Thursday, September 25, 2014


 Kuliah Maghrib UMED
Kitab Dosa-dosa Besar 24.09.2014

Dosa 104 Tidak Menunaikan Zakat (sambungan..)

1. Kelebihan org yg mgeluarkan hrta pd jalan Allah smada zakat, sedekah @ apa saja belanja ke jalan Allah.

♥ Hadis Nabi saw "Hendaklah kamu mjaga dan memelihara hrta kamu dgn mgeluarkan zakat dan hendaklah kamu merawat org yg skait di kalangan kamu dgn mperbykkan sedekah".

2. Antara cara utk myembuhkan pyakit adlh mperbykkan sedekah. Sedekah yg paling afdal adlh sedekah yg mberi paling byk manfaatnya.

♥ Merawat penyakit adlh slh satu usaha yg Allah perintahkan. Allah yg menurunkan penyakit dan Allah jua yg menurunkan ubat, maka hendaklah kita berubat.

3. Kita akan guna pelbagai jenis rawatan selain dr doa. Kita akan bjumpa doktor, bomoh serta menggunakan nasihat dan pengalaman dr kwn sekeliling. Namun ada syarat yg perlu dipatuhi. Antaranya :
♥ Jgn gunakan kaedah yg haram
♥ Jgn menanam rasa putus asa pd Allah.

4. Penyakit adlh tanda kematian. Maka utk merawat penyakit maka perbykkanlah sedekah. Kita tdk mampu utk melakukan ibadat2 lain ketika sakit namun kita mampu utk bsedekah. Ia adlh ibadat paling afdal disaat kita sakit.

♥ Lihatlah bagaimana org2 yg dekat dgn kematian, mereka meminta dr Allah agar diberi peluang utk kita bsedekah segala hartanya.

♥ Hartalah yg mjadi punca kita lalai dr mengingatiNya. Ia mpengaruhi hbgn kita dgnNya dek kebimbangan kita akan soal rezeki. Maka penyakit mjadi sebahagian kafarah kpd dosa2 kita.

♥ Sabda Nabi saw dalam hadis lain "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya".

5. Hadis Nabi saw "Bsedialah mhadapi bala dgn doa". Kita hendaklah sentiasa menadah tgn memohon pdNya. Jgn tggu bala dtg barulah kita mula memanjangkan doa.

♥ Dlm hadis lain myebut "Hendaklah kamu mgenali Allah pd waktu kamu sihat, maka Allah tidak akan lupakan kamu waktu kamu sakit".

 》Maksudnya mperbykkan doa pd waktu kita sihat, lapang dan kaya, maka ia akan mjadikan doa lbh mustajab pd waktu kita sakit, miskin dan susah. Ini adlh antara adab dlm bdoa.

♥ Kita hnya perlu mharapkan Allah semata2 maka Allah tdk akan sia2kan kita. Rendahkan diri di hadapan Allah. Hanya Dia yg berhak myembuhkan serta memakbulkan doa2 kita.

♥ Namun jika kita mhrpkan manusia, maka Allah akan biarkan kita terus bharap dan bharap dgn manusia shgga dtg sikap putus asa.

6. Sekiranya kita sudah mgeluarkan zakat, maka harta itu sudah mpunyai kemuliaan disisiNya. Jika tdk, harta itu akan dilaknat olehNya.

♥ Sebaik2 harta itu adlh di tgn org soleh di mana ia akan mgeluarkan zakat dan harta itu akan mjadi harta yg baik.

♥ Berusahalah utk mgeluarkan zakat mengikut masanya kerana ada hak org lain di dlm harta kita. Kita juga pasti memarahi jika seseorg lambat menunaikan hak kita. Begitu juga perasaan org2 yg berhak ke atas zakat itu. Jgn mzalimi org yg bnr2 memerlukannya.

7. Baik sedekah atau zakat, ia tdk akan mgurangkan harta kita sedikitpun. Nabi saw menjamin bhwa Allah akan menggandakan hartanya dan siapa yg lbh bnr jaminannya drpd Nabi saw. Allah yg memiliki segala kekayaan ini.

♥ Yg penting kita perlu buat kerana Allah, bkn utk mengungkit dan mharapkan pujian org. Bsedekah dlm keadaan tsembunyi seolah2 tgn kiri tdk dpt mengetahuinya.

8. Jgn lihat kekayaan dr sudut diri kita shj. Lihat apa yg berlaku pd anak2 kita dan zuriat kita. Murahnya rezeki mereka, perniagaan berjaya, mudah mdpt kerja dsb. Lihat pula mereka yg kedekut. Anak2 hidup terhimpit, muflis dlm bniaga, gagal mdptkn kerja dsb.

♥ Contohnya kisah Khalifah Hisyam bin Malik myimpan harta utk 7 keturunannya namun akhir sekali anak2nya menjadi pengemis di pintu2 masjid.

♥ Manakala Umar Abd Aziz meninggalkan agama utk 15 org anak2nya tnpa sebarang harta. Allah akan mencukupkan keperluan anak2nya jika anak2nya soleh. Akhirnya anak2nya menjadi org yg kaya raya.

9. Perbykkan lah sedekah jika kita inginkan keturunan kita kaya. Dan bsedialah dgn keturunan yg papa kedana jika kita bsifat kedekut. Kemuliaan kita pd hari ini akan menjadikan ia suatu kemuliaan kpd zuriat dan keturunan kita kelak.

♥ Begitu juga dlm usaha meninggalkan zuriat2 yg soleh. Jika kita dr awal menghormati ulama, menuntut ilmu dgn ulama maka akan ada di kalangan zuriat kita yg akan mjadi ulama.

10. Perbuatan menyimpan harta itu tdk tercela. Firman Allah "Tiada siapa yg mgetahui apa yg berlaku pd hari esok".

Maka kita bertanya adakah boleh kita myimpan harta utk masa akan dtg?? Jumhur ulama bpendapat ia dibenarkan dgn syarat :
◆ Kita tdk dilalaikan dgn sifat mgumpul harta
◆ Kita telah menunaikan hak harta iaitu bsedekah dan mengeluarkan zakat

》Jika ia tdk berkaitan dgn sifat di atas, maka tiada masalah dlm mengumpul harta tsebut.

》Para shbt mbina kekayaan mereka semula selepas bhijrah ke Madinah. Asalnya mereka seorg yg kaya di Mekah. Contohnya spt Saad bin Abi Waqas, Uthman bin Affan, Mus'ab bin Umair dan Suhail Al-Rumi. Mereka mengumpul kekayaan utk 'membeli' akhirat.

11. Jgn beranggapan sedekah dan zakat ini syariat yg membebankan kita. Allah yg mewajibkan zakat pd kita sdgkn Allah tdk mpunyai apa2 kepentingan dlm harta kita. Walhal manfaatnya akan kembali kpd kita kelak dlm bentuk ganjaran pahala dan syurga.

♥ Jgn menganggap hal2 agama ini suatu bebanan. Jika kita menganggap ia suatu bebanan bererti kita mpertikaikan Allah yg memerintahkan syariat ini. Allah tdk akan bebankan kita melainkan ia mpunyai manfaat dan maslahat kpd kita.

♥ Zakat jauh berbeza dgn income tax. Ia suatu undang2 utk menekan gol tertentu serta ia mpunyai kepentingan kpd org tertentu walhal ia amat mbebankan rakyat. Kita pula tdk akan beroleh apa2 pulangan drnya.

Wallahua'lam


 

No comments: