Friday, November 14, 2008

Doa UnTuk OraNg TuA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta
rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Kurniaan Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.

****

Mari kita kenang dosa kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kederhakaan kita.
Karena kita sudah menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfar, istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orangtuanya.
Atau kata-katanya sering mengiris melukai hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang durhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Istighfar yang pernah mendholimi ibu bapaknya.

Astaghfirullahal Adhiim
Astaghfirullahal Adhiim

2 comments:

** said...

salam

Anonymous said...

ENAM PESANAN IMAM AL_GHAZALI

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama2 murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

Pertamanya beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab,
“Orang tua, guru, dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali ialah ‘mati’.(surah Ali ‘imran ayat 185)


Keduanya beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab,
“Negara China, bulan matahari dan bintang”. Lalu imam Ghazali menegaskan bahawa semua
jawapan yg diberikan adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan
apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dgn amalan soleh agar kita tidak sesat di kemudian hari nanti.

Ketiganya beliau bertanya tntg apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab,
“Gunung, bumi, dan matahari”.Lalu imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’.
Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita mengheret kita ke neraka jahanam.(surah al-A’raf ayat 179)

Keempat beliau bertanya tntg apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab, “besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa
semua jawapan itu adakah benar tapi yang paling berat ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta utk memikul amanah khalifah
di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikulnya dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam
mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kelima beliau menyoalkan tntg apakah yang paling ringan di dunia ini lalu muridnya menjawab, “kapas, angin, debu, dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan itu adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan solat’. Kerana manusia sering mempermudah dan
meringankan solat, disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

Keenam beliau b’tanya tntg apakah yang paling tajam lalu muridnya menjawab, “Pedang’. Imam Ghazali mengatakan jawapan itu adalah
betul tetapi yang paling betul adalah ‘lidah manusia’. Dimana disebabkan lidah maka manusia suka
menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga
berlakunya perbalahan dan perpecahan.