Tuesday, June 21, 2016

Lelaki yang Baik Itu Sentiasa Sweet.

1. Apabila dia ada duit lebih, dia akan fikir mahu belanja isterinya.

2. Apabila selesai kerjanya, dia hanya fikir untuk balik ke rumah bukan untuk ke tempat lain.

3. Apabila dia sampai rumah, dia lihat isterinya sedang tidur. Dia tidak kejut pun isterinya itu walaupun isterinya tidur selepas layan movie di TV.

4. Apabila dia lapar dan lihat isterinya tidak masak apa-apa. Terus dia fikir sama ada mahu masak sendiri atau beli di luar. Dia tidak kisah pun.

5. Apabila di rumah, dia bermain dengan anak-anak supaya isterinya boleh rehat.

6. Apabila isterinya buat salah, kemudian minta maaf. Sekali sahaja sudah cukup ucapan maaf. Dia sudah okay.

7. Apabila dia bekerja, dia kerja sungguh-sungguh supaya isteri dan anak-anak cukup kelengkapan harian.

8. Apabila semua gajinya untuk isteri dan anak-anak. Walaupun belanja kepci bukan wajib, tetap digunakan duit gajinya.

9. Apabila dia sakit lenguh sana sini, dia diam sahaja. Dia tahu isterinya sakit juga. Jadi, dia tidak mahu susahkan isterinya.

10. Dia sanggup tadah telinga mendengar cerita isterinya walaupun cerita kawan isterinya yang  beli beg baru LV yang fake. Langsung cerita tak best.

Peringatan : Jangan tag suami puan. Cukup sekadar share, nanti akan masuk dalam newsfeed suami.

sumber : FB ustaz ahmad saifuddin yusof.

No comments: