Thursday, September 25, 2014


 SHORTNOTE KULIAH TOKKU PG-UMED
11.11.2013

♥♥ "Ingat tuan2....orang yg paling baik ialah bila dia buat 1 kesalahan ataupun dosa, bila dia mengingatinya..dia terasa kepahitan dosa tadi..(menyesal)..

》Maka dgn sebab dia rasa begitu..Allah SWT akan cukupkan(tahan) dia daripada akibat balasan(bala) daripada perbuatan dosa dia itu..

》Namun kalau dia tak rasa pun dosa@silap dia itu,maka Allah akan turunkan hukuman yg akan menjadikan dia melalui keperitan hidup..

♥ Kita ada 2 pilihan..

Tuan2 nak rasa dosa itu sendiri dgn muhasabah..
Atau tuan2 nak rasa pahitnya hukuman(bala) Allah atas dosa tersebut..
~ NAK MANA SATU ??

◆ Seorang katakan dia berzina atau tak sembahyang..maka dia kenang balik

"ALLAAAH ~ TERUKNYA AKU !!
"KENAPA AKU TAK SEMBAHYANG??"
~ ingatannya kembali pada dosa,menyakitkan..
= itu menyebabkan dia terselamat dari bala Allah...

◆ Berbanding dengan seorang yang tak sembahyang & Allah turunkan BALA..sebab dia tak pernah fikir dosa..

》Maka datanglah bala itu..
Wa'imma(samada) bala itu bertukar menjadi HIDAYAH..
Atau bala itu akan menjadikan dia semakin KUFUR dgn jelas sekali..

◆ Tetapi orang yang sudah merasai akan kepahitan dosanya dgn muhasabah tadi tuan2..
Sebab dia rasa pahit tadi : Allah tutup hukuman & akibat..

》Maka dengan sebab kita menangis & rasa bersalah sungguh2, Allah akan tutup segala hukuman & jika org yg buat dosa tapi tak rasa begitu : Allah datangkan hukuman..& hukuman itu ujian terakhir dia..

Wa'imma hukuman itu kembalikan dia kpd Allah(insaf):
"ALLAAAAH..SAYA KENA HUKUMAN NI..BARANGKALI ALLAH NAK SEDARKAN SAYA..."

WA'IMMA HUKUMAN TU TAK MENGUBAH = DIA ADALAH DIA..

♥ Maka jadilah dia yang seperti disebut oleh Allah SWT :

"DI DALAM KEKUFURAN & KEFASIQAN BERTERUSAN SAMPAI MATI.."

 ~ والله أعلم بالصواب ~

No comments: