Wednesday, September 3, 2014


 Kuliah Maghrib UMED Kitab Nasihat utk Org yg Terlanjur Melakukan Dosa 01.09.2014

Sebab2 yg dpt menambahkan kecintaan kpd Rasulullah saw (smbgn..)

1. Ini adlh kaedah utk mperkasakan kecintaan kpd Nabi saw. Ia adlh suatu matlamat jangka panjang selain mjaga nilai maruah diri serta mencapai keuntungan kita di dunia akhirat. Kita perlu sentiasa mjadikan Allah dan Rasul sbg keutamaan.

2. Jika kita mbelakangkan Allah dan Rasul ketika setiap kptsn dlm kehidupan kita, maka kita akan lihat kebinasaan dan kerosakan dlm kehidupan kita. Kita akan lihat satu persatu Allah akan mhina kita dgn pelbagai musibah @ ujian melainkan kita cepat2 bertaubat kpdNya.

3. Rasulullah saw adlh anugerah teragung utk umat akhir zaman. Semua amalan sunnah Nabi saw dipelihara. Allah mgangkat kemuliaan pd umat akhir zaman ini kerana kita mgekalkan suatu momentum iaitu kita myuruh perkara baik, mcegah perkara mungkar dan mpertahankan keimanan kpdNya.

4. Kita akan mjadi umat pertama yg dihisab, yg pertama masuk syurga, diberi umur pendek tetapi dberi pahala berganda. Kita bkn dinilai pd umur. Jika umur mjadi ukuran, maka Nabi saw lbh layak utk mdpt umur yg panjang. Kita dpt kelebihan pahala bganda spt dgn adanya lailatul qadar, puasa enam dsb.

5. Allah memandang umat Muhammad dgn rahmat. Dgn rahmatNya, kita mdpt keampunan drNya. Mjadi rukun khutbah utk mdoakan keampunan seluruh umat. Ini cara kita mbina hbgn dgn org yg sudah mati selain mberi salam dan mhadiahkan dgn bacaan quran. Lalu org beriman yg sudah mati akan diangkat darjat dgn doa org2 yg soleh.

6. Kita melihat dosa seseorg bagaimana kita melihat dosa kita. Jauh sekali utk bcita2 melihat mereka masuk ke neraka. Kita pasti akan bdoa agar dosa mereka diampunkan. Doa terakhir kita buat mereka apabila solat jenazah walaupun ia mati dlm keadaan dosa dan maksiat. Bdoa dgn penuh pengharapan rahmatNya dan keampunan buatnya, jauhi dr fitnah qubur dan masukkannya ke dlm syurga.

7. Agama mendidik kita membenci dgn adanya batasan dan sempadan. Urusan azab dan keampunan adlh urusanNya. Allah mgajar kita bdoa spya diampunkan dosa2 kita dan dosa saudara2 kita yg sudah mati.

8. Nabi saw diutuskan utk mengangkat darjat umatnya. Semua Nabi ada doa mustajab yg tsendiri namun Nabi saw myimpan doa mustajabnya utk umatnya di akhir kelak. Doa mustajab disini bmaksud doa yg myeluruh utk umatnya. Inilah tanda kecintaan Nabi saw kpd umat baginda.

9. Nabi saw paling panjang dukacitanya kerana memikirkan umat akan dtg. Nabi saw bdoa agar saudara baginda dirahmati. Saudara baginda disini bmaksud yakni org yg tdk pnh bjumpa dgnku namun beriman kpd ku. Nabi saw mengulanginya sebanyak 7 kali dgn perkataan "Bertuahnya mereka".

10. Bacalah buku ttg sirah dan kehidupan Nabi saw. Baginda adlh role model yg terbaik di dunia ini. Org yg hebat buat sesuatu yg biasa yakni yg boleh diikuti, bknnya sesuatu yg luar biasa yakni yg sukar utk dicontohi. Contohnya Nabi saw tdk pnh mhina@mcela makanan. Ambil masa utk mbaca buku ttg akhlak Nabi saw utk kita praktikkan dlm kehidupan kita.

11. Kita byk menghabiskan masa dgn menonton tv, mbaca novel2 dan majalah2 serta bermain internet berbanding membaca kisah2 Nabi saw dan para sahabat. Kita dpt melihat dan membandingkan kehidupan kita skrg dgn kehidupan zaman Nabi saw. Betapa jauhnya kehidupan kita yg kononnya mengatakan kecintaan pd Allah dan Rasul.

12. Nabi saw bsabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari da Muslim

13. Peniaga yg amanah dihimpunkan bsama para syuhada dan para Nabi kerana mereka benar dan amanah yakni mgikuti sunnah baginda. Even mereka sibuk namun mereka ini tdk dilalaikan dgn dunia. Ia mjadikan ibadat mereka lbh sempurna. Hadir solat jemaah dan menuntut ilmu adlh sunnah baginda saw.

14. Pelajari sunnah Nabi saw utk kita contohi dan praktikkan dlm kehidupan.

Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda,
“Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka.

Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosadan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.”

Ia diperolehi melalui belajar selain bertanya kpd org yg alim.

15. Mgajar kecintaan anak2 kpd artis melebihi Nabi saw adlh salah satu kejahilan ibubapa dan kesalahan dlm mdidik anak2. Kita mdakwa kita mcintai Rasulullah namun sbnrnya tidak. Ilmu yg tdk diamalkan, maka ia akan menambahkan kesombongan namun bila ia diamalkan, maka ia akan bertambah tawaduk. Di sini kita dpt melihat benar @ tidak kita mcintai Nabi saw.

16. Rasis bererti kita mcintai kaum secara melampau2. Cinta kpd org Islam tiada batasan even mereka dr bangsa yg berbeza2 yakni slps mereka memeluk Islam. Begitu juga apabila Mekah tdk boleh dimasuki oleh org kafir. Mereka blh masuk Mekah dgn syarat mgucap dua kalimah syahadah. Halangan itu sbnrnya ada dlm diri mereka sendiri. Islam tdk pernah mhina saudara sesama Islam.

17. Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Asobiyyah”

Dalam hadis yang lain, seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW;

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ

Maksudnya;
”Wahai Rasulullah SAW, apakah Asobiyyah itu?? bersabda Nabi : bahawa kamu membantu saudara kamu atas melakukan kezaliman”

Wallahua'lam

No comments: