Tuesday, April 26, 2016

Ada satu persoalan yang membelenggu seorang mukmin iaitu :

Orang banyak beribadah tapi berakhlak buruk dan orang yang tidak beribadah,tapi berakhlak baik :
YANG MANA LEBIH BAIK??? Lalu dia menanyakan kepada seorang Syeikh,

"Wahai Syeikh, manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk ataukah seorang yang tak beribadah tapi amat baik perangainya pada sesama teman?", tanya  seorang pemuda.

"Subhaanallah, keduanya baik", ujar sang Syeikh sambil tersenyum.😊

"Mengapa boleh jadi begitu?", desak si pemuda.

"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia disebabkan ibadahnya. Dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi nanti akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."

"Jadi siapa yang lebih buruk?", desak si pemuda tadi"??

Airmata mengalir di pipi sang Syeikh. "Kita Anakku" 😢,  ujar beliau.

"Kitalah yang layak disebut buruk sebab kita seringkali menghabiskan waktu UNTUK MENILAI ORANG LAIN dan melupakan diri kita sendiri." Beliau menangis teresak-esak. "Padahal kita yang akan dihadapkan pada Allah dan ditanya tentang diri kita, bukan tentang orang lain". fb cikgu nik

No comments: