Sunday, September 14, 2014


 ♥♥ Nota2 Kuliah Tokku PG-UMED
Kitab Dosa Besar : Benci Bertemu Allah
Part I

"Di antara DOSA BESAR ialah..
Adanya perasaan BENCI bertemu dengan Allah..

♥ Perasaan benci ini lahir kerana tidak yakin dengan apa yang Allah Taala janjikan..
♥ Perasaan ini lahir kerana CINTAKAN DUNIA..
♥ Perasaan ini lahir kerana mereka tidak beriman kepada Allah dengan sebenar2nya..

-》Tidak pernah mereka membicarakan pahala, dosa..kemurkaan Allah.. & laknatNya..
Apa yang mereka menjadi keutamaan ialah..
◆ bagaimana cara nak cari DUIT..
◆ bagaimana nak kenyang PERUT..
◆ bagaimana cara nak cari BINI..nak cari ISTERI..
◆ bagaimana nak bahagiakan isteri & anak2..
◆ bagaimana nak dipandang mulia oleh manusia..
◆ bagaimana nak mencari pangkat..
◆ bagaimana nak senang hidup di dunia..
◆ bagaimana, bagaimana dan bagaimana...

Mereka habiskan masa & usia mereka untuk mencari kesenangan DUNIA..!!
..dan mereka tidak sekali2 AKAN JUMPA..
♥ Sebab dunia ini TIDAK AKAN SENANG..

Macamana pun tuan2 inginkan senang..,KITA TAK AKAN JUMPA SENANG..

★ Yang tak ada anak kata : "Senang ada anak."..lihat bila dia ada anak..SUSAH..

★ Yang tak ada harta kata : "Senanglah kalau saya ada harta."
Tanya orang ada harta.. = SUSAH..!!!

★ Yang tak ada jawatan kata : Senanglah saya kalau ada jawatan..Tanya yang ada jawatan..
= SUSAH..!!!

Ertinya tuan2 sekelian..Di sini kalau kita nak cari senang, kita BERBOHONG pada diri sendiri..

Bahkan kita buta dengan fakta sejarah kehidupan manusia..
Mana ada orang menikmati kesenangan di sini..!!

♥ Bahkan..bila kita makan pun PENAT..
Kita makan sekalipun..yang kita anggap boleh beri tenaga..Tiba2 mendatangkan penyakit..

♥ Kita ingat dengan rehat,boleh menjadikan akal kita bagus..baik..
Pun sama : Berehat mendatangkan musibah..

Ertinya di atas dunia,kalau kita cuba cari kesenangan = KITA TAK JUMPA..!!!
Sebab itu Allah Taala suruh kita cintakan akhirat..
Kerana itu Allah Taala suruh cintakan Allah..

》Kerana itu Allah Taala suruh kita pandang kepada pertemuan yang paling hebat iaitu :

♥♥ P  E  R  T  E  M  U  A  N  
D  E  N  G  A  N    A  L L  A  H  ♥♥


》Bsambung Part II
#Maaf..nota semlm tu part II, smbgn dr nota part I ni (,")

No comments: