Monday, June 27, 2016

Kalau seseorg itu buat taat,walau didinding-dinding pintu yg tak diketahui manusia(dia buat taat org tak tahu),Allah tetap jadikan org sayang pd dia.
Jika org tu buat maksiat,walau jauh dari pandangan manusia dgn dinding2 yg banyak,org tetap benci kerana maksiat yg dia buat.

Sebab tu, pesan Saidatina Aisyah RA.;
"Ketahuilah bila seseorg itu dibenci ialah kerana maksiat yg ada padanya".

Allah jadikan sebab benci tu datang dari maksiat.

Bila org datang tanya ustaz,
"Saya ni kenapa tengok muka isteri rasa benci".
Si isteri pula kata,
"Ustaz,saya tengok suami.... rasa benci,saya tak tahu sebab apa....benci.Kami dah kahwin 20 tahun,sekian2 tahun...kami tengok,benci".

Maka jawapan kita kpd mereka,
"Banyakkan istigfar...banyakkan istigfar,mohon ampun sungguh2".

Pasti ada hijab dosa yg begitu tebal sehingga kasih sayang selama ini yg dibina,yg telah diterjemahkan dgn pelbagai pengorbanan,berbagai cara,tiba2 hari ni bertukar jadi benci.

Maka semua ini,kita melihat asal masaalahnya ialah DOSA-DOSA kita.

Sebab tu tuan2,teruskan bertaubat.
Semuga Allah jadikan kita dicintai oleh org2 yg menyintai Allah.
Disayangi oleh org2 yg menyayangi Allah dan didoakan oleh org2 yg dekat dgn Allah.

#TokkuPasirGudang
#NasihatUtkOrgYgTerlanjurMelakukanDosa
Fb : rashid senin

No comments: