Sunday, June 12, 2016

📝Kuliah Maghrib UMED 20.05.2016
🖌Kitab Membangunkan Org2 Yg Terpedaya

📚Nasihat 1

Ketaatan adlh pilihan Allah, bknnya pilihan kita.
Bkn kita yg mjarakkan diri dgn Allah malah sbnrnya Allah "mhalau" kita utk dekat dgnNya.
Allah akan menarik kekuatannya utk melakukan ketaatan. Even rumah Allah itu dekat, ia masih tdk mampu melangkah ke rumah2 Allah.

📚Nasihat 2

Kejahatan itu akan melaknat hati kita. Dosa dan maksiat myebabkan
Hati resah dan tdk tenang
Hati makin keras
Kita jauh dr kebaikan

Allah yg mgilhamkan diri ini utk melakukan kebaikan @kejahatan. Sia2lah org yg mgotorkan jiwanya dgn dosa dan maksiat. Beruntunglah org yg myucikan dirinya dgn kebaikan.

Jika jiwa kita kotor, tgklah maksiat yg kita lakukan. Maksiat akan melaknat kita yakni mjauhkan rahmat Allah drpd kita.

Cuba kita bandingkan kita dgn org2 kurang upaya. Kita melihat mereka yg istimewa ini mampu ytk dtg ke rumah2 Allah tetapi kita yg sempurna anggota badan masih beralasan utk tdk ke masjid.

Org yg bjawatan besar yg sentiasa sibuk masih blh dtg ke rumah2 Allah sdgkan kita hanyalah pekerja bawahan masih mberi beribu alasan utk ke rumah2 Allah.

📚Nasihat 3

Allah mmg myembunyikan kemaksiatan kita even kita berasa bimbang ia akan didedahkan. Takutlah maksiat yg Allah tutup pd hari ini kerana Allah mungkin mbongkarkannya di dlm qubur @ di hari akhirat kelak.

وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
Dan apabila qubur-qubur dibongkarkan, tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
(Surah al Infitar ayat 4&5)

Mohonlah keampunan drNya sblm tlambat spya tdk dibongkarkan rahsia tsebut.

📚Nasihat 4

Hidup di dunia perlu bsedia dgn amal soleh sblm dtg waktu kematian kemudian kita akan dibangkitkan. Ia umpama org yg tidur dan akan bangkit.

Maka beramallah agar kita dpt bangkit dgn kegembiraan & tiada lg kebimbangan serta kedukacitaan di akhirat kelak. Sbb itu kita diajar utk melakukan ketaatan sblm tidur agar dpt bangkit dgn jiwa yg tenang.

📚Nasihat 5

Siapa yg takutkan Allah di dunia maka Allah akan amankan kita di akhirat kelak. Allah tdk akan himpunkan dua ketakutan dlm dirinya di akhirat.

Bg org yg tdk pernah fikirkan akan akhirat & tdk takutkan azab Allah, maka Allah akan dtgkan ketakutan yg amat dahsyat pd dirinya. Takutlah skrg sewaktu kita masih bnafas di dunia ini. Ia mjadikan kita lbh berakhlak baik. Kebaikannya terus subur.

Jgn tlalu mdidik hati kita takutkan akan hal dunia. Ia tdk akan mgubah kita mjadi lbh baik. Malah ia akan mjadikan kita lbh bsifat dgn akhlak yg buruk. Seluruh sifat jahat bkumpul dlm hati kita.

Antara tanda kiamat ialah manusia semakin kedekut & akan hadirnya sifat kedekut dlm setiap jiwa manusia. Semakin hampir kiamat, kedekutnya semakin melampau  sehingga mhalang dirinya mbuat kebaikan.

📚Nasihat 6

Jgn mhrpkan org lain beramal uti kita. Setiap org sibuk dgn urusan masing2 di akhirat kelak.

لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
(Surah Abasa ayat 37)

Kita blh menumpang dlm hal2 dunia. Ini kerana dunia ini rendah nilainya di sisi Allah.

Tetapi tdk utk hal akhirat. Tiada siapa yg berani mgatakan dirinya sudah cukup beramal utk bekalan di akhirat kelak. Nilai akhirat tlalu tinggi. Iman tdk mampu diwarisi even ia seorg isteri @ anak Nabi.

Nabi saw pernah bkata kpd anaknya "Wahai Fatimah, bangunlah solat. Ayah kamu tdk mampu menolong kami di akhirat kelak".

Allah sbnrnya sudah mberikan kita umur, masa dan tempoh yg cukup utk kita beramal di dunia ini. Pd hari akhirat, semua org tmasuk ibu ayah, isteri & anak2 cuba blepas diri dr diri kita. Masing2 hanya memikirkan kepentingan diri sendiri.

📚Nasihat 7

Siapa yg myangka bhwa Allah tdk melihat dirinya melakukan dosa dan maksiat, maka Allah lbh murka kpdnya. Mereka hanya blindung drpd pandangan manusia & myangka Allah tdk dpt melihatnya. Bahkan Allah Maha Melihat.

Bilamana seseorg itu mperkecilkan pandangan Allah, maka besarlah kemurkaan & kemarahan Allah.

📚Nasihat 8

Tercelanya maksiat bkn kerana ia adlh maksiat tetapi tercelanya maksiat bilamana kita tdk memohon ampun drNya.

Maka mohonlah keampunan drNya & syafaat Nabi saw kerana ia lbh cepat dimustajabkan. Bahkan byk lg golongan yg blh kita minta agar mdpt syafaat mereka di akhirat kelak spt org2 miskin, anak2 yatim, org yg mhafaz quran dsb.

Mmg kita sukar utk mgelakkan drpd melakukan dosa & maksiat disebabkan dorongan hawa nafsu & keadaan sekeliling. Maka carilah jalan2 utk mdptkan syafaat.

📚Nasihat 9

Jika dunia ini hancur pd hari kiamat, maka apakah nilai kita sbnrnya??

Setiap hari sbnrnya hujah kita semakin kuat. Kita spttnya blh berubah pd hari ini tetapi kita memilih utk menangguhkan kebaikan itu pd hari yg lain.

Burulah keikhlasan & keredhaan Allah. Pedulikan mulut2 manusia yg mgata. Jika kita mcari redha selain Allah, maka kita akan cepat bhenti drpd melakukan kebaikan.

📚Nasihat 10

Malu itu sbnrnya azab bg diri kita. Blhkah kita mbygkan bagaimana malunya kita di hdpn Allah kelak? Ia sbnrnya akan menambahkan azab pd diri kita.

Org yg melakukan dosa & makisat akan bterusan ditmbh azabnya. Tdk akan diringankan & tdk akan dihentikan sehingga mereka merasakan setiap hari makin tseksa. Selesaikan di dunia dgn btaubat kpd Allah sblm dihisab oleh Allah kelak.

Masa kita sbnrnya makin suntuk. Tiada istilah lapang di dunia. Di dunia ini adlh tmpt utk kita sibukkan diri dgn ketaatan. Syurga yg Allah ingin berikan sbg gantian itu amat mahal nilainya.

Wallahua'lam

No comments: