Tuesday, June 21, 2016

Kuliah ramadhan..
18/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

wasiat ke 18.. (bersikap rendah diri)

1. Assalamualaikum... satu perkara kita diperintahkan ialah rendah diri. Sabda nabi bermaksud sesungguhnya Allah mewahyu kpd aku supaya kamu semua merendah diri, jgn siapapon berbangga ke atas org dan jgn sesiapa aniayai org lain.

2. Org yg bersifat sombong biasanya suka menyakiti org lain. Org yg xde sifat sombong x akan menyakiti org lain.

3. Kita mesti mengetahui Allah yg mengangkat kita. Kalau kita bertaqwa Allah akan angkat kita. Kita jgn sombng drpd tanah. Tanah org x biarkan dia tinggi. Kalau tinggi org akan ratakan.

4. Kamu semua dr adam dan adam dr tanah. Kita perlu bermuhasabah dr tanah. Dr tanah Allah jdkan kita dan kepada tanah Allah pulangkan kita dan dr tanah pula Allah alam bamgkotkan kita.

5. Sbb 2 kita kena ziarah kubur. D sunatkan kita tinggikan tanah sejengkal. Kita lebih rendah drpd tanah. Sbb 2 nak tanam kita kena gali tanah.  Kita duduk dlm tanah.

6. Nabi ada sekor unta nama abba'.. unta ni memang laju. Xde org blh kalahkan unta nabi dan nabi suka bawa unta ni sbb laju. Bila nabi bawa unta ni memang xleh di kalahkan. Dtg seorg badwi bawa unta dan berlumba dgn unta nabi dia menang. Lalu sahabt dia berduka cita.

7. Maka nabi berkata pd sahabat menjadi sunnah Allah tiada satu pon yg naik dlm dunia ini kemudian dia akan jatuh. Kalau dulu dia penghibur no 1 sekarang xde org jemput doh dia. sbb 2 kata imam ibnu arabi sesuatu itu ialah kamu.

8. Tgk org yg ada pangkat, bila pangkat dia hilang dia dah xde apa2. Kami sendiri xde apa, pangkat itu yg naikkan kamu. Tp ingat bila kamu mencari pangkat itu kamu mencari kehinaan pd hari akhirat.

9. Ada org nk jd ketua kampung smpai mati. Ingat la pangkat itu menjadi penyesalan di akhirat kelak. Kata imam ibnu arabi lg, lihat diri kamu dgn segala kehinaan. Kalau Allah bg pangkat pd kamu sekalipon lihatlah diri kamu dgn kehinaan. Kalau kamu mendapat makam syuhud ini  maka kamu akan kenal diri.

Wasiat ke 19. (mandi setiap hari jumaat )..

1. permulaan hari utk islam ialah hari jumaat. Kita umat yg kemudian dan kita mendapat hari terawal. Yahudi pilih hari sabtu dan kristian ambil hari ahad.

2. Ada org dtg awal Masjid dia ddk belakang. Sorg lagi dtg lewt tp ddk saf depan. sbb yg dtg lewat itu berilmu dan tau kelebihan saf depan..

3. ALLAH memulakan hari dgn hari jumaat. Dgnnya dikira bertukar minggu. Sbb 2 kita berkumpul pd hari jumaat. Untuk perubahan tahun dtg solt hari raya.

4. Kita patut bersihkan diri. Hukum mandi hari jumaat mengikut pandangan ibnu arabi (mazhab zohiri berkembang di andalusia). disisi zohiri mandi hari jumaat ni wajib. Jumhur ulama salaf dan kholaf ini mandi hari jumaat ini adalah sunat yg digalakkan. Dalilnya sepakat ulama kata saf solat jumaat walaupon org tak mandi.

5. Ulama kata sunat hari jumaat ini sunat kepada org yg nak hadir solat jumaat. bg wanita dan kanak2 pon mandi hari jumaat. Mandi sunat hari jumaat seperti mandi junub.

6. Bermula dr fajar subuh sehingga hampir waktu nak ke slt jumaat. Ini waktu mandi sunat jumaat.

Wasiat ke 20(meninggalkan perdebatan dalam masalah agama).

1. Pesan ibnu arabi, Kalau blh elakkan lah berdebat. Sbb org berdebat untuk menang dan membetulkan pandangan mereka,  bukan untuk cari kebenaran.

2. Perbedapat lebih pada apa yg dia ingat masa itu. Perkara furu' ni x pernah selesai. Sbb 2 kekal 4 mazhab ni. Masing2 ulama berpegang pandangan itu lalu kita berlapang dada. Bila kita pergi mekah kita terima perselisihan ini.

3. Tak perlu kita perbanyakkan perdebatan yg x beri faedah yg byk.kadang debat org ni salah tp sebab dia bijak org awam rs dia btl dan guna ilmu dia bg maka dia akan tanggung dosa org awam itu.

4. Kata ghazali, jgn berdebat. Nak berdebat dgn syarat kita blh terima pandangan org lain. Penyokong ramai, dia fans page maka zahir nampak dia menang kerana penyokong dia. Kebenaran bukan sebab penyokong.

5.  Perdebatan mewujudkan kelompok yg bermusuhan. Terutama zaman ada fb. Sehingga kita lupa tugas kita berdakwah pd org kapir. Hidop berpuak puak. Kita tnya mana dakwah? kita sibuk bergaduh sama2 kita. Kadang kita mencabar benda yg x sepatutnya. Org yg kalah hujah akan melabel gelaran bukan. Dia lupa setiap yg dia sebut Allah memerhati.

6. Kita kena lihat matlamat yg sama antara kita. Ibnu qudamah mazhab hambali dan salahudin al ayubi mazhab syafee. Tetap bergabung dlm peperangan.

Wallahualam...

No comments: