Monday, June 27, 2016

>> Alhamdulillah..

>> Kuliah Maghrib #tokku_PG (UMED) @ Rabu - 01/06/2016

>> Sharah Terjemahan Kitab : 'Al Kaba'ir' (Dosa-Dosa Besar)

>> Semoga bermanfaat.. inshaa Allah..

1) Makruh hukumnya jika menggunakan sumpah untuk mendapatkan sesuatu..

2) Bersumpah sekalipun ia berada dalam situasi yang benar... namun hukumnya adalah makruh.(Kata Ulama)

3) Terutama dalam urusan berjualbeli.. kerana nama Allah tidak boleh digunakan sewenang2nya..
Kerana ia adalah berat di sisi Allah SWT..
'Jangan kamu jadikan Allah,sebagai sumpah kamu..'

~ Jika seorang itu suka memainkan atau menggunakan nama Allah dalam semua hal,maka itu akan merosakkan agamanya..
..kerana nama Allah adalah terlalu mulia & tinggi kedudukannya.. dan ianya amat berat di sisi Allah..

4) Kita jangan jadikan 'amalan' untuk memaksa orang supaya mempercayai sesuatu.(terutamanya sehingga terpaksa bersumpah)

5) Aku tidak pernah bersumpah dalam hidupku(Kata Imam Syafie r.a.)

6) Sebarang bentuk sumpah(dalam perniagaan) walaupun benar,maka ia akan menghilangkan keberkatan barang & perniagaan itu..

7) Sumpah itu memanglah kebiasaannya akan melariskan barang.. tapi ia akan menhilangkan keberkatan perniagaan itu..
Ia memang menghalang dari kerugian.. tapi ia tiada barakah..

8) Dalam perjalanan hidup kita.. memang kadang2 untung & rugi..
Kehidupan ini adalah umpama suatu perniagaan..
~ Itu adalah fitrah..
Kita tidak boleh berangan ataupun berkhayal untuk hidup sentiasa untung.. kerana yang untung adalah kehidupan di akhirat kelak..
Kadang2 anak yang kita pandang untung hari ini.. namun akhirnya kita lihat dia yang menyebabkan kita rugi pada akhirnya.. begitulah juga sebaliknya..
Sebab itu Allah menamakan hidup ini umpama suatu perniagaan..  yang ada untung & rugi..

9) Dalam nilai perniagaan,kita lebih utamakan 'barakah'.. dan keberkatan atau 'barakah' itu nilainya adalah lebih tinggi daripada 'untung'.. dan kadar penilaian ini tiada dalam dunia perniagaan orang2 kafir yang mana mereka hanya memandang untung sekadar di dunia semata2..

10) 'Keberkatan' atau 'barakah' itu ialah bagaimana 'perbelanjaan' itu berlangsung..
Lihatlah hidup orang kafir,bagaimana mereka membazir dalam menghabiskan duit daripada keuntungan perniagaan mereka itu..(dengan berjudi dan sebagainya)

11) Orang paling kaya ialah orang yang dapat hanya sekadar rezeki yang sedikit itu,namun dia redha..

12) Bila kita buat sesuatu dosa.. maka kita berada dalam dua keadaan.. samada kita akan diazab dengan keadilan Allah SWT atau diampun dengan rahmat Allah SWT..

13) Bila kita dilantik sebagai pemimpin,maka semua orang yang di bawah kita adalah rakyat.. walaupun mereka tidak menyokong kita..
Bila kita telah dilantik sebagai pemimpin,maka semua yang di bawah kita itu adalah sama.. kerana ini adalah asas kepimpinan..
Jika tidak.. maka kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak..

14) Umat islam mesti ada minat dan berusaha untuk berniaga walau sekecilmana pun bidang perniagaan itu.. dan yang paling utama dan penting ialah tanamkan niat agar supaya kita dibangkitkan oleh Allah di akhirat kelak bersama2 dengan para Nabi2 & Rasul..(kerana menjadi ahli perniagaan yang baik & jujur)

15) "Semakin banyak seseorang itu memuji.. maka sebenarnya semakin banyak dia menyembunyikan keaiban.."

~ Wallahu a'lam.. semoga menjadi asbab #hidayah kepada saya..

Fb : d kuliah

No comments: