Sunday, June 12, 2016

Kuliah ramadhan..
Kitab 200 wasiat ibnu arabi..
6/6/16
Umed..

Wasiat 7..
(Membiasakan diri dengan perbuatan baik)..

1.  Allah taala berfirman dlm hadis qudsi Allah telah menetapkan apa itu kebaikan dan apa itu kejahatan. Sesiapa yg berniat melakukan kebaokan tapi x melakukannya allah menuliskan satu kebaikan sempurna tapi kalau dia berniat melakukan kebaikan dan melakukan maka Allah menggandakan kebaikan itu.

2. Sesiapa yg berniat buat jahat tp dia x buat Allah bagi 1 Pahala yg sempurna kerana bermujahadah melawan kejahatan itu. Kalau org niat buat jht dan melakukan kejahatan itu maka Allah menulis 1 kejahatan itu.

3. Biasakan diri kita buat baik. Kalau kita ada niat buat jht maka bersungguh sungguh melawan utk x buat benda jht itu.

4. Ada pon org pasang niat buat jht dan kena tanggap maka kejahatan dia berjalan kerana dia x melawan kejahatan itu. Setiap amalan mengikut niat..

5. Lihatlah Allah taala guna Perkataan 'man' maksudnya bila bila masa. X kira waktu mampu atau tidak. kita niat nak buat baik lalu kita buat lalu Allah gandakan kebaikan itu jd 10x ganda sehingga beribu kali ganda Allah bg.

6. Umpama kebaikan itu sama seperti waqaf atau ilmu yg di ajar. Menjadikan kebaikan yg berganda. Basic kebaikan yg kita buat Allah bg 10x ganda.

7.  Bila harta kita di letakkan tempat yg baik maka manfaatnya lebih besar. pasti akan di ambil kebaikannya.

8. Org niat buat jahat lalu x buat dia dpt 1 pahala. Bilamana dia buat Allah beri balasan setara. 1 jahat 1 jer kira. Tp kalau kamu buat baik kami bayar ganda. Allah memotivasikan kita utk buat baik. Allah ni maha pengasih..

9. Allah maha penyayang. Allah tawarkan taubat kepada kita untuk menghapuskan dosa kita.

10. Bagi org2 yg berbuat baik dpt syurga dan tambahannya dpt melihat Allah. Penghuni syurga dan kekal di dlmnya. Di jadikan wajah org beriman ini bercahaya dan tidak kehinaan hari itu.

11. Hal keadaan para malaikat.
Waktu Allah jdkan manusia, malaikat ada dekat dgn Allah. Malaikat bimbang kerana takut berlaku maksiat.malaikat bukan kritik adam tp malaikat bertanya hikmah drpd Allah.

12.  Kita semua ada unsur jht dri kita. ALLAH  sebut dlm surah yusof.. kita mendorong utk kita buat jahat melainkan org yg di rahmati Allah.

13.para ulama membahagikan nafsu manusia ada peringkat kemalaikatan. Sesiapa menghidupkan mlm lailatulqadar malaikat turun bertemu dgn kelompok ini. Ini Allah nak tunjukkan kemuliaan manusia.

14. Namun kata imam ibnu arabi aku nk ingatkan kamu jgn puji diri kita buat jahat. Jgn dekat dengan org buat jahat.. jgn cenderung utk buat jahat..

15. Dr rumah kita xdok niat nak maki org tapi bila jumpa org buat kita marah maka kita x mampu menahannya akhirnya kita maki juga. Unsur jahat ada dlm diri kita.

16. Sifat malaikat sentiasa mengawasi kita. Antara rukun iman ialah beriman kpd malaikat. Dia beri tahu pada Allah. Setiap perbuatan kita di report pada Allah.

17. Org mari majlis ilmu tp dia xde niat pon nak dtg tp dtg teman bini dia jer dia tetap mendapat rahmat drpd Allah. Turut mendapat keampunan Allah.

18. Duduk dlm majlis ilmu ni x rugi. Mendapat keampunan Allah. Bila kita tahu kita ada kelemahan untuk kita atasi dan perbaiki kelemahan kita ini.

19. Malaikat beritahu kelemahan kita untuk kita baiki. Dtg agama utk melatih kita. Mengatasi kelemahan itu ialah mujahadah.

20. Prinsip manusia yg sebenar ialah utk beribadat. Allah jdkan kita sebagai manusia utk beribadat kpd Allah. Walaupon nama Allah berbeza beza dgnnya kita kenal Allah. Kita ni x perlu nama byk sbb kita makhluk yg terkenal dgn kedaifan dan byk kelemahan.

Wallahualam... :-)

No comments: