Wednesday, August 19, 2020

😭 INSAN PENDOSA TERHEBAT! 😭

#NotaTerjemahanBroSyarief (180519) 030620

Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - bersabda,

‎كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam itu banyak melakukan dosa. Namun, sebaik-baik orang dari kalangan para pendosa, ialah mereka yang banyak bertaubat”

[HR at-Tirmizi. Ibn Hajar: Sanadnya kuat]

as-Sindi (w.1138H) menyebutkan, 

‎قَوْلُهُ: (خَطَّاءٌ) بِالتَّشْدِيدِ، أَيْ: كَثِيرُ الْخَطَأِ، وَالْمُرَادُ بِالْخَطَأِ الْمَعْصِيَةُ عَمْدًا، أَوْ مُطْلَقًا بِنَاءً عَلَى أَنَّهُ الْخَطَأُ الْمُقَابِلُ لِلصَّوَابِ دُونَ الْعَمْدِ 

Perkataan - خَطَّاءٌ - dengan tanda syaddah - ّ  - merujuk kepada orang yang banyak melakukan kesilapan. 

Maksudnya ialah kesalahan maksiat yang dilakukan dengan sengaja, atau ianya secara umum merujuk kepada kesalahan yang berlawanan dengan kebenaran walau tanpa disengajakan.

[Hasyiah as-Sindi]

as-Son’ani (w.1182H) pula berkongsikan faedah dari hadits di atas,

‎وَالْحَدِيثُ دَالٌّ عَلَى أَنَّهُ لَا يَخْلُو مِنْ الْخَطِيئَةِ إنْسَانٌ لِمَا جُبِلَ عَلَيْهِ هَذَا النَّوْعُ مِنْ الضَّعْفِ وَعَدَمِ الِانْقِيَادِ لِمَوْلَاهُ فِي فِعْلِ مَا إلَيْهِ دَعَاهُ وَتَرْكِ مَا عَنْهُ نَهَاهُ، 

Hadits tersebut menunjukkan bahawa insan tak akan lepas dari berbuat silap, kerana sifat kelemahannya sendiri, gagal melakukan apa yang disuruh Tuannya, serta (gagal) meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

‎وَلَكِنَّهُ تَعَالَى بِلُطْفِهِ فَتْحَ بَابَ التَّوْبَةِ لِعِبَادِهِ وَأَخْبَرَ أَنَّهُ خَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ الْمُكْثِرُونَ لِلتَّوْبَةِ عَلَى قَدْرِ كَثْرَةِ الْخَطَأِ. 

Namun demikian, Allah ta’ala dengan segala kelembutan-Nya membuka pintu taubat untuk hamba-hamba-Nya. 

Dia malah menyebutkan bahawa sebaik-baik mereka yang banyak melakukan dosa ialah orang-orang yang bertaubat - التَّوَّابُونَ -, iaitu orang-orang yang banyak bertaubat mengikut kadar banyaknya dosa (yang pernah dilakukan).

[Subulus Salam]

Pengajaran: Rendahkan diri, tundukkan ego. Jangan rasa selesa. Banyakkanlah bertaubat. Jangan berputus asa. 

No comments: