Tuesday, June 21, 2016

Kuliah ramadhan..
19/6/2016..
kitab 200 wasiat ibnu arabi..
Umed..

Wasiat ke 21 (berakhlak baik dan mencari kemuliaannya).

1. Assalamualaikum... wasiat pd mlm ini berkait dgn akhlak. Kita di tuntut dgn akhlak yg mulia. seperti mana risalah nabi membawa akhlak yg baik.

2. nabi ajar dakwahnya apa?  Kami diperintahakan bercakap benar, menunaikan amanah, menjaga silaturahim dan berenti melakukan yg haram dan menumpahkan darah. Kekuatan islam pada akhlak. Seseorg yg gagal menjiwai benda ini islamnya x sempurna.

3. Akhlak yg mampu menarik manusia kepd agama Allah. Akidah perkara penting tp akidah x blh diubah kalau xde akhlak. Ada satu perkara yg blh mengubah kita ialah dgn alhlak. Sbb itu nabi di kenali dgn akhlak.

4. nabi suka memuliakan tetamu dan suka menolong perkara yg benar. Khadijah melhat ketinggian akhlak nabi. Org islam x mungkin dpt kemanisan islam melainkan dia berakhlak.

5. Nabi jamin istana di puncak syurga kpd manusia yg memperindahlan akhlaknya. Kata imam, kalai kita tahu org dpn kita ni talam 2 muka tetapi kita tetap melayaninya dgn baik..

6. Nabi kenal org munafik. Dan nabi simpan nama itu. Huzaifah tau nama itu sbb dia org yg dipercayai nabi. Huzaifah mengawasi kelompok munafik ini. Huzaifah x akan membocorkan rahsia yg mabi beri tahu pd dia sampai di wafat.

7. Semua manusia suka tgk akhlak yg baik. Bila kita bergaul dgn golongan musuh dlm selimut, kita tunjuk akhlak yg mulia. Golongan ini mencari kekurangan org lain utk di kutuk.

8. setengah org bila kita tunjuk akhlak yg baik mereka pergunakan kita. Setengah org menghargainya. Kelompok hipokrit suka ambil kesempatan pd org baik.

9. Kalau kita berhadapan dgn golongan ni kita serahkan pd Allah. Jgn tunjuk akhlak yg x baik pd mereka. Org jht bila dia tgk kita akhlak baik mereka ambil peluang dan kesempatan itu utk tipu kita tp jgn bimbang Allah bersama kita.

10. Ketengan kpd musa dan harun bila mana mereka nak berdepan dgn firaun. Allah bersama mereka. Allah menjaga org baik. Bila mana org jht merancang nak buat jht pd kita Allah akan balikkan kejahatn itu pd mereka. Ini jnj Allah.

11. Walau manusia ada kekurangan kita tetap berakhlak baik pd mereka melainkan musuh Allah. Kalau musuh Allah kita tidak akan bermuamalat dgn mereka.

12. musuh Allah ni kita kena tunjuk kekerasan. Halal maki pd musuh Allah bila mana mereka maki Allah.Bila berkait dgn musuh Allah ada cara untuk melawan mereka.

13. Org kapir zimmah yg duduk dlm pemerintahan islam dan x kacau islam. Kita juga di tuntut berakhlak yg baik kepada ahli zimmah sebagai dakwah kita pd mereka. Bila kita nak buat maksiat, malulah pd malaikat yg bersama kita.

14.  akhlak dgn binatang kita menyiksa dia. Nabi menegur pemilik unta yg melaparkannya dan bagi kerja berat. Dgn makhluk yg x bernyawa kita juga kena jg akhlak. Jgn merosakkan nya. Kita di larang merosakkan benda di atas muka bumi. Ini namanya akhlak.

15. Semua terpelihara di bawah islam. Sungai, laut, gunung ganang. Semua terjaga. Prinsip islam menjaga keamanan. Walau di dlm perang sekalipon. Tidak di benarkan mengejar musuh yg lari.

16. Kadang2 setengah akhlak ni kita x tau dia mulia ke x. Jiwa manusia ni cenderung buat jahat berbanding baik. Org xde agama dia buat semua benda jahat. Bila dia dpt agama, dia berubah. Islam membentuk kepada fitrah.

17. Walaupon kita nak pakai ilmu cenderung kadang kala ilmu cenderung ini berubah mengikut zaman. Pola kehidupan manusia ni berubah. X de yg lebih hebat melainkan kita terus meningkatkan ilmu terus menerus.

18. kadang kita keliru antara akhlak yg baik dan buruk. Misal contoh rasuah. Kalau dtg bentuk khusus kita tau itu rasuah. Tp sekarang di tukar dgn nama duit teh, duit kopi,  hadiah dan pelbagai lg nama rasuah yg di tukar. kita berada zaman keliru. Start drpd atas sampai bawah rasuah.

19. Zaman sekarang judi lain. Dia dtg dgn kepelbagaian. Maka mintak lah drpd Allah untuk tunjuk kebenaran.. jgn sampai kita keliru.

Wallahualam..

No comments: