Sunday, June 26, 2016

Kuliah ramadhan..
23/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

wasiat ke 26(membaca dan mengkaji Al -quran)..

1. Assalamualaikum.. perkara yg pertama yg di pesan oleh imam agar kita membaca quran dan metadabbur al quran.

2. Kita di ajar baca quran dan memerhatikan sifat2 yg ada di dalmnya. Bila Allah sebut Allah suka org2 yg sabar jd kita nak jd org yg sabar. bilamana Allah sebut sifat2 yg mulia dalam quran maka kita nak contohi org itu.

3. Tapi bila Allah melaknat dan sifat2 org jahat maka tuan2 kita nak menjauhinya. Bukan semata mata kita nak habis kan baca al quran sahaja.

4. Bialamana kita baca 1 ayat maka kita kena beramal dgn ayat tersebut. Bila allah taala sebut kena keluar zakat maka lita kena keluar zakat. Kalau kita x beramal ia akan jadi hujah dalm hidup kita. Quran ni sama ada dia jd peguam bela lita atau pon menjadi pendakwa kita.

5. Maknanya al quran ini akan menjadi hujah kita kalau kita beramal dgnnya dan kalu kita x beramal pdnya dia akan mendakwa kita di hadapan Allah kelak.

6. Nabi sebut dlm hadis tentang org beriman dan org munafik. Org beriman yg baca al quran "seperti perbandingan buah limau". Kemudian nabi sebut wanginya org beriman kata imam ibnu arabi bila seseorg sebit ayat al quran ia akan keluar wanginya.

7. Di kalangan org beriman nabi sebut"org beriman yg x baca quran umapa buah kurma xde bau tapi rasanya sedap dan manis. "Maksudnya dia kurang kemuliaan itu.

8. Ada org yg x pandai baca quran dan dia x baca quran. Dalam kepala dia al quran ni xde dan dia x berusaha untuk kearah itu. Org islam kena ada target untuk membaca quran.

9. Menjadi satu perkara yg di galakkan bila sampai ramadhan kita memperbanyakkan membaca al quran. Setiap org beriman kena letak dalam otak dia yang dia nak baca quran.

10. org x baca quran walaupon dia hafal 30juzuk juga ada. Dia mula melupakan dirinya untuk membaca quran nilainya sama macam org yg x pandai baca quran. Dia pon sama mcm kurma.

11. Seseorg yg mengaku islam dia x blh lari drpd baca quran. Org munafik yg baca quran seperti bau kasturi tetapi pahit. Dia baca quran untuk dipuji. Bandingan org munafik yg x baca quran pula mcm hanzalah.  seperti buah peria. Pahit.. Setengah menterjemahkan dia juga seperti hempedu.

12. Dalam pengalaman tuan2, sejenis sayur atau herba yg pahit bila makan rasa terlalu pahit. Kata imam nawawi sentiasa membaca dan melazimi al quran siang dan malam supaya kita dpt wangian tadi.

13. Bila kita tinggal baca quran nilai kita blh jatuh. Sepakat ulama x ada zikir paling agung selain al quran kecuali ada tempat yg ditetapkan. Secara umum zikir al quran paling afdhal. Kita nak masuk jamban misalnya afdhal kita baca doa masuk jamban. Kalau kita rs nak baca baqarah sebelum msuk jamban juga blh tapi tempatnya itu lebih mulia baca doa masuk jamban. Ambiklah tempat yg di ajar oleh nabi.

14. Kalu tiada zikir khusus maka baca al quran. Maka ini kelebihan mutlak kelebihan al quran. Sebaik baiknya baca zikir yg ada dlm quran kerana sekaligus kita dapat 2 pahala. Pahala berZikir dan baca quran.

15. Kita di ajar kalau ada org kafir bersam dgn kita sama ada dia stg minta perlindungan kita dikalangan baca al quran pada mereka. (Surah at taubah 9:6). Sebaik2 nya di lapangan terbang perdengarkan bacaan quran. Ni x, dia dtg kat sini dia tetap dgr lagu dia juga.

16. Kita di galakkan berdakwah dan memperdengarkan bacaan quran pada mereka. Walaupob mereka x paham quran ni ada mukjizat. Ini adalah tanggungjawab pemerintah setempat.

17. Kalu kita ada kawan kafir jgn kita lepas mereka. perdengarkan lah kpd mereka bacaan al quran. Baca la ayat apa2 dan terjemahkan pada mereka. Memperkenalkan islam kepada mereka. bercakap tentang akidah dan kemanusiaan yg tinggi kpd mereka. Kewajipan kita sebagai org islam dgn mempromosikan al quran.

18. bila seorg baca al quran, mereka mengulang perkataan Allah. Contohnya kita nyanyi lagu org, pemiliknya bangga bila kita nyanyikan lagu mereka. Bila kita baca quran Allah kata ini perkataanku.

19. Bacalah quran dan bacalah dgn tertib. Naik kedudukan kamu di akhirat kelak. Darjat syurga ialah jumlah huruf dlm quran. Yg membacanya akan naik darjat. Bila kita baca, kita sebut perkataan Allah. Apa yg di baca itu adalah ayat allah.

20. Quran di jadikan di zikir dan di tahlilkan. sekarang kita kena sibukkan dgn baca quran. Jgn sibukkan diri kita dgn juadah2 berbuka yg berlebihan.

21. Kita dah nak masuk final dlm ramadhan ni. Kita akan mencari mlm lailatulqadar. Kita hampir berada mlm 10terakhir. Bermula malam kesungguhan kepada pencinta pencinta  allah. Tidak tercela pada waktu ini kalau kita tinggalkan benda lain dengan membaca al quran pada bulan ini. Kerana ini bulan quran.

Wasiat ke 27(duduk bersama org soleh)..

1. bila berkawan dgn org soleh kita akan duduk dalam majlisnya dan swbut nama Allah. Bila kita sebut nama Allah kita menjadi kekasih Allah. Org ni x pernah celaka bila duduk dlm majlis org soleh.

2. Bila baca quran di dalamnya ada sifat nama2 allah. Bila kita sebut nama allah kita jd teman karib allah. Bila kamu jadi ahli quran kamu jd dekat dgn allah.

3. Kita amat hauskan majlis2 umpama ini. Kata umar kalau tidak kerana 3 perkara ini aku x nak hidup atas dunia dan salah satunya ialah duduk dalam majlis org soleh.

4. Sebut cuti sekolah melancong. Masing2 ada kesibukan. Kesibukan ini kerana kita pilih. Ini yg dipilih utk jdkan teman dia. Kata luqman al hakim,  jadikan agenda sibuk dgn org alim. Batalkan program lain utk duduk dlm majlia org alim.

5. Junaid al bagdadi seorg sufi yg agong. Bila dia sampai org lebih tertumpu kepada dia lebih drpd khalifah. Khalifah itu balik dgn penuh benci. Kerana apa, raja ni glemer  xleh tumpang. Ulama ni kita blh tumpang nasihatnya.

6. Raja ni marah dan penasihat raja kata bunuh jer junaid al bagdadi.tp raja kata x blh kerana dia terlalu ramai. Pengikut.  Penduduk bagdad sibukkan diri mereka dlm majlis junaid al bagdadi.

7. Siapa yg duduk dlm majlis ilmu ni x akan celaka. Walapon dia x jd ulama tapi anaknya jd ulama. Mana mungkin org dgr kalimah Allah akan celaka.

8. Nabi sebut "bandingan org baik dgn org jahat umpama org jual minyak wangi dgn tukang besi. "Ertinya bila nabi sebut kalau. Kita duduk dlm majlis ilmu bkn saja kita kenal Allah tapi kita juga duduk dgn org2 yg nak jd soleh.

9. andaikata kita tgk org baik berkawan dgn org jahat jgn kita bersangka buruk pd dia. Tidak salah kalu kita sangka baik. Di akhirat kelak Allah x tanya sangka baik tapi Allah tanya prasangka buruk kita pada org. Ini kaedah penting kata imam ibnu arabi. Kalau kita silap prasangka buruk kita akan menyesal akhirat kelak.

10. wasangka baik itu lebih utama. Melainkan kita tau memang dia jahat tp bila dia bersama org baik maka bersangka baik itu lebih baik.

11. Hidup kita kena ingat allah dan org yg ingat allah sentiasa ingat pd mati. Kelebihan org ingat allah melebihi para syuhadah. Org sentiasa ingat allah dia sentiasa hidup walaupon dia mati dan org yg lupa allah dia mati walaupon dia masih hidop kerana hidup mereka umpama haiwan.

12. semua makhluk Allah berzikir memuji Allah hanya kamu yg x memahaminya. Jgn kamu membunuh katak kerana bunyinya itu sedang zikir pd Allah. Katak ini mulia, sbb mulia la dia xblh dibunuh.

13. Org yg sentiasa berzikir lebih baik drpd org yg mati syahid yg x berzikir. Melainkan org yg mati syahid dan sentiasa berzikir pd Allah mereka ini lebih mulia.

14. Nabi beritahu satu amalan yg lebih mulia disisi tuhan kamu ialah zikrullah. Siapa akhir kalam dia sebut lailahaillah dia masuk syurga.

15. Kesimpulannya kalau kita berteman dgn org soleh kebaikan akan terus berkembang. Wallahualam..

No comments: