Monday, June 27, 2016

Alhamdulillah..

Jumaat - 20/05/2016 - Kuliah Maghrib #TokkuPG (UMED)

Kitab : Membangunkan Org2 Terpedaya.

1) Bila salafussoleh hilangnya peluang dan ruang2 ketaatan untuk mereka lakukan,maka mereka akan bersedih.
Tapi sebaliknya kita pula akan bersedih bila berkurangnya peluang & ruang2 dunia..

2) Ada orang tidak kisah jika dia tidak ke rumah Allah.. tidak ke masjid..
Dia lupa bila dia tidak jejak ke rumah Allah,sebenarnya dia terhalang untuk mendapat kebaikan dan terlepas peluang untuk berkawan dengan orang2 soleh..
Dia mula mendapat kawan dari ahli2 dunia.. dan dia mula mendapatkan nasihat2 dari mereka..
Dia ingat dia yang jarakkan dirinya dari agama,tapi sebenarnya Allah yang menghalau dirinya,Allah tidak berikan kekuatan dan keizinan padanya untuk membuat ketaatan..
Masjid yang dekat pun,tidak mampu pergi,namun sebaiknya tempat kerja yang jauh dia mampu pergi..

3) Bila jiwa kita kotor,maka lihatlah maksiat yang kita lakukan..

4) Ada orang yang lemah & kurang dari kita dalam segala sifat,tapi mampu buat ketaatan.. supaya menjadi hujah ke atas kepala kita bahawa yang lemah & kurang dari kita pun,mampu buat ketaatan2 itu..
Maka sebenarnya kita tiada alasan...

5) Bila seseorang buat maksiat,lalu Allah tutup dan rahsiakan..
Maka takutlah maksiat itu jika kelak akan dibongkarkan..
Takutlah kamu akan maksiat yang disembunyikan itu..
Maka bersihkanlah ia dengan taubat..(Kata Sheikh Ali Bin Khawwas)
Kalau kita selamat di dunia,maka takutlah dosa2 itu akan didedah di alam alam barzakh..
Kalau ia selamat di alam barzakh,maka takutlah ia dibongkarkan di akhirat kelak..
Maka bersihkanlah ia dengan taubat..

6) Hidup & mati kita umpama bangun dan tidur..(Kata Luqmanul Hakim)
Bila kita buat maksiat,lalu kita tidur maka kita bimbang tidak akan bangkit2 lagi..
Maka sebelum kita tertidur hendaklah buat ketaatan.. kerana dibimbangi tidak akan bangkit2 lagi selamanya..
Jika bangkit pun,maka kita akan merasa gembira & tubuh & jiwa kita terasa segar di atas ketaatan yang dibuat itu..

7) Jika kita nak dapatkan mood yang baik esok,maka buatlah amal & ketaatan sekarang..
Umpama kita nak dapatkan kuasa beteri yang kuat,maka hari ini kita kena cas dengan secukupnya..

8) Siapa yang punyai sifat takut di dunia,(takut segala dosa2 & ancaman2 Allah) maka Allah akan amankan dia di akhirat kelak...(Uwais Al Qarni)

9) Seseorang itu mesti didik dirinya supaya takutkan akhirat.. kerana ia akan jadikan kita orang yang baik,soleh.. bertaqwa..
Sebaliknya orang yang didik dirinya untuk takut dunia,maka dia akan menjadi orang yang kedekut,negatif.. dan kita boleh lihat segala sifat buruk dalam dirinya..

10) Di antara tanda kiamat,jiwa kedekut pada manusia itu akan menjadi melampau.. hingga menghalang banyak kebaikan..(Hadis)

11) Kita boleh menumpang dunia orang lain,tapi kita tidak boleh menumpang hal akhirat orang lain.. kerana akhirat nilainya terlalu tinggi..

12) Beramallah... sebelum tibanya hari sibuk kita..
Akhirat kelak,semua orang terlalu sibuk untuk menyelamatkan diri masing2..

13) Bila kita memperkecilkan pandangan Allah,maka besarlah murka Allah kepada kita..
Iaitu.. kita rasa bebas buat maksiat,tanpa rasa takut akan pemerhatian Allah..

14) Orang yang selalu fikir mati,dia mudah memaafkan orang.. dan segala sifat baik,ada padanya..

15) Sebenarnya diri kita menuntut untuk berubah setiap hari.. iaitu ke arah yang lebih baik..

16) Jangan jadi orang yang bodoh,tapi ikhlaskanlah amalan kerana Allah..(jangan meraih pujian manusia)..

17) Jika kita niat dan bermujahadah serta berusaha bersungguh2 untuk ke arah kebaikan namun tidak kesampaian,maka Allah akan sampaikan kelak..

~ wallahu a'lam.. semoga menjadi asbab hidayah kepada saya..

Fb : jeffery al ghifari

No comments: