Sunday, June 12, 2016

Kuliah ramadhan..
9/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 11. menjaga ucapan dan tutur kata.

1. Assalamualaikum... Dlm wasiat ini di antara yg ditekankan dlm syariat islam ialah menjaga lidah. Tidak mengatakan selain yg diizin syarak. Jika salah akan dihukum dan dihumban dlm neraka.

2. Sekiranya percakapan yg menyalahi akhidah dan syariat dan mencapuri perkara ghaib yg x dizini Allah yg kita x tahu kita akan di pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

3. Kita x tau tentang org lain dan kita x blh bercakap bimbang takut jd fitnah. Agama ini berdasarkan pada nas. Agama bukan bercakap dgn kepala lutut. Agama bercakap dgn sumber. Tidak blh bercakap dgn tujuan merendahkan agama.

4. Ulama mengajar kita menjaga perbuatan dan pertuturan. Bila bercakap benda yg kita xde ilmu kita kena berhati hati kerana bahayanya.

5. Di bawa pd kita ayat quran. Setiap perbuatan dan percakapan kita di catat oleh malaikat. Jgn ckp benda yg kita x tahu. Umpama org kata org mati syahid itu mati  walhal mereka x mati disisi Allah.Mereka mendapat rezeki dr Allah. Mereka hidup di tempat yg lebih mulia disisi Allah.

6. bagaimana kita hidup disisi Allah zat yg agung. Bukankah kita rs bangga. Allah sebut bermaksud "jgn kamu sangka org yg berperang dijln Allah itu mati. Mereka itu hidup disisi Allah dan mendapat rezeki disisi Allah". Kita kena berhati hati bercakap pasal agama.

6. Alam kubur lebih jauh drpd alam dunia. Dlm kubur kita mampu melihat syurga atau neraka. Di perluaskan Alam kubur sejauh mata memandang. Ahli kubur yg beriman melihat kuburnya seluas mata memandang. Ini antara perkara yg kita x tau. Nabi beri tahu maka jgn komen.

7. Asas kita bercakap kena ckp benar. Mengumpat ni cakap betul. Tapi dilarang dan diharamkan dlm islam. Bercakapan benar yg di larang oleh Allah. Bercakap menghina agama juga x dibenarkan.

8. Ungakapan menyesali takdir juga dilarang dlm agama. Apa yg kita kena buat ialah percakapan yg berkait dgn akidah kita kena ckp dulu.

9. Dlm tradisi jahiliah melayu sendiri kita melihat sesuatu berlaku Kita letak dgn sebab. Dtgnya malapetaka musibah sbb org. yg mendatangkan musibah ialah Allah. Bilamana kita berubat, yg menyebuhkan kita ialah Allah. Ubat ni sebagai asbab sahaja.

10. Kalau meletakkan sebab yg begitu hakiki pada benda ia salah. Yg menyembuhkan ialah Allah. Hakikat sebenarnya semua dr Allah. Org yg byk duit pon blm tentu bahagia. Dgn kekayaan dia x mampu cari sorg isteri. Org miskin mampu cari sampai 4 isteri. Semuanya dr Allah.

11. Ada org kata aku bahagia kerana harta dia akan jd kufur. Bahagia ini anugerah Allah. ALLAH yg letak bahagia dlm hati kita. Di sebalik kekurangan yg org tgk dlm diri kita tp kita tetap bahagia.

12. Allah melarang kita berkiblat kepada sebab. ALLAh nak uji kita sahaja. Kita nampak bagaimana kita lahir drpd ibu kita. Sbb itu Allah jdkan ujian. Ibu ayah hnya sebab kita lahir di dunia. Allah yg menciptakan kita dan ibu bapa kita.

13. Para sahabat meninggalkan mekah tinggalkan dunia bisnes dan pergi ke bumi pertanian. Sahabat meninggalkan kekayaan mereka dan yakin Allah akan beri rezeki yg lebih baik pada mereka. Allah taala mengembalikan harta mereka dengan keimanan.

14. Kita di ajar menyebut ini semua kurniaan Allah. Nabi Allah mendengar semut bercakap. Ini kurniaan Allah kepada nabi sulaiman. Tuan2, bukan sekadar dengar tapi paham. Bila sualaiman dpt dengar suara semut dia berkata ini ialah kurniaan drpd Allah utk mengujiku. Kita nak berakidah begitu.

15. Menyadarkan pd Allah Adakah satu yg mengaibkan? Tuan2 sebut ini drpd Allah. Katakan ini drpd Allah. Menyandarkan diri pada Allah ini adalah perkara paling hebat. Sebut Allah yg disisi Allah xde  yg binasa. Disisi Allah semua akan kekal.

16. Nilai kekufuran yg disebut oleh Allah. Maksud bersyukur ialah menyebut kalimah syukur dan kita kena zahirkan. Dalam hati dan pertuturan benar2 yakin pd Allah. Bila kita ucap syukur ialah dakwah yg hebat.

17. Dalam hidup kita muliakan Allah nanti Allah akan muliakan kita.kenapa kita malu nak promosi Allah.?  Ya.. Allah kalau kita x promosi pon Allah tetap agung tp Allah nak tgk sejauh mana kita mengangungkan Allah.

18. Hati2 mulut kita drpd melawan hukum Allah. Walau manusia x mahu tegakkan, Allah tetap menjaga hukum Allah. Tragedi titanic. Kapal yg paling hebat. Waktu pelancaran, mereka bercakap takdir Allah pon x blh tenggelamkan titanic tapi kita lihat bagaimana titanic tenggelam. Mereka mencabar kekuatan Allah. Kapal sekuat itu dlm tempoh yg sekejap tenggelam. hukum Allah jgn dicabar.

19. Kita tgk bila kita bentangkan rang undang2 islam.Ada org islam yg bantah.  Org tak sokong akan terima kemurkaan Allah. Dia ingt ckp mcm 2 terlepas mcm 2. Dia kena ingat dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Bila kata undang2 allah x sesuai maka allah jadikan jenayah sesuai berlaku sekarang. Jgn mencabar syariat Allah.

20. Org yahudi paling suka cabar Allah. Dia akan serang palastin bila tiba ramadhan. Tapi dia x pernah menang perang di bulan ramadhan.

21. 1986 satu tragidi kapal afrika yg terhempas. Bawa 7 anak kapal dan sorg perempuan. Dia mencabar, mampu menempuh langit. Kapal mencabar, apa yg Allah sebut bahawa kamu x mampu sampai kelangit tanpa bantuan Allah. Allah jdkan kesombongan itu berakhir dengan kehancuran.

22. Kita kena hati2 jgn sampai menghina Allah. Letak nama pon jgn sampai mencabar Allah. Jgn sampai letak nama syarikat firaun. Jgn letak nama syarikat yg sombong dan mencabar Allah. Berilah nama yg beradab. semua yg kita buat mesti berlapik dan beradab. Mesti tahu hukum..

23. Yang ramai masuk neraka ini sebab mulut. Terutamanya sebab agama. Jgn hina agama dan hukum Allah. Kita Bersama dgn org kapir nak sekat agama Allah, Allah akan gantikan dengan kaum yg lain dan yg lebih baik drpd kita.

24. Bercakap tentang hukum Allah walau dengan satu malam pon kita boleh paham. Dengan bantuan Allah kita akan paham.  kalau kita ikhlas lagi mudah kita paham tentang agama allah.

Wallahualam...

No comments: