Friday, September 12, 2014


 Kuliah Maghrib Ust Azam Darusa 11.09.2014

40 hadis peristiwa akhir zaman

♥♥ Kelebihan ilmu dan ulama

1. Diutamakan dgn mceritakan kelebihan majlis ilmu, ilmu dan ulama. Dimulakan dgn niat bmula apabila turun dr rumah lg yakni niat solat jemaah, menuntut ilmu dan ingin berubah ke arah kebaikan. Bkn sekadar mengisi masa lapang.

♥ Sesgguhnya amalan itu dgn niat. Ia dnilai oleh Allah pahalanya bdasarkan niat.

2. Apabila berada di dlm majlis ilmu maka rapat2lah ke hdpn shgga duduk berlaga lutut antara satu sma lain. Kemudian kita perlu mpunyai kitab utk mdapat keberkatan ilmu.

♥ Ia akan mjadi warisan kpd generasi akan dtg berbanding kita meninggalkan majalah2 sukan, kereta, hiburan dsb.

3. Ilmu dikira bermanfaat apabila ia diamalkan. Amal adlh buah kpd setiap ilmu. Ilmu sekadar hafalan bkn mgambarkan kesolehan dan kealiman seseorg.

♥ Kita wajib utk menuntut ilmu lalu menyampaikan dan mengamalkannya. Seumpama mereka yg tdk memiliki apa2 lalu apa yg blh diberikan?? Begitu juga dgn ilmu.

4. Hadis Nabi saw “Barang siapa yang memulakan dalam Islam satu amalan yang baik lalu perkara itu diikuti (oleh orang lain) sesudahnya, maka dituliskan (ganjaran pahala) untuknya sama seperti ganjaran pahala orang yang melakukannya tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun....”

♥ Jika kita jd pemula @ pcetus kejahatan maka setiap kejahatan yg diikuti oleh org lain, kita akan mperolehi sahamnya.

♥♥ Kelebihan org alim

1. Perbezaan antara ahli ibadat dan org alim adlh spt Nabi saw berbanding dgn org yg paling rendah di kalangan sahabat. Jauhnya darjat antara Nabi saw dgn para sahabat sptmana ahli ibadat dgn org alim.

♥ Orang beriman diangkat beberapa darjat, begitu juga orang yang beriman dan berilmu akan diangkat beberapa darjat lebih dari itu.

♥ Semua makhluk akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu, hinggakan ikan-ikan dilautan juga akan memohon keampunan kepada orang yang menuntut ilmu.

2. Syaitan amat takut seorg yg alim berbanding 1000 org ahli ibadat. Org alim tahu akan tipu daya syaitan. Mereka ini akan segera bertaubat dan kembali pdNya jika berbuat dosa dan maksiat. Org alim juga mampu mendidik dan mgajar org lain spya mjadi alim.

♥ Seseorg yg beribadat tnpa ilmu mudah menjadi sesat. Mereka suka beribadat dan tdk mberi manfaat kpd org lain.

3. Siapa yg paling mulia disisiNya? Org yg paling mulia disiNya adlh org yg btaqwa di kalangan kamu. Org yg terbaik di kalangan kamu adlh org yg terbaik masa jahiliyahnya, juga terbaik semasa ia memeluk Islam.

Wallahua'lam

No comments: