Friday, September 5, 2014


 Kuliah Maghrib UMED Kitab Membangunkan Org2 yg Terpedaya 05.09.2014

Takut akan SU'UL KHOTIMAH

1. Muadz bin Jabal bkata "Tidak layak seorg hamba itu menunjukkan kegembiraannya sehingga ia berjaya melepasi titian sirat yg mrentasi neraka dan berakhir dgn syurga".

♥Kita akan melintasi mengikut amalan masing2. Jika tdk melepasinya, maka kita akan jatuh ke dalam neraka. Ini proses terakhir slps ditimbang segala amalan kita dan diberi buku catatan amalan.

2. Nabi saw myuruh umatnya mencari baginda di 3 tempat iaitu telaga kausar, ketika ditimbang amalan dan dibahagikan buku catatan amalan serta di titian sirat. Nabi saw menunggu utk memberi syaafat.

3. Selagimana kita tdk mgetahui apakah kesudahan kita, maka lbh elok kita bfikir ttg sesuatu yg menguntungkan kita di akhirat kelak. Cukupkah amalan kita?? Selamatkah kita di alam qubur?? Syurga @ neraka kah kita??

♥ Kita lbh byk bfikir ttg dunia sehingga kita berasa cukup selesa seolah2 kita sudah dijamin syurga. Fikir mcmn nk tambahkan harta, besarkan dan hiasi rumah & kenderaan, nk melancong ke mana dsb.

♥ Kita pasti tdk akan bhenti mencari kekayaan even sudah mjadi kaya sbb ada kebimbangan2 tertentu. Apatah lg utk akhirat kita. Kita sepatutnya lbh byk bfikir dan bimbang adakah kita aman di alam barzakh dan akhirat kelak.

4. Bila kamu selesai urusan kamu maka bangkit utk beribadat kpdNya. Ketawa umpama adlh hentian seketika. Ia hnya rehat seketika sebagaimana ketika bkerja, kita pasti akan berehat.

Bkn ulama menegah seseorg itu utk gembira atau ketawa. Tetapi ia perlu ada waktu dan batasannya. Allah bfirman "Apabila selesai urusan kamu maka bangkitlah utk beribadat".

Kita punyai komitmen dunia namun tdk blh leka dgnnya. Dlm bkerja, ketawa umpama rehat. Ketawa sekadar melepaskan beban dan tekanan dlm menjalankan tggjwb sbg hmba Allah. Ada masa serius, ada masa utk ketawa. Namun kita tdk berhak utk ketawa selamanya melainkan kita sudah tlepas dr azabNya..

♥ Kita perlu sentiasa berusaha menambah ketaatan dan amal soleh sesudah kita myelesaikan tggjwb dunia kita dan jgn melihat kita sudah berada di zon selesa.

5. Kita tdk akan bhenti berehat sehinggalah Allah selesai menghisab amalan kita. Di akhirat kelak tidak ada hisab utk binatang sehingga org beriman dan org kafir bcita2 utk mjadi binatang.

♥ Org kafir bcita2 utk mjadi binatang di akhirat kelak setelah melihat azab Allah. Ia suatu bentuk penyesalan bg org kafir.

♥ Manakala org beriman sudah bcita2 di dunia lg agar tdk dihisab kerana mereka mengetahui hakikat kehidupan. Ini sbg motivasi utk beribadat.

6. "Aku hidup dgn perintah Allah dan aku tdk tahu samada aku mati ketika menunaikan perintah Allah @ melanggar perintahNya".

♥ Org yg gembira sebenarnya adlh yg tselamat dr azabNya. Kita sentiasa bgembira setiap masa sehingga tdk myedari kita sdg melakukan kemungkaran kpdNya. Andaikata kita mati ketika itu, maka tiada lg kegembiraan. Yg ada hanyalah penyesalan kerana telah mensia2kan masa dan nikmat yg Allah berikan.

7. Kita tdk layak utk bgembira sbnrnya. Kemenangan sbnr adlh mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya. Sbb Allah akan menjaga agama kita drpd fitnah.

♥ Musibahnya apabila kita hanya bgembira apabila kita mperolehi kebaikan dunia semata2. Dpt hrta, naik pangkat, anak2 berjaya, dpt cucu dsb. Namun kita tdk pernah bergembira dan berbangga apabila kita dpt solat jemaah, bsedekah, membantu org lain dsb.

8. Allah melantik Ibrahim sbg kekasihnya kerana baginda amat takutkan Allah. Ibrahim dlm martabat jaminan dan sepatutnya baginda blh berasa tenang. Namun Ibrahim ttp beribadat dan menambahkan ibadat malah semakin bimbang dan takut. Sbb Allah berhak melakukan apa yg Dia kehendaki. Nilaian kasih syg Allah adlh kpd mereka yg bsungguh2.

♥ Allah berfirman "Mereka yg bsungguh2 utk sampai kpd Kami maka Kami akan tunjukkan jalan kpd Kami. Ssgguhnya Allah suka org yg suka mebuat kebaikan".

♥ Bkn shj melakukan ibadat wajib malah mereka melakukan ibadat2 sunat sehingga mereka mcela diri mereka apabila meninggalkan ibadat2 sunat. Ini adlh martabat org yg dianggap kekasih Allah.

9. Apabila Nabi saw terkena musibah, baginda myebut dua kalimah samada Innalillah @ Alhamdulillah. Disebalik musibah itu ada nikmat disebaliknya.

♥ Jika kita hnya myebut Innalillah seolah2 kita melihat tiada kebaikan disebalik musibah itu.

♥ Ia menggambarkan sifat org yg putus asa. Org yg faham agama tahu bahawa Allah jadikan musibah ini utk kita kembali mendekatkan diri kpdNya.

10. Org yg bnr2 btaqwa sentiasa merasakan dirinya seperti ditegur setiap hari dan merasai azab yg disebutkan oleh org lain.

♥ Kata Luqman Nul Hakim kpd anaknya "Duduklah kamu dgn ulama dan jadikan lutut mereka berlaga dgn kamu kerana kata2 ulama itu umpama hujan yg renyai lalu ia akan menyuburkan hatimu"

♥ Jika suatu tempat itu tiada majlis ilmu, maka ia umpama tempat yg sudah tandus @ mati. Tiada lg nasihat2 dr ulama2 utk myedarkan kecuaian dan kesilapan diri kita apatah lg utk mengingatkan kita akan nikmatNya.

11. Setiap zaman Allah akan hiasi dunia ini dgn org2 soleh. Jika Allah putuskan org2 soleh bererti dunia ini akan kiamat.

♥ Kejahilan yg menghalang kita utk bertemu dgn org2 soleh ini. Kegagalan kita apabila kita hnya mengenali ulama dahulu tetapi tdk mengenali ulama sekarang.

♥ Selagi ada penjahat bererti adanya ulama. Mendampingi ulama menjadi punca hati kita hidup dan subur.

12. Org yg bnr2 mengenali Allah blh dikenali iaitu di mana dia berada ketika menjalankan perintah Allah dan di mana dia ketikamana ada majlis2 maksiat @ larangan Allah.

♥ Imran bin Husain menyukai apa yg telah Allah takdirkan pdnya. Beliau masih blh tersenyum gembira di saat terlantar sakit selama 30 thn. Beliau tdk pernah mengeluh apatah lg mengadu kpd manusia. Beliau slh seorg shbt yg mampu melihat malaikat dan malaikat mberi salam kpdnya setiap hari ketika ia sakit. Malaikat hnya mberi salam dan mendoakan kpd org2 yg istimewa di sisiNya.

13. Org yg takut bknlah org yg menangis dan mengusap air mata tetapi mereka yg bersegara meninggalkan perbuatan yg menyebabkan dirinya di seksa. Ini adlah hakikat ketakutan yg sebenar.

14. Kita tdk berhak berasa aman. Kita bimbang waktu kita tenang, maka akan dtg azab Allah. Tidak akan ada org yg berasa aman dari azabNya melainkan org2 yg sesat.

♥ Kisah Abu Bakar dan Handzalah yg berkata diri mereka munafiq kerana leka dan lalai ketika tdk bsama Nabi saw. Mmg sifat manusia ada ketikanya lalai namun yg penting kita ada masa utk mengingati Allah. Allah jadikan kita beberapa kelalaian spt ketika waktu bsama isteri dan anak2. Mustahil utk kita igt Allah setiap masa.

♥ Kita perlu ada perasaan malu pd Allah. Jauh sekali utk berbangga dan sombong ketika melakukan dosa dan maksiat. "Semua org akan Aku ampunkan dosanya melainkan mereka yg berbangga dgn kemaksiatan mereka". Ketika solat kita diajar utk melihat tmpt kita sujud kerana tunduk malu pdNya.

Wallahua'lam

No comments: