Monday, June 27, 2016

Kitab 200 WASIAT IBNU ARABI

Wasiat ke-6
Tajuk: Mendekatkan Diri Dengan Segenap Kemampuan

1. Ibadat teras itu ialah solat. Ibadat yang membezakan kita dengan orang kafir ialah solat. Tiba-tiba perkara teras itu Allah ringankan daripada 50 kepada 5.
Kerana apa diringankan? Kerana Allah tahu kita lemah.

2. Bertaqwalah kamu mengikut kemampuan kamu. Allah tak pernah menjadikan agama ini kesukaran.
Bila kita nak mendekatkan diri pada Allah, lihatlah mengikut kemampuan kita. Namun tidak ada alasan untuk tidak mendekatkan diri kepada Allah.

3. Dalam ibadat, tidak ada satu pun yang tidak mampu kita lakukan. Sekurang-kurangnya kita boleh niat.

4. Kita tidak ada alasan untuk tidak lakukan ibadat. Caranya, buatlah ikut kemampuan dan kedua cari jalan untuk melakukannya.
Ada orang semua tempat dia boleh pergi tetapi Mekah Madinah dia tak boleh pergi. Kerana itu jangan beri alasan.

5. Kita tidak boleh memaksa orang lain (awam) beribadat mengikut level kita kerana dia akan lemah dan fitnahnya mungkin lebih besar. Biar dia buat ikut kemampuan dia.
Ulamak yang baik ialah mereka tidak memberi fatwa mengikut kekuatan agama dirinya tetapi mengikut kemampuan orang yang meminta fatwa.

6. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman

وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

“Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.”
(HR Bukhari)
Fb : d kuliah

No comments: