Sunday, August 16, 2020

Setiap sesuatu yang berkaritan Alquran, pasti mulia...

1. Nabi yang paling mulia adalah Nabi Muhammad s.a.w kerana Alquran diturunkan kepada baginda nabi s.a.w

2. Ummat yang paling mulia adalah umat nabi Muhammad s.a.w kerana Alquran diturunkan kepada ummat ini

3. Malaikat yang paling mulia adalah malaikat Jibril kerana Alquran di turunkan oleh Jibril as

4. Bulan yang paling mulia adalah bulan Ramadhan kerana Alquran diturunkan di dalam bulan Ramadhan

5. Malam yang paling mulia adalah malam lailatulqadar kerana pada malam ini diturunkan Al-Quran...

Hidup kamu pasti akan dimuliakan oleh ALLAH apabila setiap hari kamu dimulakan dengan Al-Quran... Maka baca lah Al-Quran setiap awal pagi sebelum kamu melakukan sesuatu kerana keberkatan Al-Quran itu akan memanyungi seluruh kehidupan kamu pada setiap hari... Kamu pasti dapat merasakan perbezaan di antara hidup kamu yang di mulakan dengan Al-Quran dan hidup yang tanpa membaca Al-Quran...ummat ini telah di kurniaan ALLAH sesuatu yang sangat berharga, yang menjadi rahmat kepada seluruh kehidupan dan menjadi syifa pada penyakit zahir dan batin manusia, tetapi malangnya ramai kita pada hari ni yang tidak membaca Al-Quran...  Yang tidak memulakan kehidupan kita pada setiap hari dengan Alquran...

Kita sentiasa ingat untuk sarapan pagi kerana risaukan badan akan menjadi lemah dan tidak sihat, tapi kenapa kita tidak hirau kan makanan Ruhani kita pada setiap pagi untuk kehidupan kita sepanjang hari...

Apabila kamu inginkan kehidupan yang sentiasa di permudahkan ALLAH pada setiap hari, maka permudahkanlah diri kamu untuk membaca Al-Quran pada setiap awal pagimu...

Kata ulamak sufi, tanda seorang itu kasih kepada ALLAH ialah apabila dia sentiasa membaca kalamNYA, itu lah tanda cintaNYA kepada tuhannya...

Ust Hisham

No comments: