Friday, September 5, 2014


 #Ulangkaji Kuliah UMED

KESOMBONGAN MANUSIA

"Dia mengajarkan manusia apa yg tidak diketahuinya. Ingatlah sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (dr sepatutnya).Dgn sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yg dihajatinya"
(Surah Al A'laq, ayat 5-7)

1. Allah mencela manusia yg merasakan ilmu serta teknologi mereka terlalu canggih lalu tidak memerlukan Allah dlm kehidupan mereka.

2. Manusia mula sombong dgn hanya sedikit ilmu yg mereka perolehi lalu Allah menurunkan musibah @ bencana sbg pengajaran & peringatan utk mereka segera kembali kpdNya.

3. llmu yg diperolehi adalah utk membimbing kita mengenal pencipta alam, menzahirkan ketundukan & kepatuhan sebenar sbg hambaNya.

-》Kenapa kita harus sombong dgn hnya sedikit ilmu lalu kita mula m'anggap kita sudah blh berdikari di akhirat kelak?

4. Menuntut ilmu agama yg membezakan kita dgn org munafik. Dgn ilmu :
-》kita makin dekat pdNya
-》dpt bersihkan segala kekotoran hati yg penuh dgn dosa
-》menuju cahaya hidayah dr kegelapan jahiliah

5. Jgn menganggap dengan tidak menuntut ilmu agama itu adalah jalan yg paling selamat.

-》Jgn m'anggap tidak tahu itu lebih baik drpd tahu kerana tidak tahu itu adalah sifat org kafir & munafik.

6. Org mukmin sentiasa berusaha untuk tahu walaupun dari sudut kesempurnaan ibadatnya tidak lengkap.

-》 Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
[HR Bukhari dan Muslim]

7. Sesiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan, kefahaman agama akan diberikan kepadanya.

-》Allah akan membuka jalan baginya untuk memahami agama dan beramal dengannya dan penghujungnya ganjaran Allah di akhirat yakni syurga.

-》Tanda kasih dan sayang Allah yang sentiasa mahukan kebaikan kepada seseorang itu adalah dia mempunyai kefahaman agama yang benar.

-》 Darjat seseorang di sisi Allah berbeza-beza. Semakin tinggi kefahaman agama atau ilmu seseorang itu, maka semakin tinggilah darjatnya di sisi Allah.

8. Kefahaman agama adalah pemberian Allah. Kefahaman agama bukannya diperolehi disebabkan kecerdikan mahupun hasil usaha manusia tetapi ianya pemberian daripada Allah serta taufiq daripadaNya.

-》Namun kita mesti tetap berusaha dengan gigih untuk mempelajari ilmu agama tetapi jangan lupa bahawa kejayaan adlh kehendak Allah dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar diberikan ilmu yang bermanfaat.

9. Selagi kita diberi peluang utk hidup & bernafas di atas muka bumi Allah ini, selagi itu kita patut menuntut ilmu agama.

10. Kematian, sakit & uban adalah peringatan yg terbaik utk kita terus menggandakan amal ibadat.

Wallahua'lam

No comments: