Sunday, September 7, 2014


 Kuliah Subuh UMED
Kitab Fathur Rabbani 07.09.2014

★★ Sabda Nabi S.A.W , Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”(sanad dho'if)

1. Umur 40 tahun adalah umur matang manusia yg menjadi ukuran kpd manusia dlm memenuhi kehendak manusia ataupun kemahuan Allah.

2. Umur yg sepatutnya manusia sudah tidak lagi cenderung kpd dunia.
Lalu apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

♥ Meneguhkan tujuan hidup
♥ Meningkatkan daya spiritual
♥ Menjadikan uban sebagai peringatan
♥ Memperbanyak bersyukur
♥ Menjaga makan dan tidur
♥ Menjaga istiqamah dalam ibadah.

3. Usia yg menjadi pilihan Allah sblm melantik para Nabi dan Rasul kecuali Nabi Isa a.s yg di lantik pd usia 30 tahun. Begitu juga banyak hadis2 yg di gunakan dgn angka 40 umpama Allah tidak terima amalan hambanya selama 40 hari kpd seseiapa yg mendatangi bomoh.

4. Menjadi kemuliaan kpd seseorang apabila memiliki masa sendiri iaitu bebas dr kongkongan manusia lain kerana -》
★ manusia menjadi hina apabila di kuasai manusia dan lebih hina apabila masa kita utk bersama Allah juga di rampas.

♥ Sebagai contoh seseorang yg bekerja di bawah majikan yg menghalang untuk keluar solat Jumaat atau Hari Raya dan sebagainya.

5. Manusia juga di uji oleh Allah dgn kesakitan dan kesusahan oleh Allah supaya manusia mengenali Allah dan memohon pertolongan kpd Allah.

♥ Sifat manusia yg sentiasa terhijab dr melihat kebesaran dan kekayaan  Allah kerana sentiasa bersandar kpd manusia.

♥ Cepat mengadu kpd manusia berbanding mengadu kpd Allah. Ini adlh kesan dosa dlm diri kita apabila kita melihat manusia itu dekat dan melihat Allah itu jauh. Walhal kita akan kembali kpdNya kelak.

♥ Kita lebih cepat mengenali manusia walaupun dgn jenama pakaian yg di pakai daripada mengenali Allah yg maha kaya dan pemilik Alam semesta.

6. Tidak salah seseorang mengaku wali tetapi sebagai muhasabah untuk menambahkan amal ibadat kpd Allah.

♥ Sebagai muhasabah, cuba lihat diri kita, adakah kita mampu hidup sendirian, jika tidak mampu maknanya kita masih jauh menuju kewalian kerana sifat wali yg tidak bergantung kpd manusia dan masa2 hanya di manfaatkan untuk kerkhalwat dgn Allah.

7. Sifat2 Wali :
♥ mengcukupkan diri dgn hanya        Allah sahaja
♥ bersifat Qana'ah yakni memadai dgn Allah semata.
♥ kembali kpd Allah dlm segala sesuatu.

8. Sifat manusia pula mudah berasa qanaah (cukup) utk soal akhirat seolah2 kita sudah beramal secukupnya utk mendapat syurgaNya...

Even Nabi SAW sudah dijamin syurga namun baginda ttp beristighfar 100 @ 70x setiap hari...

Tapi dlm soal dunia, manusia tidak pernah berasa qanaah..
★ sentiasa berlumba2 mengumpul kekayaan shingga m'abaikan soal akhirat..
★ dan menghabiskan masa dgn hiburan shingga merasakan waktu itu cukup singkat

9. Maka sentiasalah berasa cukup dgn apa yg ada di tgn & sentiasa bersyukur di atas nikmatNya. Ia adalah buah keikhlasan pdNya dan sentiasa bersabar bila di uji.

Sekian,wallahu'aklam.

No comments: