami beramal, duduk diam je"
Nabi menjawab "Jangan! Beramallah kamu kerana tanda kamu ahli syurga adlh Allah mpermudahkan urusan kamu dlm ibadat".
10. Benih iman dan Islam sudah ada dlm diri kita kerana Allah memilih kita. Maka kita perlu bersiap siaga utk melakukan ibadat dan ketaatan pdNya. Allah akan mpermudahkan urusan kita jika Allah telah memilih kita ahli syurga.
11. Bg org yg telah ditakdirkan ahli neraka, dia tdk bersedia utk melakukan ketaatan maka dtglah perlanggaran pd hukum Allah. Mereka ini mampu mengangkat besi tetapi tidak mampu bangun utk beribadat.
Hakikatnya, org yg sombong akan jauh dr hidayahNya. Mereka yg sombong dgn firman Allah dan hadis Nabi saw.
Wallahua'lam


No comments: