Friday, September 5, 2014


 Kuliah Subuh UMED Kitab Di Balik Tabir Kematian 06.09.2014

Keutamaan Mengingati Kematian dlm Semua Keadaan

♥ Hadis Nabi saw "Cukuplah kematian sbg pemisah"
♥ Nabi saw juga bsabda "Cukuplah kematian sbg pemberi nasihat"
(HR Thabrani & Baihaqi)

1. Hakikat kematian yg akan blaku kpd setiap makhluk yg bnyawa termasuk malaikat pencabut nyawa dan Rasul2. Makhluk yg tdk bnyawa juga akan musnah melainkan Allah.

♥ Matinya manusia bererti ia akan mgetahui kptsnnya. Matinya malaikat menunjukkan keagungan dan keesaanNya. Spya semua org tahu Allah yg mencipta semua makhluk.

2. Mati bererti berakhirlah khidmat makhluk kpd makhluk yg lain. Mengingati kematian perlu menjadi slh satu drpd cara hidup org beriman. Hadis2 mgajar kita utk melihat realiti kematian.

♥ Bila kita mgetahui ia hakikat yg pedih, maka kita akan cuba utk mencari penawar @ jalan keluarnya. Fikir bagaimana caranya utk kita mengeluarkan dr kesakitan kematian sehingga merasai kenikmatan.

♥ Cukuplah mati yg memecahbelahkan manusia. Sifat manusia suka bkumpul even utk bergaduh. Namun kematian akan dtg utk memisahkan kita dgn makhluk dan dunia ini.

3. Kematian sbg peringatan bg mereka yg inginkan kebaikan. Jika tdk, mereka terus hanyut dgn kelalaian dan kelekaan shgga tdk sedar malaikat maut dtg mjemput kita.
◆ Kita perlu ada sesuatu yg blh mengingatkan kita akan kematian.
◆ Ia akan sentiasa menyedarkan kita ttg kematian.
◆ Ia akan mematikan hawa nafsu utk melanggar perintahNya.

4. Sifat org2 soleh menjadikan tulisan, percakapan dan perhiasan itu sbg peringatan kpd kematian dan akhirat spt cincin, sticker yg ditampal di kereta2 dsb. Ia secara tdk langsung melambangkan hakikat diri kita yg sebenar. Jika kita berbangga dgn group2 tertentu, ia tdk mampu myelamatkan kita dr kematian.

5. Suatu hari Nabi saw melihat ada kelompok shbt yg sdg bgelak ketawa di dlm masjid maka Nabi menasihati mereka spya lbh byk mengingati kematian drpd bergembira. "Jika kamu mengetahui apa yg aku tahu, pasti kamu akan byk menangis dr ketawa".

● Tdk tercela utk ketawa namun tdk blh melampau sehingga kita melupakan kematian.

6. Org yg paling cerdik ialah org yg paling byk mengingati kematian dan bsedia mhadapinya. Mereka ini mulia di dunia dan akhirat kerana amat mengharapkan pahala dr sebrg musibah, ujian dan hasad dengki makhluk. Mereka melihat kematian akan membela mereka di akhirat.

7. Mereka yg tdk pernah bcakap soal kematian ia sbnrnya hipokrit dan akan bsifat sombong. Even ia seorg yg baik namun ukuran baik bkn la melihat pd kebaikannya pd kita semata2. Jgn kita terlalu memuji seseorg itu baik. Cukuplah mengatakan "sy merasakan ia seorg yg baik".

♥ Nilai kebaikan disisi Allah adlh mereka yg menjaga adab dan ibadat dgn Allah. Jika ia baik di sisi allah bererti ia baik dlm segala2nya.

8. Kematian ini akan mbuka segala aib dunia spt anak isteri, kawan2, pangkat, rumah, makanan dsb yg tdk mampu melindungi kita dr malaikat maut.

♥ Kita tdk mempunyai apa2 sbnrnya dan ia akan hancur belaka. Even tgn kita sendiri tdk mampu diangkat melainkan pemandi mayat yg mengangkatnya. Kelopak mata pun tdk mampu ditutup melainkan org lain yg tolong menutupnya.

9. Kematian tdk akan meninggalkan apa2 kegembiraan pd kita melainkan amal soleh. Ia sbnrnya mengingatkan hakikat diri kita yg sebenar. Kita tdk punyai apa2. Yg kita miliki di dunia adlh amanah dan smpai satu masa kita akan tinggalkan mereka.

♥ Jgn terlalu leka menjaga sesuatu yg Allah tdk perintahkan. Kita ada waktu dan batasan dlm menjaga amanah itu. Contohnya kita hnya peruntukkan masa utk menjaga anak kita dan bknnya membuang masa menjaga cucu.

10. Allah berfirman "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dr api neraka...". Allah memulakan dgn diri kita bermaksud perlu menjaga diri dgn mencari ilmu dan tahu apa itu perintah dan laranganNya.

♥ Kemudian Allah myebut ahli keluarga kita bermula dgn isteri, anak2. Isteri akan menjaga dan mendidik anak2 kita.

♥ Tiba2 kita sibuk menjaga benda lain yg tdk diperintahkan oleh Allah dan akhirnya kita mbuang masa dgn sesuatu yg tdk berfaedah.

11. Org mukmin yg sebenar paling merindui kematian. Kematian itu adlh pertemuan dgn kekasihnya. Qubur akan menjadi syurga dan tempat rehat yg paling indah. Bila disebut perkara seperti ini, akan dtg keinginannya utk mati kerana percaya dgn janji2 Allah.

12. Apabila dtg malaikat maut maka org soleh akan berkata "Selamat dtg kpd org yg telah lama kami tunggu" yakni kematian.

★ Sembahlah Allah sehingga dtg kematian. Mereka tlh memanfaatkan hmpir seluruh masa utk beribadat dan melawan hawa nafsu di dunia.

★ Melawan hawa nafsu adlh perkara yg paling memenatkan kita di dunia. Pasti kita hendak berlepas diri dr segala kepenatan dan kelelahan ini.

4 perkara yg akan menghalang kita dr Allah iaitu
● Hawa nafsu
● Kawan2
● Dunia
● Qarin yakni pendamping kita

13. Waspadalah akan kematian. Ia hnya ada di dunia, tiada di dlm qubur dan di akhirat. Di akhirat org kafir bercita2 akan kematian setelah melihat azabNya.

♥ Kematian dijelmakan sbg seekor kambing lalu ia disembelih di tengah2 penghuni syurga dan neraka.
♥ Lalu bergembiralah ahli syurga kerana akan merasai kenikmatan yg berterusan tnpa batasan.
♥ Manakala berdukacitalah ahli neraka kerana akan merasai azab pedih selama2nya.

14. Dua perkara yg akan memutuskan kita dr kenikmatan dunia iaitu
★ Mengingati kematian
★ Ketika dipaksa berdiri di hadapan Allah utk di adili

♥ Siapa yg selalu mengingati kematian, segala yg sukar akan menjadi mudah. Sebab tiada musibah yg paling besar melainkan kematian. Kematian adlh kiamat awal bg kita.

15. Selagimana kita masih hidup bererti Allah mberi kita peluang. Siapa yg mati dgn bunuh diri bererti ia tdk menghargai peluang yg Allah berikan malah menyebabkan Allah murka kpdnya. Allah haramkan bgnya syurga.

♥ Jgn seorg pun bcita2 utk mati. Jika ia seorg yg baik maka tambahkan amalan kamu.
♥ Jika ia seorg yg tdk baik, maka ia masih berkesempatan utk mengharap dan memperbaiki ibadat.

-》Dgn sebab rahmat Allah inilah, maka Allah akan memasukkan kita ke dlm syurga.

Wallahua'lam

No comments: