Wednesday, September 3, 2014


 KEBINASAAN DALAM PERKAHWINAN

1. Imam Ghazali berkata “Kebinasaan dalam perkahwinan itu sering berlaku. Tiada yang dapat menyelamatkan diri daripadanya melainkan

a) suami itu seorang yang berilmu dan mendalami hukum-hukum agama

b) memiliki akal yang sihat dan sempurna

c) mata hatinya celik sehingga dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah

d) tahu menjaga adab dengan isterinya serta bersabar dengan kejahatan lidah isterinya

e) tidak mengikut kehendak isterinya melainkan yang dibenarkan oleh syariat

f) tidak menutup mata terhadap kesalahan isterinya dan menggunakan akal bagi mendidik kesilapan isterinya.”

2. Abi Sulaiman as-Darani r.h.m. berkata, “Isteri, anak-anak dan harta yang melalaikanmu daripada mengingati Allah hanya akan merugikan dirimu.”

-》Firman Allah yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan dilalaikan oleh (urusan) harta dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukannya, mereka adalah orang-orang yang rugi.”
Surah Al-Munafiqun : 9

3. Antara kebinasaan dalam perkahwinan juga ialah

a) apabila ahli keluarganya lebih dibimbangi daripada Allah yakni tidak bimbang akan soal akhiratnya

b) tidak beribadat kepada Allah

c) menginginkan dunia dan mahu
menguasainya, mengumpulkan, mperbanyakkan dan mempertaruhkannya serta mpunyai sifat kedekut. Ini adalah kecelakaan paling besar bagi seorang manusia.

d) terlalu melayani kehendak ahli keluarganya dengan keseronokan yang melalaikan sehingga merosakkan ahli keluarganya itu. Seharusnya, kehendak-kehendak itu dipenuhi dengan cara yang sederhana.

e) mbiarkan @ tdk menegur jika ada diantara ahli keluarganya yang melakukan kemungkaran atau perkara-perkara yang menyalahi syariat. Jangan sekali-kali membantu dan menggalakkan perbuatan yang menyalahi agama.

-》Allah berfirman, “……dan hendakah kamu bantu membantu membuat kebajikan dan bertaqwa, dan jangan kamu bantu membantu melakukan dosa dan pencerobohan…..”.
Surah Al-Maidah : 2

4. Sungguh besar dosa seorang lelaki yang menurut sahaja kehendak isterinya melakukan perkara yang menyalahi syariat.

-》Hasan al-Basri r.h.m. berkata, “Demi Allah! Allah akan memasukkan seorang lelaki yang mengikut isterinya melakukan maksiat ke dalam neraka.”

-》Sabda Rasulullah saw
“Kaum yang dikuasai oleh wanita tidak akan mendapat kemenangan.”

-》Sabda Rasulullah saw
“Binasalah seorang suami yang menjadi hamba isterinya.”

-》Rasulullah saw bersabda lagi “Apabila seorang suami mengikut isterinya melakukan maksiat, ia bermakna suami itu sudah menjadi hamba isterinya. Sesungguhnya Allah menjadikan seorang isteri sebagai milik suami dan mesti mentaati perintah suaminya. Suami yang mengikut isteri seperti seorang hamba yang menjadi ketua dan seorang ketua yang menjadi hamba. Ini hanya akan membinasakan dan merugikan dirinya.”

-》Saidina Umar r.a berkata
“Jangan kamu turuti hawa nafsu wanita yang menyalahi syariat. Ada barokah yang akan diturunkan oleh Allah jika kamu menghalang mereka.”

5. Di sinilah letaknya keutamaan utk seseorg itu BERILMU. Dgn ilmu ia mampu mjauhkan kita dari fitnah dunia termasuk fitnah isteri dan anak2, harta, pangkat dsb. Jgn jadikan semua ini sbg alasan utk kita jauh dr majlis2 ilmu, kelak ia akan membinasakan diri sendiri.

Wallahua'lam

No comments: