Monday, June 27, 2016

Alhamdulillah.. sedikit perkongsian 'shortnotes' kuliah maghrib #tokku_PG (UMED)

Khamis - 19/05/2016 - 7:50pm

1) Islam menuntut supaya kita berusaha menjaga tubuh badan agar sihat supaya mudah nak buat ibadah..

2) Rasulullah SAW menekankan kesihatan tubuh badan.

3) Bila kita berpuasa,jika sakit atau musafir,maka dibolehkan untuk tidak berpuasa.. atau diganti dengan hari lain..

4) Tidur dengan mengikut sunnah iaitu mengiring ke kanan adalah baik untuk jantung..

5) Ibu2 orang arab jahiliyyah mengajar & berkata kepada anak2 mereka supaya bangun awal,untuk menghirup udara yang masih segar yang belum dicemari oleh nafas2 orang lain..

6) Orang yang nak dapatkan hidayah & keinsafan mestilah kena sihat tubuh badan dahulu..

7) Jauhilah kamu dari sifat kenyang yang melampau kerana akan menyebabkan kamu malas beribadah.(Umar Al Khattab)

8) Siapa yang solat dengan lebih kurang,maka yang lain2 perkara dia akan buat lebih kurang juga.. tidak bersungguh..

9) Nasihat paling baik untuk anak2 kita ialah bagitahu mereka asas yang kuat iaitu : "Solatlah kamu walau di mana jua berada."

10) Kata Saidina Ali Karamallahu Wajhah.. ada 3 perkara yang membinasakan kesihatan manusia.. iaitu..
1)Melampau2 dalam makanan.. kerana dia menganggap dia sihat.. maka boleh makan semua,maka sakit akan menyerang kelak..
2)Orang yang menganggap dia kuat lalu rasa mampu mengangkat segala benda2 berat.. akhirnya dia merana pada umur tua.. maka dia gagal untuk beribadah dengan sempurna..
3)Orang yang bekerja tidak tentu masa.. melampau2 dalam bekerja..

11) Allah syariatkan kita berkahwin,adalah supaya kita dapat menyusun waktu..
Islam tidak suruh kita melampau dalam bekerja,ada tempoh2 untuk berehat,ibadah,bekerja,berkumpul bersama2 keluarga.. supaya kita dapat menjaga kesihatan tubuh badan..

12) Ada orang yang utamakan bekerja lebih masa,maka dia sebenarnya menzalimi diri dia sendiri.. kerana kelak akan memudharatkan kesihatan sendiri..

13) Orang yang kerja berjadual.. maka dia miliki ramai kawan..
Orang yang kerja dengan melampau,tanpa ada waktu bersama kawan,keluarga.. maka dia akan dibenci oleh ramai orang.. hingga terputusnya silaturrahim..

14) Orang yang makan banyak,umpama pokok yang disiram dengan air yang banyak..
Maka rosak badan.. rosak kesihatan..

15) "Makanlah.. minumlah,tapi jangan kamu melampau2.."(Hadis)
Maksud jangan melampau ialah jaga halal haramnya..
..jangan melampau melebihi dari keperluan/kemampuan perut..
..jangan melampau hingga tidak tentu masa & mengganggu waktu2 solat..

16) Allah ciptakan kita bukan untuk 'makan' tapi adalah untuk beribadah..
Makan itu adalah untuk menguatkan badan kita.. untuk beribadah..
Selera kita ini.. akan datang satu masa kelak,kita tidak akan berselera untuk makan.. untuk menunjukkan bahawa tujuan kita hidup bukanlah untuk makan..
Paling kita selera bila waktu sakit,bukanlah makan,tapi adalah dengan menyebut nama Allah.. maka kita rasa kenyang & tenang..

17) Siapa suka lapar,maka dia sihat..
Siapa suka kenyang,maka tunggulah akan datangnya penyakit2..

18) Kebanyakan penyakit datang dari perut..

19) Asas untuk buat ibadah adalah kesihatan yang baik..
Jarang2 orang yang tidak sihat,ada minat & semangat untuk buat ibadah..

20) Anak2 yang baru lahir,(7 hari) sunat dicukur botak,kerana terdapat kekotoran pada rambutnya..

21) Makan makanan mentah adalah makruh hukumnya..
Tapi makan sayur mentah tidaklah makruh..
Makruh itu adalah untuk menjaga maruah kita..
Dibimbangi tohmahan dari orang ramai..
Tiada dalil yang mengharamkannya..
Namun jika duduk di dalam masyarakat yang sudah biasa makan mentah seperti negara Jepun,maka ia tidaklah makruh..
Maka kena lihat 'uruf' masyarakat..

22) Berkumur2 ketika berwuduk itu adalah wajib pada Mazhab Hambali..

23) Nabi SAW bersiwak setiap kali berwudhuk..

24) Pakaian paling terbaik adalah pakaian putih.(Hadis)

25) Orang yang dapat hidayah,kita akan lihat bahawa hidupnya tersusun..

~ wallahu a'lam.. semoga menjadi asbab hidayah kepada saya..

Fb jeffery el ghifari

No comments: