Friday, September 26, 2014


Kuliah Dhuha UMED 26.09.2014

♥♥Tafsir Surah Al Ahzab ayat 63 - 71

1. Ancaman Allah thdp org kafir dan munafiqin yg mpersendakan Nabi saw dan org beriman. Kemuncaknya apabila mereka mempermainkan ajaran2 Allah, mcebik dan mcela janji Nabi saw bkaitan pahala, dosa, syurga dan neraka serta hari kiamat.

2. Ksemua Nabi akan bcerita kpd umat masing2 ttg hari kiamat yg mjdi phitungan dimana manusia akan dibangkitkan utk menunjukkan siapa yg benar dan siapa yg salah. Org kafir akan myesal pd hari itu dgn azab yg bakal mereka terima.

3. Tiga jenis golongan yg bertanya kpd Nabi saw "Bilakah hari kiamat"??

》Org musyrikin btanya secara bmain2 yakni olok2. Mereka sbnrnya tdk percaya akan kehidupan slps kematian.

》Org munafiqin pula btanya dgn sifat sombong.

》Org yahudi btanya utk mguji Nabi saw di saat mereka mgetahui sejak nabi2 diutuskan, tiada seorg pun nabi mgetahui bilakah kiamat akan berlaku.

4. Allah mgajar Nabi saw spya mjawab:

♥ ilmu kiamat itu disisi Allah. Ini seterusnya mendiamkan mereka.

♥ barangkali kiamat itu dekat.

》Dekat yakni membuatkan manusia merasakan masa yg dilalui itu amat sekejap shj. Sbb itu apabila tiba kematian, mereka meminta utk pulang ke dunia even sekejap. Namun ia sudah tdk bernilai lg.

》Kiamat akan myebabkan kita melupakan segala nikmat yg kita kecapi di dunia dlu. Ia dekat apabila kita sedar kecuaian dan kelalaian kita di dunia. Manusia akan sedar smada dgn hidayahNya atau mdengar ancaman Allah.

5. Allah melaknat org kafir pd hari kiamat yakni tiada belas kasihan lg Allah pd mereka. Tiada keampunan, tiada syafaat.

♥ Kemudian Kami sediakan kpd mereka neraka yg apinya sentiasa memuncak yakni makin panas. Mereka ini kekal dlm neraka selama2nya. Org kafir bcita2 utk kembali ke dunia hnya utk memeluk Islam spya mereka tdk kekal dlm neraka.

♥ Pd hari itu mereka tiada pembantu dan penolong. Siapakah yg lbh layak utk mberi syafaat selain Allah. Syafaat Nabi saw hnya utk org Islam yg melakukan dosa besar, tdk pd org kafir.

6. Setiap dr kita akan mula memasang angan2 penyesalan bila melihat janji dan azab Allah di hadapan mata. Angan2 ada dua jenis yakni angan2 merancang masa depan dan angan2 penyesalan.

♥ Pd hari itu, org zalim menggigit jari2 mereka smbil bkata "Aduhai celakanya aku!!kalaulah Kami ikut Allah dan Rasul...."

》Jika kita tdk mengikut Allah dan Rasul di dunia, maka kita sesat. Syiar kita adlh patuh pd Allah dan Rasul. Tdk patut dan tdk boleh mana2 org beriman mencari hukuman yg lain setelah diputuskan oleh Allah dan Rasul, maka dia sesat-sesesatnya.

7. Kita dtuntut utk mengikut kepimpinan yg diketuai oleh ulama2. Ulama adlh waris para Nabi. Taat Allah dan Rasul mengikut apa yg diajar oleh ulama2.

♥ Ssgguhnya Allah mengangkat darjat di kalangan kamu terutamanya mereka yg berilmu. Ssgguhnya ulama adlh org yg paling takutkan Allah.

8. Pemimpin2 akan blepas tgn apabila dituduh myebabkan org lain sesat. Sifat manusia akan cuba utk mheret org lain apabila mula dituduh melakukan kesalahan.

♥ Allah tlh mberikan akal kpd setiap manusia. Tiada lg keuzuran slps kita baligh. Kita tdk blh menyalahkan ibubapa dan masyarakat secara mutlak.

9. Mereka meminta Allah melaknat pemimpin ini berganda. Namun Allah akan melaknat kesemuanya baik pemimpin atau penyokong2 mereka.

♥Pemimpin tdk akan kuat tanpa penyokong. Setiap mereka mendapat gandaan azab masing2. Pemimpin ini akan dilaknat oleh pengikutnya di akhirat kelak bilamana kepimpinan itu kepimpinan yg zalim.

♥ Awal kepimpinan adlh kecelaan, pertengahannya penyesalan dan kehinaan di akhirat serta yg terakhir adlh azab Allah.

♥ Kita menjadi pemimpin utk memimpin rakyat mgenal Allah dan taat pdNya. Bkn sekadar utk memenuhi hawa nafsu. Kepimpinan sbenar adlh membawa keluar rakyat dr dunia ini dlm keadaan mengenal Allah.

10. Bertaqwalah kpd Allah dgn perkataan yg benar dan tepat. Baik atau tdk baik seseorg itu dilihat pd percakapannya. Allah akan mperbaiki amalan kita dan Allah akan ampunkan dosa2 kita. Sesiapa yg bnr2 mentaati Allah dan Rasul adlh mereka yg beroleh kejayaan sebenar yakni syurga. Nikmat yg kekal selama2nya.

♥♥ Riadus Solihin Jilid 2

Bab 251 Keutamaan mendoakan seseorg tnpa diketahui oleh dirinya.

1. Doa adlh suatu perkata yg disyariatkan. Doa org beriman kpd saudaranya yg hidup mahupun mati ia akan mberikan manfaaat. Doa adlh amalan org hidup yg sampai kpd org mati yg beriman. Utk org kafir, kita blh mdoakannya diberikan hidayah semasa hidupnya.

♥ Abu Darda suka mdoakan kpd saudaranya tanpa pengetahuan empunya bdn. Kdg2 dlm sujudnya, dia mampu mengingati 70 org shbtnya lalu mdoakan bg mereka.

2. Ahli keluarga adlh saudara yg paling akrab dgn kita. Maka tdk menjadi masalah utk kita mendoakan ahli keluarga tnpa pengetahuan mereka. Malaikat sentiasa berada di samping kita apabila kita berdoa. Maka beradablah apabila berdoa.

♥ Kita tdk ptt mpermainkan doa dan bermain2 ketika bdoa. Kita juga akan berolehi sesuatu yg sma spt apa yg kita doakan utk saudara kita tsebut. Ini adlh contoh menjalinkan ukhuwah dan kasih syg di antara org beriman.

♥♥ Fiqh Manhaj Jilid 8

Hikmah Kehakiman

1. Sifat manusia suka btelagah akibat slh fhm, pengaruh psekitaran dsb. Manusia perlu dibentuk dgn akhlak dan sistem tertentu contohnya sistem kehakiman. Ia menjadi org tengah dlm menyelesaikan dan mendamaikan pertelagahan ini.

2. Semua Nabi mengambil jawatan qadi ini yakni yg menjadi pemutus di antara mereka yg bertelagah. Kemudian ia diteruskan oleh ulama2 yg menjadi org tengah di antara pemerintah dan rakyat.

♥ Dlm Islam, tiada org yg kebal dr undang2 Islam. Khalifah juga berhak didakwa sptmana yg berlaku kpd Saidina Ali yg menuduh seorg yahudi mencuri baju perangnya. Siapa pun blh dituduh dan membela hak masing2. Kebenaran itu milik Allah dan tiada siapa pun yg perlu ragu2.

Wallahua'lam

No comments: