Sunday, September 7, 2014



Coretan kuliah Jemputan UMED di Madrasah As-Syakirin Ampang
06.09.2014

Kesan dosa akan dirasai smada dekat atau jauh. Nabi saw mengingatkan kita spya menjauhi dosa walaupun ia dosa kecil.

♥ Org beriman melihat dosa kecil itu umpama gunung yg akan menghempap mereka.
♥ Manakala org fasiq pula melihat dosa kecil itu umpama lalat yg hinggap di hidung mereka lalu mereka menepisnya.

Dosa kecil akan terus bkumpul sehingga membinasakan seseorg smada ia secara fizikal atau hati kita. Ia umpama bintik2 hitam yg akan memenuhi seluruh ruang hati melainkan kita segera utk bertaubat.

Yg paling teruk apabila dicabutnya iman. Dosa kecil blh mjadi dosa besar dgn sebab Allah murka lalu Allah mencabut imannya..nauzubillahi min zalik

Kenapa kita enggan bertaubat?
★ Jahil hakikat taubat
★ Jahil akan kesan dosa dan maksiat



Fudail bin Iyad bkata "Aku melihat kesan dosa dan maksiatku pd perubahan kelakuan isteri dan kerosakan pd kenderaanku"

Penyakit umat skrg ialah melihat perubahan dan kerosakan yg berlaku di dlm diri dan keluarga mereka berpunca dr slh masyarakat. Bkn disebabkan oleh kesan dosa kita.

♥ Lihat kejahilan kita dlm menilai kesan dosa dan maksiat. Sebab itu kita melambat2kan taubat @ langsung tdk btaubat. Seolah2 kita merasakan belum sampai saatnya utk kita btaubat.

Kita byk mengadu pd manusia berbanding mengadu pd Allah. Inilah penyakit manusia skrg yg tnpa segan silu menceritakan segala keaiban rumahtangga di dlm laman2 soasial sehingga menjadi tontoman dan bualan prg ramai, meluahkan rasa kemarahan serta mengadu domba dsb.

♥ Antara kesan dosa apabila kita melihat manusia itu dekat dan Allah itu jauh. Dosa menjadi hijab utk kita melihat Allah dan menjadikan aib kita akan berpanjangan.

Lihat kemurkaan Allah dlm diri kita utk kita bermuhasabah. Utk kita perbaiki kembali kehidupan dan amalan kita dlm usaha memburu keredhaanNya.

Wallahua'lam

No comments: