Sunday, September 7, 2014


 Kuliah Subuh Ust Haryanto Rizal
Masjid Jamek BBu

Tafsir Quran Surah Al Hujurat ayat 6
Surah Al-Hujraat, Verse 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Sebab Sebab Turun Ayat:
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Al Harith Bin Abi Dirar Al Khaza'iy RA memohon kepada Rasulullah SAW agar dia ditugaskan untuk mengumpul zakat dari kaumnya Bani Mushtalaq.

 Kemudian dia juga memohon kepada Rasul SAW agar baginda mengirim seorang utusan kepadanya untuk mengambil zakat yang sudah dikumpulnya itu untuk selanjutnya diserahkan kepada baginda Rasul SAW.

Rasulullah SAW menyetujui permohonan tersebut lalu kemudiannya mengirim Al Walid Bin 'Uqbah supaya menemui Al Haris untuk mengambil zakat yang terkumpul dan selanjutnya menyerahkannya kepada Rasulullah SAW. Begitu terdengar oleh Al Harits berita tentang kedatangan utusan Rasul SAW itu maka kerana sangat gembiranya maka diajaknyalah kaumnya keluar beramai ramai untuk mengalu alukan kedatangan Al Walid Bin 'Uqbah.

Ketika Al Walid melihat kaum Al Harith (Bani Mushtalaq) begitu ramai menunggunya maka syaitanpun memainkan peranannya iaitu dengan memasukkan perasaan buruk sangka pada jiwa Al Walid kononnya kaum tersebut akan membunuhnya. Lalu Al Walid segera berpatah balik. Diceritakannya kepada Rasulullah bahawa Al Harish enggan menyerahkan zakat kepadanya, malahan kaumnya bermaksud ingin membunuhnya.

Mendengar berita tersebut Rasul SAW dan kaum muslimin lainnya sangat marah kapada Al Harith dan kaumnya. Dan dalam kisah yang lain pula diriwayatkan bahawa Rasul SAW mengirim Khalid Bin Al Walid untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya.
Khalid mendapati kisah yang sebenarnya tidaklah sebagaimana yang diceritakan oleh Al Walid Bin 'Uqbah. Lalu turunlah ayat di atas.

keterangan .;
Pendapat Ulamak  - Sahabat Al Walid Ukbah RA ialah utusan Nabi saw . mustahil ia seorang Fasiq .lebih2 lagi ia pilihan Nabi saw

Persoalan ..
kepada siapa ayat ni ditujukan ??
1- Al Walid Ukbah RA
2- Nabi saw

   ----
utusan kedua dihantar untuk menyiasat kedudukan sebenar dan memungut zakat. ayat ini sebagai peringatan kepada kaum mukminin agar tidak menerima keterangan dari sebelah pehak sahaja. maka itu Nabi menghantar utusan kedua.

  ----
Rombongan kedua bertembung dengan al-Harith di pertengahan jalan. Ketika itu al-Harith  dalam perjalanan nak jumpa Rasulullah sebab beliau sangka Rasulullah  tak hantar utusan untuk kutip zakat yang dia beliau sudah pungut adalah tanda murkanya pada mereka (al Harith)..

 Ditujukan Umum..
- Bagaimana cara kita menerima sesuatu berita? .. melihat dari berita itu (yg baik kebiasaan kita terima. dan seblik nya tidak baik mmg kita menafikan@mempertikaian)atau siapa yang sampaikan berita itu? ..
cara kita meneliti sifat2 org itu?
a) dari segi luaran . (perilaku,penampilan)
b) dari segi dalaman .

Kesimpulannya:
Berhati2 apabila menyampaian sesuatu berita ... jadilah org yg terakhir menerima berita ... supaya terhindar dari sesuatu yg tidak sempurna ..

No comments: