Sunday, September 21, 2014


♥♥ Coretan kuliah Maghrib
Ust Azam Darusa 21.09.2014

Nilaian kejayaan seseorg pd hari ini hnyalah dgn byknye anak pinak, hrta benda, pangkat dsb..

Kita menjadikan dunia semata2 sbg kepentingan dlm kehidupan lalu kita mula meninggalkan kepentingan agama yg sebenar yakni ILMU..

Ini mjadi pyebab kehidupan kita jauh tpesong dr Islam..juga mjadi pyebab kita melahirkan generasi yg GAGAL..yakni gagal sbg khalifah dl ertikata sebenar..

Nabi saw tdk meninggalkan harta sbg pusaka kpd umat baginda..malah Nabi saw meninggalkan pusaka yg lbh bernilai berbanding dunia ini..sesiapa yg mperolehinya maka ia mperolehi pusaka yg byk dr peninggalan Nabi saw ini

Pusaka tersebut merupakan khazanah agung yang amat berharga dan tinggi nilainya, khazanah tersebut tidak boleh diwarisi oleh orang kebiasaan, apatah lagi orang jahil yang tidak punya ilmu pengetahuan.

Khazanah tersebut bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi, bahkan ianya boleh dijadikan saham untuk pelaburan yang sangat menguntungkan dan tidak akan rugi buat selama-lamanya.

Khazanah yang dimaksudkan itu ialah ilmu pengetahuan yang diwarisi dan dipusakai sejak turun-temurun daripada para nabi-nabi iaitu....

♥  Ilmu yang menyampaikan diri kepada ma'rifatullah - mengenal Allah, sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah Nabi s.a.w.

◆ Sabda Rasulullah s.a.w.

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسّكتُمْ ِبهِمَا كتابُ الله وَسنَّةُ رسُوْلِهِ

Maksudnya: “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-dua perkara tersebut, iaitu Kitabullah (Al Quran) dan sunnah RasulNya (Al Hadith)”.

Wallahua'lam

No comments: