Tuesday, April 26, 2016

cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran

ada berbagai cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :

1- Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.

Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan keinsafan pada manusia. Memahami makna2 Al-Quran, peringatan2 Allah di dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.

2- Torture hati sendiri

Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dantorture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.

3- Usaha untuk menangis

Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta, hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan2 yang pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang2, kerana powernya boleh memadamkan api neraka.

4- Banyakkan ingat mati

Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.

5- Bergaul dengan orang soleh

Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian tersebut. Berkawan dengan orang2 yang baik, yang soleh, yang tekun pada agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.

No comments: