Sunday, August 16, 2020

Dunia adalah tempat ujian, 
bahkan sifatnya akan terus begitu sampai kepada kematian, 
maka jangan kamu hairan dengan kehidupan yang penuh ujian, 
yang tidak pernah habis-habis tanpa hentian, 
kerana memang ALLAH sedang memberikan kamu peningkatan iman...

Maka bersabar lah..kerana setiap sesuatu ujian pasti tinggi balasan dan ganjaran,
Kelak kamu akan sangat bersyukur kerana melihat balasan tuhan,
Dia tidak pernah lupa bahkan mencatat setiap perjalanan,
Dia maha mengetahui apa yang terbaik bagi kamu di sepanjang jalan,
Kerana dia lah pencipta kamu wahai insan,
Tidak ada yang sia2 pada setiap ketentuan, 
Maka jangan sesekali ragu dengan janji tuhan,
Sentiasalah bersangka baik kepada tuhan...

Setiap manusia berbeza ujian dan cabaran,
Jangan kamu sangka orang dalam nikmat itu satu kesenangan,
Bahkan ujian nikmat itu lebih besar dan berat dugaan,
Berapa ramai manusia yang gagal dengan nikmat kesenangan,
Habis hancur keimanan dan keyaqinan,
Dek kerana kesenangan,
Begitu lah di tunjuk oleh ALLAH daripada kisah Qarun, Firaun dan Haman,

Hakikatnya, tidak ada manusia yang terlepas daripada ujian,
Sama ada ujian kesenangan atau kesusahan,
Masing2 di dalam ujian,
Untuk berjaya menuju tuhan,
Dalam mencapai keredhaan Tuhan....

Maka, bermohon lah kepada tuhan,
Agar sentiasa di dalam bimbingan dan petunjuk jalan,
Bukan mudah untuk mencapai matlamat dan tujuan, 
Ujian sebagai penentu kepada akhir perjalanan...

Tenang kan lah hati kamu wahai insan,
Jangan mengeluh mahupun terkilan,
Dengan setiap cabaran,
Kerana dunia memang di jadikan sebagai ujian,
Untuk menetapkan hati orang yang beriman,
Agar mendapat kasih sayang tuhan,
Kelak, syurga lah sebagai balasan...

Akhirat bukan lagi tempat alasan,
Tapi semata2 balasan,
Beramal lah bersungguh-sungguh kepada tuhan,
Sementara masih di dalam persinggahan,
Kelak, apabila semua amalan di dalam timbangan,
Tidak ada gunanya lagi tangisan dan penyesalan...

Ust Hisham

No comments: