Monday, June 27, 2016

Kata Tokku Pasir Gudang dalam mensyarahkan bab IKHLAS

Kelebihan ikhlas.

1. Amalannya diterima oleh Allah Ta'ala
2. Iblis gagal menyesatkannya

3. Layak mendapat syafaat Nabi Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam apabila dia mengucapkan kalimah lailahaillallah dengan ikhlas.
Benar-benar ingin mengetahui tuntutan kalimah lailahaillallah

4. Penyebab dosanya dihapuskan walau amalannya tidak banyak.
Dalilnya kisah seorang yang amalannya tidak banyak melainkan kalimah lailahaillallah yang disebutnya benar-benar ikhlas. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam syurga.

5. Menjadikan ilmu yang dipelajarinya berkat. Kerana itu Imam Ahmad mahu setiap anak-anak muridnya yang datang ke kuliahnya mengikhlaskan diri. Allah mengharamkan ilmu kepada orang yang tidak ikhlas belajar.
Apabila ikhlas, ilmu jadi bermanfaat,  diamalkan dan menjadi sebab syiar itu berkembang.

Jangan kerana seseorang itu buat maksiat menghalang dirinya untuk menghadiri majlis ilmu.

Kadangkala kita tidak tahu majlis ilmu mana yang menjadikan dirinya berubah. Walau nasihat sama, kita tidak tahu waktu bila dan siapa yang memberi kesan kepada kita kerana hati kita boleh bertukar-tukar.

Umpama kita ada duit RM1. Walau kita punyai duit yang sama kita tetap mengambilnya kerana bila makin banyak kita kumpul RM1 nilainya bertambah dan bertambah.
Begitu jugalah bila kita dapat nasihat yang sama dari guru yang sama. Mungkin kali pertama kita hanya mendengar, kali kedua kita faham dan kali ketiga kita mula beramal. Dan begitulah seterusnya.

Kita tidak tahu masa depan anak-anak dalam urusan agamanya. Apa yang penting kita beri pendidikan agama pada mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah. Andaikata dia tersesat, dengan ilmu yang diberi Allah kembalikan dia semula ke jalan yang benar.

Dalam satu kisah bagaimana seorang alim lebih syaitan takuti daripada 1000 abid (ahli ibadat). Syaitan menguji seorang abid dengan berkata "Bolehkah Allah memasukkan bumi ini ke dalam telur?". Jawab Si Abid "Tak tahulah." Ini kerana dia mula berfikir secara logik, dia mula meragui kekuasaan Allah.

Kemudian syaitan bertanya Si Alim dengan soalan yang sama. Jawab Si Alim "Kenapa tidak...Allah Maha Berkuasa." Menunjukkan yakinnya dia dengan Allah Ta'ala.

Ada orang yang boleh berubah sebulan sekali setiap kali dia menghadiri majlis ilmu. Ada orang yang boleh berubah setiap kali dia menghadiri majlis ilmu.
fb : d kuliah

No comments: