Thursday, September 25, 2014


 Kuliah Subuh UMED Kitab Di Balik Tabir Kematian 26.09.2014

♥♥ Jgn tenggelam dlm angan2

1. Antara kehebatan dan kemuliaan org zaman salafus soleh kerana kematian mjadi bual bicara dan nasihat menasihati antara satu sama lain.

♥ Berbeza dgn umat akhir zmn, kematian bknlah sesuatu yg menjadi pbualan harian. Ia tdk bleluasa melainkan bercerita dan berangan2 utk mbina kehidupan kerana mereka tlalu redha dgn kehidupan dunia. Maksudnya tiada yg lain bg mereka melainkan dunia semata2.

♥ Sifat manusia cukup redha kehidupannya di dunia. Ilmunya thenti disitu. Benarlah firman Allah "Kehidupan mereka hnya inginkan dunia. Demikian adlh kesudahan ilmu mereka".

2. Para salafus soleh melazimi bicara ttg kematian termasuk antara rakyat dgn pemerintah. Namun pemerintah skrg skadar bcerita ttg ekonomi, cukai dan bagaimana utk survive seharian.

♥ Sebab itu kita dpt melihat kejahilan rakyat ditambah pula dgn sifat kita yg mmg jenis hidup dilalaikan dgn dunia.

3. Umar Abd Aziz menasihati rakyatnya jgn berangan2. Kerana kita bakal menghadapi kematian bila2 masa shj di saat kita sdg bgembira.

♥ Gembira sebenar apabila kita terlepas dr azab Allah. Kita mmg dan selalu merancang kegembiraan di dunia namun setakat mana kegembiraan itu dpt bertahan?? Kelak kita akan mati dan meninggalkan segala2nya.

♥ Kita perlu bsiap sedia dr skrg utk mcapai kgembiraan di akhirat kelak. Kita tahu akan azab dan neraka Allah, huru hara kiamat dan segala bentuk hisab di hadapan Allah kelak. Bagaimana psediaan kita utk mhadapi semua ni??

4. Kita perlu segera kembali kpd Allah. Hati yg keras adlh hati yg paling jauh dr Allah. Agama mbuka ruang utk kita saling menasihati spya hati itu dpt dilembutkan. Asasnya org beriman akan berasa malu apabila kita bcakap sesuatu yg kita tdk lakukan.

♥ Kenangkan kembali org yg pnh hidup dan kemudiannya mati. Ini adlh cara paling mudah utk mengingati kematian. Giliran kita juga pasti akan sampai. Takkan kita juga ingin tmasuk dlm kalangan org yg rugi spt org terdahulu. Bdoalah agar Allah mberi kita ilham dan kekuatan utk buat kebaikan.

5. Kita tiada pilihan ketiga di sana smada syurga @ neraka. Kita perlu memilihnya smada nikmat @ azab. Kita perlu mhadirkan rasa takut akan azab dan ancaman neraka @ membayangkan keindahan dan kenikmatan di syurga utk membina kekuatan dlm beribadat.

♥ Ibadat mmerlukan kpd kefahaman. Jika kita fhm maka semua gerak kerja kita mjd ibadat. Tidak bererti kita berterusan sujud dan buang dunia dlm kehidupan semata2 menunggu kematian. Lihat kisah para sahabat yg menjalani kehidupan yg fhm agama. Hidup utk mencari redha Allah serta tunduk patuh pd perintah dan laranganNya.

6. Dunia adlh mimpi manakala akhirat itu apabila kita terjaga. Barulah kita sedar ini adlh sbnrnya kehidupan. Antara mimpi dan terjaga adanya kematian.

♥ Namun masalahnya skrg, kita sekadar bmimpi dgn segala keindahan namun apabila kita tsedar kita berada dlm azab neraka. Kehidupan di dunia akan mbentuk kehidupan kita di akhirat. Maka binalah kehidupan di dunia dgn ketaatan dan mburu keredhaanNya.

7. Dunia ini bsifat sementara. Dunia makin lama makin hilang kgembiraannya. Kita telah merasainya setelah makin lama hidup di dunia.

♥ Keseronokannya akan hilang satu per satu. Makin berasa bosan dan susah hati apabila kita melihat satu per satu hilang dan pergi meninggalkan kita. Dan akhirnya kita turut meninggalkan dunia ini tnpa kita sedari.

8. Jgn seseorg itu bcita2 utk mati smada seseorg itu bputus asa dgn kehidupan kerana ditimpa musibah atau org yg berasa bosan dlm kehidupannya.
♥ Bencana mula merangkak dlm diri kita. Dulu sihat dan kuat, skrg kita semakin lemah dan sering ditimpa penyakit. Begitulah juga perumpamaan dunia. Dulunya rasa nikmat, akhir sekali kita berasa bosan. Namun kita ttp mperjudikan kehidupan dgn mengikuti org2 yg lalai dan lagho.

9. Waktu pling baik utk mengingati kematian adlh sblm kita tidur, sewaktu bsendirian, mziarahi qubur dsb. Qubur bkn tempat utk kita mengimbau nostalgia lama tetapi tempat utk kita muhasabah ttg nasib kita kelak.

♥ Kita perlu mengambil manfaat drpd si mati yakni mengingati akhirat, kematian dan mbuat persiapan utk mhadapi kematian.

10. Qubur menjadi transit pertama sblm menuju ke akhirat. Jika kita bahagia di alam barzakh bererti kita selamat di akhirat. Namun jika kita celaka di alam barzakh maka celakalah kita di akhirat.
》Inilah hakikat kehidupan seorg manusia melainkan ditemani oleh amal soleh di alam barzakh.

11. Sifat manusia jenis takut mati apabila kita mula ditimpa dgn penyakit. Ramai yg mula menjadi doktor tnpa tauliah yg sentiasa memasang angan2 utk kita terus hidup.

♥ Mereka mula menjual pelbagai produk kesihatan even tidak mpunyai latar belakang bidang perubatan. Kita mula mkn ubat sblm mkn sebagai perlindungan. Sampai begitu sekali kita ditakutkan dgn kematian.

12. Niatlah panjang umur utk membuat ketaatan dan tdk lalai dr mengingatiNya. Ramai mana yg tdk didahului dgn penyakit juga mati contohnya bayi yg baru lahir, atlet sukan yg sering menjaga stamina dan kesihatan tubuh dsb.

13. Kita tdk pnh terfikir kita akan mhadapi kematian setiap kali kita keluar menjalani kehidupan spt nahas MH17. Mereka menaiki pesawat dlm keadaan sihat dan niat ingin pulang ke tanahair bjumpa ahli keluarga. Namun Allah tlh mtakdirkan kematian dtg mjemput mereka di saat mereka berada di langit.

14. Kematian itu tdk mampu ditangguhkan @ diberi tempoh bg mereka yg lalai. Namun kematian menjadi sesuatu yg ditunggu2 oleh org soleh. Kita blh mbuat pilihan samada utk mati dlm keadaan sombong @ taat pdNya.

♥ Firman Allah  "Allah itu amat pengampun kpd manusia walaupun manusia itu zalim". Selagimana Allah tdk mengambil nyawa kita, selagi itulah Allah mberi tempoh dan pengampunan.

♥ Namun slps kita dijemput kematian maka Allah itu amat keras seksaanNya jika kita tdk sempat bertaubat.

Wallahua'lam

No comments: