Monday, June 27, 2016


Kata guru kami Ustaz Mat Esa Deraman;

Ada org sampai ke tua tak fikir hakikat KEMATIAN.

Lihat....bila Allah datangkan musibah ini.
Inilah musibah yg paling besar.
Lupa pd kematian adalah musibah besar.

Bukan musibah kamu ditinggalkan anak2,tetapi musibah bila kamu meninggalkan ingatan pd kematian.

Tiba2,kita masih letakkan nilai pd manusia,pd harta benda,pd segala pangkat....berhenti!!
Letakkan pemikiran kamu pd hari kematian dan persiapan kamu.

Jadilah org tua yg pemurah,walaupun nilainya jauh rendah berbanding org muda yg pemurah.
Sekurang-kurangnya kamu cuba nak jadi mulia.

Jadilah org tua yg abid,beribadah.
Walaupun nilainya rendah berbanding org muda yg beribadah.
Tetapi sekurang-kurangnya kamu berusaha nak jadi mulia.

Jadilah org tua yg berakhlak,walaupun yg paling dicintai oleh Allah ialah org muda yg berakhlak.
Tapi sekurang-kurangnya kamu cuba cari kemuliaan di akhir usia kamu.

Ertinya kita kalau sampai peringkat usia tua....carilah kemuliaan.
Jangan ikut zaman muda,zaman lalai balik....
Ini angan2 yg MEMBINASAKAN.

No comments: