Friday, September 12, 2014




Pɛtɨҡaռ ռaՏiɦat & ҡʊքaՏaռ ɦiҡʍaɦ Kuliah UMED


"Kelebihan berilmu itu TINGGI sangat..
..mengatasi kelebihan orang ibadat..
..dan orang ibadat hanya untuk dirinya..sebab kata ulama :
♥ Ilmu itu tinggi kerana ia sifat nabi..berbanding ibadat..

Ia sifat keutamaan para nabi dan para rasul..
..dan kerana ilmu boleh diwarisi,tidak ibadat..
Ibadat kita tak boleh wariskan..
Tuan2 nak waris ibadat macamana???

      ~ Ia tidak boleh diwariskan ~

Tapi ilmu..
..bila beri ilmu lah anak kita boleh beribadat!!
Kalau saya solat tasbih katakan..macamana saya nak wariskan benda tu pada anak saya..?
Kalau anak saya setakat tengok, barangkali dia buat benda yang salah..
Saya kena beritahu dia..solat tasbih begini..
(Maka)..saya sedang pindahkan ilmu..
..begini-begini..akhirnya dia tahu solat tasbih..

~ Ilmu itu dipindahkan..

Walau mungkin dia tak buat hari ni..mungkin esok atau lusa dia akan buat..

♥  M A K A  I T U L A H  I L M U . .

DISIMPAN TIDAK AKAN MEMBERI MUDHARAT..berbanding harta..

Ya.. kalau ada orang tu belajar..kemudian dia tak nak amal lagi IA TAK AKAN MEMBERI MUDHARAT..

Dari sudut apa??

♥ Ilmu itu masih kekal bersamanya..
Kerana nanti bila terbuka hatinya nak beramal,maka ilmu ni D A T A N G . .

Maka dia kembali boleh beramal dengan ilmunya..dan ini di antara kelebihan2  U M U M ..orang2 yang berilmu.."


                                                 ~ والله أعلم بالصواب ~

: Ustaz Mat Esa Deraman @ #Kuliah_Subuh 03 Zulqa'idah 1435

No comments: