Sunday, September 14, 2014


♥♥ Nota2 Kuliah Tokku PG-UMED
( Kitab Dosa Besar : Benci Bertemu Allah)

"Bertemu dengan Allah bermaksud
-》Kamu akan diberi..atau dengan bahasa mudah, dibayar di atas KEBAIKAN yang kamu buat..

Walaupun Allah Taala tak berhak bayar pada kita..kerana nikmat semua Allah sediakan..tapi Allah bayar dengan rahmatNya..

Bukan Allah Taala bayar tu kerana tanggungjawab Dia kena bayar..sebagaimana majikan kena bayar pada pekerja..

Kerana apa yang kita buat, bukanlah beri faedah kepada Allah, tapi faedahnya kembali pada diri kita..!

Tetapi kerana Allah Taala itu Pemurah, maka Allah Taala menjadikan hari pertemuan denganNya :
Untuk diberi segala balasan..
..segala janji....segala kemuliaan....segala darjat....segala kesenangan..

♥ TIBA2 ADA ORANG TAK NAK JUMPA..!!
Kenapa dia tak nak jumpa Allah..???
SEBAB DIA TIDAK ADA SESUATU DI SISI ALLAH, UNTUK DITAGIH JANJINYA..

Disebabkan : KEJAHILANNYA..KEBODOHANNYA..
MUNAFIKNYA..!!!!

Walhal..kalau dia benar2 beriman,sekalipun dia tidak ada amalan, dia ada masih mengharapkan sesuatu kalau bertemu dengan Alah(iaitu) :

♥ K   E   A   M   P   U   N   A   N
♥ R   A   H   M   A   T
Kalau dia ada IMAN..!!

Tapi jenis MUNAFIK, memang tak pernah cerita Allah..maka apa nak dia HARAPKAN..???

Walhal kalau kita cakap dengan dia : "Kalau awak bertemu dengan Allah, awak masih ada peluang keampunan Allah, kalau benar2 awak ada islam..& ada iman.."
Tapi orang ni taaaak..
Dia tak percaya apapun..HATTA KEAMPUNAN..
..dia tak harapkan..    
~ Dia tak pernah HARAPKAN..

Bagi dia..apa yang di sini,di sini..
Apa yang sudah di sini : Sudah..
Mereka mengulangi apa yang Allah Taala firman :
"Yang memusnahkan kami hanya masa.."

♥ Ya..masa kami dah tamat..tamat..
Dengan bahasa mudah hari ini : TAMAT RIWAYAT HIDUP.

Sejak bila kita TAMAT RIWAYAT HIDUP..???"

Wallahua'lam

No comments: