Tuesday, June 21, 2016

Kuliah ramadhan..
21/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 22(berhijrah dan tidak tinggal bersama org kafir).

1. Assalamualaikum.. persoalan yg ditekan oleh imam ibnu arabi ialah hijrah. Wajib berhijrah org islam yg duduk dgn org kafir yg di ganggu gugat agama. Menjadi sunat berhijrah kpd org yg duduk di negara islam tapi blh praktis agama islam dalamnya. Harus duduk di negara org kafir bilamana org islam mampu mendakwah dan mengislamkan pemerintah mereka. Para ulama meletakkan hukum tersebut.

2. Nabi menyatakan bermaksud aku berlepas diri drpd mana2 org islam yg duduk bersama org kafir dan terpengaruh dgn agenda org kafir. Contohnya mereka berjuang bersama org kafir memperjuangkan kekufuran. Mereka akan di tempatkan di neraka jahanam.

3. Bilamana umat islam x nak hijrah dan mati di negara org kafir sedangkan agama di permainkan lalu Allah taala menempelak mereka dgn berkata "bukankah bumi Allah ini luas".

4. Sekarang yg jaga baitulmaqdis yahudi. kita dilarang utk melawat baitulmaqdia. sensitiviti dan pengitirafan kpd org kafir kalau kita melawat baitulmaqdis sekarang. Kalau nak g perang xpe. Kita x di benarkan. Mengiktiraf org kafir yg menjajah. Mereka mencuri baitulmaqdis drpd org islam.

5. Allah akan tnya kenapa kita g baitulmaqdis sedang kan kamu tahu dia di tawan. Kalau g utk  Misi kemanusiaan xpe. Allah dan rasul meletakkan satu hari nanti baitulmaqdis akan bebas.

6. Yahudi dan org islam saja yg tahu betapa pentingnya baitulmaqdis.

Wasiat ke 23( mengamalkan ilmu dalam seluruh gerak laku).

1. Tidak ada derma yg paling hebat melainkan derma ilmu. Bila saya beri ilmu pd tuan2, tuan2 akan beri ilmu pd anak2 tuan. Ramai yg akan ambil manfaat dgnnya. Dermalah ilmu maknanya kita sentiasa beri nasihat yg baik.

2. Kadang kala kita dgn istri kita beri duit saja. Kita lupa nak menasihatkan bini  dan anak2 kita. Nasihat utk anak2 menyintai rasul.

3. Nabi kata sebaik baik kamu yg belajar quran dan mengajarnya. Itu ilmu. Berusaha utk berkongsi ilmu dgn istri dan anak2 kita. Beri tahu mereka apa yg kita dpt mari kuliah. Ini semua cara bagaimana ilmu di manfaatkan.

4. Dengan cara ilmu nak jd kita ingat bila kita sampaikan pada org lain. Inilah keberkatan. Bila dia beri tahu otometik dia akan ingat benda ni. Dalam ilmu kena ada networking.. hendaklah yg hadir kena sampaikan yg x hadir.

5. Nabi mencela satu qabilah iaitu qabilah assyaari, bila mereka dpt ilmu drpd nabi mereka hanya berkongsi pd qabilah mereka sahaja. bila mereka tahu nabi kata kat mereka, mereka minta dgn nabi setahun utk sebarkan pd semua org.

6. Sampaikan semua ilmu kerana ada diantara mereka yg menerimanya. Walaupon ada golongan yg menghina, mencebik kita kena terus menyampaikan.

7. Rasulullah kata perumpaan aku bawa ilmu ini seperti hujan dan manusia seperti tanah. Hujan ini aku(nabi). Tanah ni ada 3 jenis,  pertama subur, kedua hanya takung air, dan yg ketiga tanah licin bila turun hujan x lekat pon. Manusia ada 3 golongan. Pertama mereka dpt ilmu dan beramal,. Yg kedua ada ilmu tp x beramal dan yg ketiga xdok ilmu dan x nak belajar ilmu.

8. bila turun hujan dia takung air. Sama mcm manusia ada ilmu dan xnak beramal namun ada org blh ambik ilmu drpd dia. Satu hari insyallah org mcm ni makin dekat pd Allah kerana dia x menodai kebenaran ilmu kerana dia tetap menyampaikan ilmu pd org lain walaupon dia x guna ilmu itu.

9. Alim ulama kata, bila kita beramal satu ilmu kita akan dpt ilmu yg lain. Kita dpt memahami ilmu yg lain. Allah letakkan lg kemanisan dlm ilmu. Kita rs dekatnya kita dgn Allah. Ini kesan drpd ilmu yg kita amal. Siapa yg beramal dgn apa yg dia tahu maka Allah akan  tambahkan ilmu yg dia x tahu.
wallahualam...

No comments: