Friday, September 5, 2014


 Kuliah UMED Kitab Syarah Hikam

♥♥Hikmah ke 152
Sheikh Ibnu Ata'illah As Saqandary:

 نور مستودع في القلوب مدده من النور الوارد من خزائن الغيوب.
Ertinya : Cahaya Allah Taala itu tempat simpanannya dalam hati...sumber cahaya Allah itu adalah dari khazanah Allah..

"Nak beritahu bahawa cahaya yang ada pada orang2 yang bertaqwa..Cahaya yang ada pada orang2 yang beriman..
..keyakinan yang kita perolehi hari ini....dan juga KEMANISAN ibadat yang kita perolehi hari ini -》Ianya bersumber daripada khazanah Allah..dan Allah Taala boleh mengambilnya kembali mengikut kehendakNya..

Dan kenapa disebut begitu ??
-》SUPAYA KITA TAHU...INI IALAH KURNIAAN ALLAH TERBESAR PADA HIDUP KITA...

Bila kita lihat sumbernya mulia bererti benda tu kita kena muliakan...Sesuatu yang ada dalam hati kita dari sudut :

★Kemanisan iman
★Kelazatan beribadat
★Khusyuk dalam taat
★Resah dalam melakukan dosa

ITU SEMUA ADALAH CAHAYA ALLAH..yang Allah simpan dalam hati kita..
♥Selagimana ada benda tu, kita akan SELAMAT dunia & akhirat..
♥Selagimana ada benda tu, kita dalam PETUNJUK & HIDAYAHNya..
♥Dan termasuk perasaan takut,perasaan cinta,perasaan harap.. ~ Ini daripada KHAZANAH ALLAH..

Sedangkan orang2 yang lalai...
DIA TIDAK ADA BENDA NI SEMUA..
■Dia cuma mengharapkan dunia..dan kebimbangannya hanya pada dunia..
■Dia bukan bimbang pada AZAB ALLAH..KEMURKAAN ALLAH..
■Kecintaannya hanya pada angan2 dunianya..bukan pada syurganya....bukan pada pahalanya..bukan pada mendampingi orang2 soleh,para nabi dan sebagainya..

K E R A N A   A P A ??
-》 Dalam hatinya tidak punyai CAHAYA itu..
Bila hatinya tidak ada cahaya itu yang merupakan kurniaan Allah yang mulia,..kita tak akan dengar daripada dia : Cita2 nak masuk syurga..Kita tak akan dengar dari mulutnya : Cita2 dia nak dapat pahala..

Dia cuma bercakap : "Cita2 saya nak UNTUNG BESAR..Cita2 saya nak kaya..Cita2 saya nak round DUNIA..Cita2 sy nk beli kereta mewah..Cita2 sy nk beli rumah besar"
Dia bukan cerita nak masuk syurga..nak round dunia je!!

-》tapi alam barzakh tak termasuk sekali dia nak ROUND!!
K E R A N A   A P A ???
= Itulah cita2 dunia..

Allah SWT menyebut dalam surah
An Najm ayat 30 :
ذَٰلِكَ مَبْلَغُهُم مِّنَ الْعِلْمِ .
ٰ
"(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dr pengetahuan yg dicapai oleh mereka"

-》Bererti ilmunya terhenti dan cukup sekadar ilmu dunia..
Orang yang tdk cintakan akhirat, ilmunya noktah kat situ..
Cuba kita bercakap dengan ahli dunia, mana sudah ilmunya???
= C U M A   D I   D U N I A !!
~  S E M P I T !!

Dia cuma cerita anak2, harta, pangkat, kereta, rumah, hiburan, sukan..
kemudian dia menunggu MATI..

♥♥Sedangkan ilmu orang yang beriman kerana sumbernya daripada Allah..IA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DENGAN ALLAH.!!

♥♥Kerinduannya..Kecintaannya..Bahkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal abadi..

Demikian..
Ilmu yang Allah campak dalam hati kita..
Oleh kerana sumbernya daripada Allah maka demikianlah kesudahannya.."

~ والله أعلم بالصواب ~

No comments: