Friday, September 26, 2014


 Kuliah Subuh UMED Kitab Di Balik Tabir Kematian 27.09.2014

♥♥ Jgn tenggelam dlm angan2 (smbgn...)

1. Muhammad bin Yusof menhantar surat kpd adiknya, Abdrahman bin Yusof. Ia menulis beberapa nasihat berbentuk aqidah terutama mengenai hakikat kehidupan yg berakhir dgn kematian.

2. Kita perlu bsyukur kpd Allah di atas segala nikmat. Dunia ini tmpt bmusafir dan kita akan kembali kpdNya. Ada proses yakni alam barzakh sblm mnemuiNya. Soal jawab mungkar nakir di alam barzakh itu ditanya ketikamana kita didudukkan.

3. Allah akan menetapkan seseorg itu bdiri teguh dgn kalimah La ila haillah jika Allah bsama kita. Kita juga akan mdengar tiupan sangkakala dr dlm qubur. Kita sbnrnya hidup dlm alam barzakh dan akan melalui ketakutan sblm dihimpun di pdg masyhar.

4. Para Nabi dan syuhada akan mgetuai perhimpunan ini. Allah akan dedahkan keaiban seseorg dan menutup keaiban seseorg. Kemuliaan kita apabila Allah menutup keaiban kita. Sbb itu kita perlu melakukan amalan yg dpt menutup keaiban kita.

Antaranya ialah :
♥Menutup keaiban saudaranya sendiri
♥Jgn berbangga2 dgn kejahatan
♥Perbanyakkan taubat maka Allah akan padamkan segala kejahatan kita
♥Perbanyakkan amal2 soleh. Setiap kebaikan akan cover kembali kejahatan yg kita lakukan
♥Bdoa kpd Allah agar ditutup keaiban dan amankan ketakutan kita. Pd hari itu Allah pemilik segala kerajaan

5. Siapa yg Allah panjangkan hisab bererti panjang azabnya yakni Allah akan periksa satu per satu. Tiada lg kemuliaan kita pd saat itu, yg ada hanyalah kekurangan kita.

♥ Pd masa itu akan dibongkarkan segala kejahatan kita maka perbanyakkanlah bdoa kpdNya.

6. Kita blh pilih samada ingin dirahmati @ diazab olehNya. Nilai org btaqwa adlh sentiasa bfikir utk membuat, menambah dan mperbaiki kebaikan. Mereka sentiasa berusaha mencari keuntungan jangka masa panjang.

♥ Org yg tdk btaqwa pula akan berusaha utk mcukupkan nafsu walhal nafsu itu perlu ditundukkan. Akhir sekali, mereka menjadi kufur dan ingkar kpdNya.

♥ Nafsu spt kanak2, ia perlu dididik dan dikawal. Jika kita terus menurutinya maka kita akan binasa.

7. Isi kandungan khutbah Khalifah Umar Abd Aziz penuh dgn ilmu dan hikmah serta bcakap dgn penuh taqwa.

♥ Nabi saw dan para sahabat menggunakan mimbar sepenuhnya utk bcakap sesuatu yg blh menambahkan taqwa kpdNya, mengingatkan hakikat kehidupan spt tipu daya syaitan, kematian dsb.

8. Org yg binasa disebabkan keingkarannya kpd Allah. Sbb itu perlunya khatib menekankan dan menegur segala kesilapan dan sifat2 kelalaian dlm kehidupan kita.

♥ Ia bkn sekadar mberi pengetahuan tetapi ia bentuk kesedaran. Kesedaran ini hnya diperolehi apabila kita menghubungkan diri kita dgn Allah.

♥ Dgn kesedaran ini maka kita akan pulang ke pangkal jalan yakni semakin dekat dan taqwanya kita kpd Allah. Bkn dgn cara perbanyakkan lg amalan2 yg tdk menguntungkan kita. Contohnya mkn ubat sekadar utk sihat

9. Org yg paling rugi adlh mereka yg tdk memperolehi rahmat Allah even rahmat Allah itu luas. Rahmat Aku meliputi semuanya. Namun tiba2 kita tdk dpt rahmat Allah utk mbebaskan diri kita drpd api neraka.

♥ Kita perlu mcari sbb kenapa kita tdk dpt rahmatNya?
Prinsip rahmat Allah jauh dr
》org yg ego/sombong
》nampak segala kebaikan bpunca dr dirinya sendiri
》melakukan kejahatan dlm keadaan sombong
》mencabar dan menghina org2 soleh 》sentiasa mencari alasan utk tdk sampai ke rumah2 Allah.

♥ Kita diharamkan utk melabelkan rumah2 Allah. Even kita tdk suka individu tertentu namun jgn sesekali memboikot rumah2 Allah. Ia ada hak kemuliaannya spt solat jemaah, iktikaf, menuntut ilmu dsb. Bumi dan tapak yg Allah paling suka adlh tapak2 rumah Allah. Kita bimbang Allah akan menarik rahmatNya dr kita.

♥ Tidakkah kita terfikir bagaimana seorg pelacur dan org kafir memperolehi rahmatNya sdgkn kita semakin jauh dr rahmatNya? Pasti ada sesuatu yg tdk kena pd diri kita utk kita bermuhasabah.

10. Dlm qubur adanya hisab dan perhitungan. Kita sepatutnya menjadi org yg paling bersemangat utk beribadat slps pulang dr menziarahi tanah perkuburan.

♥ Sewaktu di dunia lg kita sudah diajar utk meninggalkan harta dunia dan keluarga. Spt waktu tidur kita menanggalkan segala perhiasan bdn, waktu ke tandas kita meninggalkan pakaian2, waktu ada urusan kerja kita tinggalkan anak2 dan isteri.

11. Kita sbnrnya sdg menunggu kematian namun kita tdk melakukan persediaan utk mhadapinya. Jika kita mgetahui bhwa kita akan mati dlm masa beberapa jam lg, pasti kita akan kelam kabut utk beramal soleh.

♥ Namun bg org yg soleh, mereka tdk sanggup lg ditangguhkan dr kematian kerana seluruh masa mereka terisi dgn amal2 soleh. Tiada satu saat dlm kehidupan mereka lagho dan lalai dr mengingatiNya.

12. Apabila jumpa org2 soleh maka mintalah nasihat dan doa. Even nasihat itu pendek namun ia suatu keberkatan yg keluar dr mulut org2 soleh ini.

♥ Rabi' pernah berusaha utk menemui Uwais Al Qarni yg disebut2 namanya oleh Nabi saw. Nabi saw mengatakan jika kamu btemu dgn Uwais, maka mintahlah doa drnya. Namun Rabi' bjumpa Uwais ketika mana Uwais sdg solat. Rabi' menunggu selama 3 hari tnpa mdpt sebrg nasihat dan doa. Akhirnya Rabi' sudah mdpt pengajaran drnya. Ssguhnya masa org2 soleh itu amat bernilai.

♥ Teman yg paling baik apabila kita melihatnya, ia mengingatkan kita pd Allah apatah lg org tsebut adlh ulama2. Lihat pd adab dan akhlaknya sudah cukup mengingatkan kita pdNya.

13. Menunggu mati perlu kena pd tmptnya. Inilah yg dikatakan persiapan menghadapi kematian. Kita tahu kematian itu psti dtg namun kita sbnrnya langsung tdk bsedia. Kehidupan penuh dgn kelalaian dan kemaksiatan, bknnya mengisi masa2 tsebut dgn ketaatan pdNya.

14. Kena bezakan antara mengingati kematian dgn gangguan kematian. Mengingati kematian yakni mdorong utk amal soleh. Manakala gangguan mati pula seseorg itu  dilihat makin jauh dr beramal spt takut ke masjid dan menuntut ilmu kerana bimbangkan sesuatu.

Wallahua'lam

No comments: